Saturday, July 19, 2014

SIAPA BERANI LAWAN ANWAR !


Akhirnya Malaysiakini sahkan Anwar Ibrahim adalah diktator. Tiada siapa berani menyanggah Anwar. Kesimpulannya, pergi mamposlah pilihan rakyat sebab akhirnya yang akan naik, dipilih adalah pilihan Anwar.

Korang nak lelaki autokratik ini menjadi PM ? Mintak simpanglah !

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB S'gor



PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah.
Ulasan
Sudah terang lagi bersuluh, namanya Pakatan. Tapi mereka berpakat ' mematuhi ' Anwar tanpa hujah...kah ! kah ! kah ! PAS dah jadi PIS PUS..

3 comments:

Anonymous said...

Nasib baik dia tak mungkin jadi PM

Anonymous said...

Anwar wayanglah. Azmin akan jadi MB

Unknown said...

Lagi cepat si Anwar di sumpat ke Sg Buloh Jel lagi aman kita rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...