Sunday, July 27, 2014

JANGAN KATA KHALID IBRAHIM TAK BIJAK POLITIK...

Inilah bijaknya Khalid Ibrahim. Sekali dia iktiraf dan angkat Tok Guru Nik Aziz, 10 kali PAS akan angkat dan julang dia...Tengok bagaimana dia' mengayat'. Boleh cair ooo...


Khalid: Maaf &ampun,  terima kasih, Tuan Guru

0 

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan “pencerahan” oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyatakan sokongan pada pentadbirannya.

Membahasakan Nik Aziz (bawah) dengan “Tuan Guru”, Khalid dalam kenyataannya turut memohon maaf kerana isu pertukaran menteri besar Selangor secara langsung dan tidak langsung memberi kesan di penghujung Ramadan.

Khalid berkata, 10 hari-hari terakhir Ramadan sepatutnya diisi dengan ibadah tetapi kini “terpaksa disulami dengan kemelut politik”.

“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” katanya.

Khalid juga berjanji, sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan pastikan pentadbiran Selangor diurus dengan sebaik-baiknya sebagaimana mandat yang diberikan rakyat sejak 2008.

Beliau juga berjanji akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri memperoleh keberkatan Allah.

Nik Aziz hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Khalid, sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid dalam pilihan raya umum lalu, Nik Aziz berkata beliau tertanya-tanya, salah apakah Khalid hingga ingin digugurkan. Mkini.


1 comment:

Anonymous said...

Turunnya MB dari kerusi itu akan diterjemahkan sebagai satu kesilapn telah berlaku.

Masakan dalam tempoh setahun lebih saja, pihak yang memproksikan kerusi MB...aka Pas...magu dianggap telah tersalah buat pilihan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...