Aku rasa masanya dah sampai untuk mereka berdua bernikah. Nampak macam dah tak boleh dipisahkan lagi. Makin lama makin banyak cerita akan timbul. Ini Malaysia, di mana kita berpegang kepada adat, agama.
Kedua duanya amat dikenali. Seorang anak Menteri, pasangannya pelakon terkenal. Seorang duda, seorang janda. Memang dah kena sangat. Kebetulan dah sama sama berkehendak. Ini bukan cerita lali tak lali. Ini cerita betul tak betul perbuatan tuh ! Tapi kalau masing masing rasa benda ni remeh, tak taulah pulak !
Nora Danish dihentam lagi
LAMAN sosial, Instagram (IG) aktres cantik ini melebihi sejuta pengikut, malah dia juga tersenarai antara artis paling berpengaruh di laman berkenaan.
Sepanjang Ramadan ini, Nora Danish tampil berkongsi beberapa aktivitinya bersama peminat di laman itu.
Bukan sahaja mengenai kerja seninya, malah aktiviti harian seperti ibadah terawih dan penyediaan juadah berbuka puasa juga turut dikongsi bersama peminat.
Dalam keghairahan memuat naik foto-fotonya, satu foto bersama kekasihnya, Nadeem, yang berada di dapur ketika memasak bersama mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikutnya.
Menerusi foto itu, ramai yang menganggap bahawa mereka seakan tinggal bersama dan tidak menghormati bulan yang mulia ini.
Walaupun ada dalam kalangan pengikut 'haters' ini menghentam tindakan pasangan itu, namun ada juga yang tampil mendoakan hubungan mereka.
Pun begitu, pelakon filem, Pengantin Malam, ini tidak mudah melatah dan hanya membiarkan segala komen-komen pengikutnya itu tanpa mencelah.
Malah, sebelum ini, Nora pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pusing mengenai perkara yang remeh sebegini.
Akui Nora, sebagai selebriti, dia sudah lali dengan kontroversi dan segala tohmahan orang terhadap dirinya.- Sinar Harian

No comments:
Post a Comment