Thursday, July 10, 2014

REMAJA TUNJUK KEMALUAN, MANGSANYA HANYA BERUMUR 9 TAHUN !

Apa dah jadi dengan anak anak kita ? Apa yang mereka pelajari di sekolah ? Anak ini hanya berumur 17 tahun tetapi perlakuannya amat memalukan. Ustaz / ustazah dah mengajarnya Pendidikan Islam selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Apakah sistem kita telah gagal?

Aku rasa kena buat kajian jugak. Benda ni pada aku memang memalukan...


Remaja tunjuk kemaluan dikena bon berkelakuan baik

KUALA LUMPUR 9 Julai - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000 berserta seorang penjamin oleh Mahkamah Kanak-Kanak Selayang dekat sini hari ini selepas didapati bersalah menunjukkan kemaluannya kepada anak jirannya yang berusia sembilan tahun.
Majistret Nurliana Ismail yang menjatuhkan hukuman tersebut pada akhir kes pembelaan mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001 turut memerintahkan tertuduh yang masih bersekolah, membayar pampasan sebanyak RM800 kepada mangsa.
Seramai tiga saksi dipanggil pada peringkat pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil manakala hanya tertuduh yang memberi keterangan sewaktu peringkat pembelaan.
Mengikut pertuduhan, remaja itu yang diwakili peguam, Nurihan Abd. Rashid, didakwa melakukan kesalahan tersebut di ruang tamu kediamannya di Taman Industri Boltan, Batu Caves dekat sini kira-kira pukul 4 petang, 18 Ogos 2013.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Melalui keterangan ibu mangsa, pada masa dan tarikh kejadian, beliau yang berada di rumah ketika itu telah ternampak anak perempuannya berlari masuk ke dalam bilik sambil menangis.
Kanak-kanak perempuan itu kemudian memberitahunya bahawa tertuduh telah memanggilnya dan bertanyakan mengenai salah seorang anak saudara ibu mangsa yang berasal dari Sabah sebelum menariknya masuk ke dalam kediaman remaja lelaki itu.
Tertuduh terus memegang tangan mangsa dan menghalangnya keluar rumah sebelum membuka tuala yang dipakainya dan menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak itu.
Tertuduh juga dikatakan mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks dan menyuruh mangsa memegang kemaluannya sebelum mangsa berjaya melarikan diri.
Ketika mengemukakan rayuan, tertuduh memohon dikenakan hukuman ringan memandangkan dia merupakan pesalah muda dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...