Wednesday, July 16, 2014

APA LAGI UMNO, TACKLE LAH BINTANG NI SEBELUM PAS YANG TACKLE !

Sejak awal kemunculannya aku suka penyanyi ini. Lagunya, suaranya dan tingkahlakunya. Sederhana sangat. Bila jadi juri rancangan realiti, komennya membina. Aku rasa dia boleh jadi tokoh yang disenangi...

Ziana Zain Sahkan Sudah Bertudung

16 JUL 2014, 01:00PM   |     |    UTAMA > BERITA ARTIS >


 

Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain akhirnya mengumumkan sudah berhijab sepenuhnya. Kata Ziana menerusi rancangan MeleTOP, keputusannya untuk berhijab dianggap sebagai sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.

Tambah Ziana, dia sudah lama memasang niat untuk berhijab dan bersyukur akhirnya Allah memakbulkan doanya, peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapanya.


Berita penghijrahan Ziana ini diumumkan sempena Hari Nuzul Quran pada Selasa bersamaan 17 Ramadan. Walaupun begitu, Ziana sebenarnya sudah berhijab lebih awal dari tarikh tersebut, namun perkara itu tidak diwar-warkan.


Sebelum ini, Ziana menjelaskan dia berhijab bagi menghormati bulan Ramadan serta menghormati guru-guru di sekolah anak-anaknya. Lebih-lebih lagi, anak sulungnya sebelum ini pernah meluahkan keinginan untuk melihat ibunya berhijab penuh.


Ziana turut menjelaskan tiada pengumuman rasmi yang sepatutnya dilakukan kerana yang lebih penting adalah tuntutan yang cuba penuhinya sejak awal Ramadan. Ziana juga berharap agar hijrahnya ini kekal ke akhir hayat.


Dalam pada itu, Ziana turut berkongsi bahawa kerjaya nyanyiannya akan berjalan seperti biasa. Namun, dia akan membataskan dari segi penampilan agar bersesuaian dengan imej berhijab.


Foto :Instagram Ziana Zain


Sumber : GUA ( Terima kasih bro )

2 comments:

Anonymous said...

Sorrylah bro, umno tak buat kerja tackle orang ni. Mana ada kelas?

Anonymous said...

Banyak laluan dan platform menuju sasaran kejayaan dengan syarat laluan dan platform yang digunakan adalah benar dan tepat. Kalau Platform Ajaran Sesat yang digunakan, sasaran yang dituju mungkin tidak kesampaian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...