Tuesday, June 17, 2014

PICIT BUAH ZAKAR ELAK DIROGOL !

Mungkin ini boleh jadi panduan kepada wanita yang berada di luar sana. Bila ada percubaan untuk rogol atau cabul, jangan panik. Bertenang, kumpulkan segala kekuatan yang ada dan dengan segala kekuatan yang ada ' PICIT TELOR LELAKI ITU SEKUAT KUAT HATI ! '. Dah ada orang berjaya menggunakan petua ini. Baca laporan di bawah...

MIRI: Seorang wanita pekerja ladang bertindak memicit buah zakar dan menggigit anggota badan seorang lelaki untuk mengelak dirinya dirogol dan dicederakan dalam kejadian di estet kelapa sawit di Suai Niah, di sini petang kelmarin.


Mangsa, wanita tempatan berusia 29 tahun berjaya melarikan diri sebelum diselamatkan seorang pekerja lelaki lain yang melalui tempat kejadian.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa sedang berjalan kaki untuk balik ke kuarters pekerja yang terletak setengah jam dari tempat kerja.

Ketika menghampiri sebuah simpang di estet berkenaan, mangsa secara tiba-tiba ditangkap oleh seorang lelaki.

Mangsa dibawa menemui pengurus dan kemudian membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpanya.

Bertindak daripada laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia pada jam 10 malam kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun dibawa ke Balai Polis Pusat Miri petang semalam untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee yang dihubungi mengesahkan kes itu dan memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

Suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis- Sumber.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...