Friday, July 25, 2014

IBRAHIM ALI SUDAH SILAP BESAR !


Beberapa hari aku ada terbaca artikel yang menulis tentang pandangan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA . Ibrahim antara lain menyebut bahawa kemelut MB Selangor ini menunjukkan betapa Khalid Ibrahim dijadikan seolah olah langsung tidak bernilai kepada Pakatan dan rakyat Selangor. Aku nak katakan Ibrahim sudah silap. Bukan Khalid saja tak bernilai, PAS pun menerima nasib yang sama...

Baca laporan ini...


Isu MB: 'Kurang hormat punca PAS belum setuju'



Antara sebab utama PAS Selangor dilihat masih tidak memberi konsensus untuk pertukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana sikap "kurang hormat" yang ditunjukkan PKR kepada mereka.

Ini kerana PKR langsung tidak meminta pendapat dan maklum balas PAS sebelum menghebahkan niat mencalonkan presiden Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar, kata seorang pimpinan kanan negeri.

Pemimpin itu keras menafikan PAS Selangor menolak Wan Azizah kerana beliau seorang perempuan, sesuatu yang "dirasakan" sebagai faktor mengapa parti Islam itu menolak langkah ini.

"Ini bukan sebab siapa jadi menteri besar tetapi tiada sebarang perbincangan yang dibuat bersama PAS Selangor selaku komponen Pakatan Rakyat selama ini," kata sumber dari pimpinan PAS negeri kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun berbeza dengan DAP yang mendapat gambaran penentangan terhadap Wan Azizah hanya kerana beliau seorang wanita.

"Ini gambaran yang diberi mereka kepada kami," kata seorang pemimpin kanan DAP Selangor kepada Malaysiakini.

Siapa sokong siapa?

Malaysiakini difahamkan, walaupun ada sekumpulan dalam PAS menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar, ada juga yang masih di tengah-tengah.

Tidak kurang juga kelompok yang mahu PAS diberi jawatan menteri besar kerana mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Exco negeri dilihat menyokong Khalid sepenuhnya sementara yang dipertua kawasan PAS kebanyakan mahu Khalid turun.

ADUN pula dilihat 50-50 dari segi sokongan ini dengan sebahagian daripadanya menyokong dan sebahagian menolak Khalid.

Ada juga yang menuntut agar kerusi menteri besar diserahkan kepada PAS kerana ini bukan kali pertama hal ini berlaku.

Sebelum ini, keputusan parti untuk menggantikan Khalid dengan "Langkah Kajang" Februari lalu turut dilakukan tanpa penjelasan dan persetujuan awal dari PAS.

He...he.. di kampung kampung, cakap punya besar. Sebenarnya PAS haprak, kosong tak de maruah !

4 comments:

Anonymous said...

Maruahnya dah ditukar dgn undi dan kerusi.

Anonymous said...

AKU PERCAYA PAS DAH TERSEPIT SEBAB MEREKA BUKANLAH PEMIMPIN YG BENAR BENAR BERWIBAWA

Anonymous said...

Pas ni juai ponggong jer belum. Lain dari itu semua dah dibuatnya

Anonymous said...

KIFARAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...