Monday, June 16, 2014

GEMPAR !! SERPIHAN MH 370 DITEMUI DI KUALA PILAH !

KUALA PILAH – Seorang pencari kayu gaharu apabila terkejut menemui objek yang menyerupai serpihan pesawat di puncak Hutan Tulang Rimau, di sini.

Berikutan itu, penduduk kampung, enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama dua petugas media telah ke hutan terbabit bagi melihat sendiri objek berkenaan, petang kelmarin.

Selama satu jam perjalanan, pendakian mereka ke puncak Hutan Tulang Rimau tiba kira-kira 4.05 petang dengan jarak satu kilometer.

Setelah diamati, objek berkenaan bukanlah bangkai pesawat yang didakwa dan sebenarnya, ia adalah besi penanda sempadan daerah yang telah tumbang dipercayai dihempap pokok.

Pencari kayu gaharu, Mili Jowahir, 38, berkata, kebimbangan mula dirasai sejak 15 tahun lalu apabila terdapat aduan daripada pencari petai dan gaharu yang sering terjumpa objek ini dan memaklumkan kepada penduduk kampung.

Menurutnya, laluan ke puncak bukit itu mencabar dan terlalu tinggi menyebabkan penduduk enggan untuk naik dan melihat sendiri apakah objek tersebut.

“Sebenarnya saya sendiri telah beberapa kali saya terjumpa objek tersebut. Terdetik di hati saya untuk bertanyakan kepada orang kampung dan mengajak media, JPAM, merungkai sendiri objek tersebut.

“Menurut orang-orang tua di kampung ini, mereka yakin objek tersebut adalah bangkai pesawat tentera yang telah terhempas di zaman pemerintahan British suatu masa dahulu. Oleh itu, hutan ini dinamakan hutan kapal terbang terhempas dan ia melekat sehingga kini," katanya.

Tambah Mili, sekiranya objek tersebut sekadar penanda sempadan daerah, dia rasa lega untuk mencari kayu gaharu di hutan itu.

Dalam pada itu, Ketua Operasi, Sarjan Majeran Lon, 52, berkata, sebagai langkah keselamatan, enam anggota JPAM bersamanya telah menyertai tinjauan tersebut.

Kata Majeran, selepas diamati objek berkenaan, ia penanda sempadan seperti yang terdapat di puncak Gunung Angsi.

“Berkemungkinan penanda besi ini telah mengalami kerosakkan dan tumbang dihempap pokok sekaligus mendatangkan curiga kepada orang kampung," katanya.


Ulasan
Aku tak terkejut dengan perkara ini. Sebenarnya seluruh rakyat dunia berkongsi perasaan yang sama. Semua harap agar MH370 ditemui dan semua penumpangnya selamat. Atau jika tidakpun semua kita berharap agar misteri ini segera terjawab.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...