Wednesday, July 23, 2014

PM , APA SELEPAS INI ?





Sejak jadi PM aku rasa ini adalah pencapaian terbesar DS Najib Razak. Merungkai simpulan yang tak mampu dilakukan oleh mana mana pemimpin lain. Hakikatnya kita tak mungkin dapat mengembalikan MH17, kita mustahil dapat mengembalikan hampir 300 orang yang telah gugur, tetapi kita boleh dan telah meletakkan maruah kita sebagai sebuah negara bangsa di tempat yang selayaknya.



Kalau aku boleh bertemu dan bercakap dengan DS Najib aku ingin katakan betapa beliau mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Selama ini terpendam mungkin kerana kegagalan memenangi dua PRU yang lepas menyebabkan kuasa yang tersembunyi terus tenggelam.



MH 17 sepatutnya membuka mata DS Najib, melihat dunia dengan lebih berani. Fokus dan gunakan segala sumber yang ada untuk mulakan langkah baru dengan lebih berkuasa. Kadangkala kita jatuh, ini biasa tapi kalau kita jatuh dan tidak bangun semula, ini malang namanya.



Kalau aku boleh bercakap, aku nak bagitau Najib. Mulakan dengan UMNO. UMNO perlukan nafas baru, semangat baru. Buat semakan, terima kenyataan betapa UMNO seakan akan raksaksa yang tidur lena.



DS Najib tiba tiba cemerlang sebagai Perdana Menteri. Umat Melayu ingin melihat beliau cemerlang pulak sebagai Presiden parti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...