Thursday, July 31, 2014

AKU CADANGKAN NOH OMAR DITUKAR SERTA MERTA !!

Weii !! Itu pasallah kalah ! Malas berfikir, malas bertindak. Aku dengan ini mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ditukar serta merta. Datuk Seri Noh Omar telah gagal melihat kemelut MB Selangor sebagai peluang untuk merampas Selangor pada PRU 14 nanti...
Tak nak ! Tak nak !

Aku baca laporan Berita Harian. Kata Noh Omar " Buat apa nak campur politik pembangkang, terutamanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang setiap hari ingin berpolitik. UMNO Selangor tak mahu melayan Anwar yang suka memperjudikan nasib rakyat demi cita cita politiknya ".

Noh seterusnya menegaskan " Sepatutnya berpolitik pada musimnya sahaja", kata beliau.

Weii !! Berhentilah Yob. Ko tu ahli politik. Memang kerja ahli politik ialah berpolitik. UMNO Selangor pulak berpolitik masa pemilihan. Alahai, aku bukan suruh UMNO Selangor campur tangan politik pembangkang. Aku kata UMNO mesti hidup.

1. Susun jentera PRU 14- Satukan UMNO dari akar sampai ke pucuk
2. Turun bertemu rakyat. Jelaskan kepada mereka apa yang sedang berlaku
    dan kesannya kepada rakyat.
3. Himpun seramai mungkin Umat Melayu, nyatakan taat setia kepada Sultan
    Sedikit sebanyak institusi Raja sedang dicalar.
4. Perbanyakkan program parti, bukan program kerajaan.
5. Hakis segala retak dalam UMNO Selangor. UMNO kalah dulu kerana 
    berpecah dan berebut.

Ini maksud aku. Jangan fikir Pakatan berpecah, UMNO pasti menang. Kalau UMNO tak buat kerja, pembangkanglah sampai ke sudah.
Kalau tak sanggup, aku dengan ini mencadangkan agar Noh Omar letak jawatan. Beri pada orang yang sanggup kerja lebih masa demi UMNO dan rakyat.


1 comment:

Anonymous said...

Sokong. Bukan Noh Omar je. Ramai lagi yang dah tak berapa nak rajin tu eloklah bagi laluan pada orang yang rajin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...