Tuesday, July 1, 2014

SELEPAS SEGALA KEGARANGAN , ZAHID HAMIDI ARAHKAN UMAT MELAYU MENUTUP MULUT !!

Salah satu ciri DS Najib yang membezakannya dengan semua Perdana Menteri terdahulu ialah kesediaan beliau untuk terbuka, lebih liberal. Maka ISA pun dimansuhkan . Kesannya beliau tidak pulak lebih dikasihi sebaliknya terdapat unsur ' melampau ' dalam menegur dan mengkritik. Segalanya menjadi bahan atau mangsa termasuk ALLAH.

Kini Akta Hasutan 1948 pulak akan digantikan dengan Akta Harmoni yang digubal oleh para pejuang liberalisme. Aku rasa dengan begitu ramai tokoh membimbanginya termasuk Tun Mahathir, maka kita akan menyaksikan keruntuhan lebih besar berlaku. Malangnya ia dimulakan oleh tangan pemimpin UMNO sendiri. Bahkan kenyataan Zahid seakan arahan agar orang Melayu menutup mulut !

Baca laporan Mkini...


Zahid: Hormati keputusan ganti Akta Hasutan



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata keputusan perdana menteri untuk memperkenalkan Akta Keharmonian bagi menggantikan Akta Hasutan perlu dihormati.

Katanya, beliau sendiri mematuhi keputusan Datuk Seri Najib Razak, dan meminta para pemimpin politik agar tidak mempersoalkan keputusan berkenaan.

"Saya mematuhi keputusan kepimpinan... Tapi bila ada perbezaan pendapat, terutama pendapat politik, pada hemat saya, orang politik harus tahu, ada perkara positif yang harus dijadikan garis panduan, agar tidak disentuh.

"Ini tentunya bersandarkan kepada perkara yang disebut dalam perlembagaan yang harus dihormati," katanya yang berharap hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian itu tidak disalah anggap.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Perpaduan dan Rang Undang-undang Harmoni.

Jelasnya lagi, beliau percaya peruntukan dalam akta baru untuk menggantikan Akta Hasutan mampu memelihara keharmonian antara kaum, agama dan budaya.

Nama tidak penting

Katanya, kerajaan memastikan bahawa peruntukan untuk menjaga keharmonian dalam isu sensitif seperti itu dikekalkan, walau dalam bentuk undang-undang baru dikenali dengan nama Akta Keharmonian.

"Saya fikir nama tidak penting, tetapi isi Akta Keharmonian itu penting.

"Apa yang kita bincangkan adalah supaya mewujudkan elemen untuk menjaga perkara yang sensitif seperti melibatkan agama, kaum dan budaya.

"Tiga elemen dan tonggak itu harus ada dalam Akta Keharmonian.

"Saya tidak fikir apabila Akta Hasutan itu digantikan, elemen lama ditiadakan untuk menjaga tiga perkara ini," katanya dalam sidang medianya malam ini.

Kenyataannya itu bagi menjawab kebimbangan yang disuarakan dari kelompok Umno dan juga NGO pro-Melayu bahawa kuasa politik golongan tersebut akan terhakis melalui pindaan ke atas Akta Hasutan.

Malah, golongan itu juga menimbulkan ancaman untuk keluar dari Umno sekiranya kerajaan terus menurut saranan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) seperti itu.

Kebimbangan itu timbul susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Tahanan Terhad, serta pindaan ke atas Akta Perhimpunan Aman.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung banyak pihak yang membantah Akta Hasutan dihapuskan dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri di IPK Selangor di Shah Alam.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

5 comments:

Anonymous said...

Aku dah kata, yang hancurkan orang Melayu adalah UMNO ! Bukan DAP, bukan Cina atau India. Tapi UMNO. Tobatlah, salam UMNO !

Anonymous said...

Ini hadiah kepada orang Melayu yang mengundi BN masa PRU 13

Anonymous said...

Najib dah hilang kawalan. Dia perlu diganti

Anonymous said...

Dr Zahid ni dulu nampak mantap. Bila isu Syiah melanda Dr Zahid tampil sebagai seorang pejuang yang mempertahankan Islam sebenar. Tapi kemudian senyap. Sesekali Dr Zahid mengeluarkan kenyataan probok yang tak untungkan parti. Kenyataan ini pada saya yang paling teruk pernah Dr Zahid keluarkan. Saya yakin ramai orang Melayu kecewa.

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan kenyataan Umno yg banyak jahanamkan Melayu. Parti yg hanya tahu menjaga regime security not national security. For them national security is no. 10 and just for a purpose of gain a profit and be more rich than before.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...