Monday, June 30, 2014

VIDEO - MENTERI MH 370 SUDAH TUKAR, TAPI...





Dulu orang kata dia ni lemah , lembek. Maka berduyun duyunlah orang buat cerita. Aku yakin sebahagian besarnya digerakkan oleh Pakatan yang memang nak melihat UMNO berkubur selepas Najib.



Tapi secara tiba tiba apabila Allah uji Malaysia dengan tragedi MH 370, Hishamuddin melonjak. Aku rasa tanpa dirancang. Komitmen tinggi, rasa simpati yang mendalam , sokongan isteri dan anak anak rupanya memberi tenaga luar biasa kepada Hishamuddin yang ketika itu memangku Menteri Pertahanan.



Hari ini sewaktu Majlis Serah Tugas kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, Hishamuddin sekali lagi menyatakan komitmennya untuk terus memberikan apa jua bantuan yang diperlukan.



Ia semacam dah jadi kerja peribadi beliau. Sebelum ini beliau pernah menyatakan ' Saya melihat ke dalam mata kaum keluarga MH370 dan dapat merasakan harapan mereka'.



Aku percaya kepada qadha dan qadhar. Barangkali Allah dah takdirkan UMNO ini sentiasa ada pelapis walaupun sampai satu masa kitapun berasa agak sangsi. Jika ini takdirnya, maka mari kita satukan hati dan perasaan kita, mudah mudahan Allah berikan kita kekuatan...




14 comments:

Anonymous said...

AKU NI BRO, ASALKAN UMNO. MINTAK SIMPANG PAKATAN, MATI KITA KENA BALUN DENGAN KERUSI

Anonymous said...

Tabek Datuk Seri. La ni orang nak kata apa pun tak pa dah. Segalanya telah terbukti dan tercatat dalam sejarah. Aku rasa tak dak sapa boleh buat sebaik Datuk Seri.

Unknown said...

Saya dari awal mengikuti perkembangan MH370. Saya pernah melihat Datuk Hishamuddin bertemu waris MH370. Walaupun dari jarak yang agak jauh namun saya dapat rasakan keikhlasan beliau.

Anonymous said...

Saya rasa bukan mudah mahu menggantikan Hishamuddin sebab beliau bekerja dengan sepenuh jiwa raganya.

Anonymous said...

Sayulah pulak. Dah hari hari dengar dia cakap pasal MH 370, tiba tiba tukar orang lain.

Anonymous said...

Selepas MH 370, aku perasan Datuk Hisham nampak tenang. Banyak dipelajari agaknya. Orang nak kata, biarkanlah. Kerja dan hidup kena terus gak.

Anonymous said...

Ini keadilan Tuhan. Sesekali kita di bawah, jika kita sabar dan terus usaha Tuhan angkat kita ke kedudukan kebih tinggi

Anonymous said...

Kadang kadang yang burukkan pemimpin umno jugak. bukan orang lain

Anonymous said...

Masa saya ke Bandung baru baru ini,memang Datuk Hisham dipuji oleh beberapa orang rakan saya di Indonesia. Mereka kagum kerana mereka sabar.

Unknown said...

Salam saudara, sewaktu saya pergi menunaikan umrah baru baru ini, Datuk Seri Hishamuddin juga antara yang ditanya oleh peniaga di Mekah kepada saya selain Tun Mahathir. Nampaknya Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dikenali oleh Umat Islam di serata dunia.

Anonymous said...

Tolong menolong dalam BN mesti dikekalkan. Ini penting sebagai persiapan menghadapi PRU 14

Anonymous said...

Merendah diri, tidak sombong adalah resepi Datuk Hisham. Sebab itu banyak negara datang membantu.

Anonymous said...

MH 370 adalah amaran Allah kepada kita hebat manapun kita akhirnya kepada Allah mintak pertolongan

Anonymous said...

Aku rasa Hishamuddin dapat banyak pengalaman daripada peristiwa MH 370. Baik untuk panduan di masa hadapan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...