Friday, July 25, 2014

KHALID IBRAHIM BAYANGKAN PENDIRIAN ISTANA ISU MB..

Kagum jugak aku. MB Selangor ni langsung tak goyang dengan pelbagai cara yang dilakukan Anwar Ibrahim untuk menggulingkannya. Teguh pendirian MB seakan akan beliau dah tahu pendirian Istana Selangor.
Baca laporan Mkini di bawah ( Buat masa ini media lain kita tak berani rujuk..he..he..)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengendahkan tekanan agar beliau berundur dari jawatan menteri besar Selangor dan bertegas bahawa jawatan tersebut hanya boleh dilantik dengan persetujuan semua pihak.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Selangor di Kajang petang tadi, Khalid berkata pelantikan  menteri besar tidak harus menurut pendapat "satu pihak sahaja."

"Untuk melantik menteri besar, bukan berdasarkan keputusan satu kumpulan sahaja tapi pelbagai kumpulan.

"Sultan perlu terima keputusan semua, baru boleh jadi menteri besar," katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat apabila semua pihak mencadangkan namanya apabila beliau dilantik ke jawatan tersebut, selepas pilihan raya umum ke-12.

"Sultan turut meminta (semua komponen) Pakatan Rakyat untuk buat surat bersetuju pelantikan saya," kata beliau.

Kenyataan itu timbul memandangkan Pakatan sendiri masih belum sependapat untuk menyokong calon penggantinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tentangan itu disuarakan seorang pemimpin PAS Selangor yang memberi alasan, PKR menunjukkan sikap “kurang hormat” kerana tidak memaklumkan usul tersebut kepada merea.

Ia berbeza dengan sikap DAP yang sepakat agar Wan Azizah menggantikan Khalid sebagai kesinambungan pada “Langkah Kajang”.

Sementara itu, Khalid ketika ditemui pemberita hari ini turut ditanya sekali lagi mengenai cadangan untuk mengemukakan usul tidak percaya di DUN untuk membolehkan beliau disingkirkan.

"Saya dah kata sebelum ini saya akan mengikut lunas undang-undang. (Ada) enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan," kata beliau.

Khalid sebelum ini bertegas bahawa beliau akan kekal berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...