Saturday, July 19, 2014

MH 17- KORANG BACA TULISAN BLOGGER PAKATAN YANG TIADA HATI PERUT !!

bLOGGER INI PAKAI NAMA MELAYU. MELAYULAH KOT. KORANG BACA APA DIA TULIS TENTANG MH17.

JUMAAT, 18 JULAI 2014


PESAWAT DI TEMBAK ATAU TERHEMPAS, NAJIB TETAP BERMUKA 'SARDIN"

BERLAKU lagi tragedi pesawat melibatkan MAS.  Belum selesai kes MH370 kini Najib terpaksa terima satu lagi tragedi bagi meraikan banyak lagi tragedi di era pemerintahan kerajaan tidak berkat 47% ini.  

Biar banyak mana pun berlaku bala bencana, jangan fikir menteri-menteri kita mahu letak jawatan.  Berlakunya pencerobohan Lahad Datu, rakyat diminta bertenang.  Maka ada anggota keselamatan yang terbunuh dan banyak juga yang cedera di dalam pertempuran di Lahad Datu.  Penceroboh boleh masuk ke negara ini lengkap bersenjata?  Ada menteri mahu letak jawatan.  Sori beb!!

Berlaku pula kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa kesudahannya.  Najib cuma berani kata pesawat itu 'berakhir' di lautan Hindi.  Itulah PM kita.  Sekarang, apa kesudahannya kepada waris-waris yang terlibat di dalam tragedi MH370?  Mereka diminta bersabar dan bertenang.  Ada Menteri letak jawatan?  Sori Beb !!

Di Sabah, tercetus pula penculikan pelancung asing.  Bukan satu kes, berturut-turut kes di lokasi yang sama.  Betapa beraninya penculik masuk, mereka tidak hirau kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan di situ.  Bahkan, mereka berjaya menculik seorang anggota keselamatan dan menembak seorang anggota keselamatan.  Menteri kata penculik tu balas dendam?  Ehhh...siapa yang patutnya balas dendam?  Kita ke penculik?  Yang kena bunuh dan kena culik tu siapa?  Dia dapat culik dan bunuh anggota keselamatan kita, patutnya kita yang berdendam, bukan mereka.  Mereka berjaya banyak dalam operasi jahat mereka, kita gagal banyak.  Sehingga kini kita gagal bebaskan yang diculik tersebut.  Ada menteri mahu letak jawatan?  Sori sekali lagi bro!!

Terbaru pesawat lagi.  Ada berita kata ditembak, ada yang kata terhempas.  Biasalah, Najib pasti jawab tidak pasti.  Nasib baik Najib tak sebut pesawat itu hanya 'berakhir' di Ukraine.  Dalam sidang media pagi tadi, macam biasa dengan muka tak sudah Najib bercakap tentang tragedi berkenaan.  Macam biasa juga, no questions...!!  Standard yang sinonim dengan PM kita.  Satu-satunya PM yang amat takut bersoal jawab, kecuali dengan wartawan Utusan atau TV3 suku bangsat tu saja.  

Di negara lain, sebiji kapal saja tenggelam, menteri sudah letak jawatan, contohnya di Korea.  Sebab itu negara lain maju dan bertamaddun.  Negara kita?  Kirim salam beb !!!  Pelik apanya semakin banyak bala bencana....

Ulasan
Sedikitpun dia tak terfikir perasaan kaum keluarga mangsa. Sedikitpun tak tunduk dia kepada ALLAH yang turunkan ujian. Sebaliknya dia melepaskan dendam kesumat yang membengkak dalam jiwanya yang kotor !

5 comments:

Anonymous said...

Blogger ni bukan manusia !

Anonymous said...

Nafsu menguasai diri. Mati hidup orangpun jadi bahan politik.

Anonymous said...

Tak de akhlak

MiSS STRAWBerrY said...

Bertapa besar jasa pemimpin2 kita dlm menghadapi masalah2 yg timbul , mamat ni boleh cakap macam tu ?! kalau dah bengap tu bengap la jugak !

Anonymous said...

Setan yang dikenali !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...