Azmi Rahim, 27, dihukum selepas mengaku salah merogol remaja berusia 15 tahun lima bulan itu di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, pada jam 8.30 pagi, 6 November 2013.

Tertuduh yang sudah berkahwin mengenali mangsa melalui laman sosial, Facebook.

Pada 6 November 2013 tertuduh mengajak dan memujuk mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikal sebelum ke pantai dan merogolnya ketika mandi laut.



Ambik ko !

Berita ini dan banyak berita lain berkaitan Kelantan sebenarnya mencetuskan banyak tanda tanya. Rogol ini hampir berlaku setiap hari. Dadah, seludup dan banyak lagi. Kalau tak silap Kelantan adalah antara negeri yang kadar jenayahnya amat tinggi.

Isunya ialah apa berlaku dalam tempoh 20 tahun pemerintahan PAS. Nik Aziz pernah kata, tak pelah kurang pembangunan dunia asalkan akhirat terbangun.

Aku pun jadi sangsi. Adakah orang bukan Islam akan tertarik kepada Islam jika ini nak dijadikan contoh hasil dasar dan pemerintahan Islam ?

Atau mungkinkah ini amaran Allah kepada PAS dan kita jugak, jangan mainkan Islam untuk keuntungan peribadi atau parti...