Tuesday, August 31, 2010

AZIZAN..TUNGGULAH DOA TURUN BALA DARI NIK AZIZ

Korang kenalke Ustaz Azizan Abd Razak. Ye..Menteri Besar Kedah. Dalam Malaysia dia adalah MB paling relax sekali. Cakap tak banyak. Bila wartawan tanya dia jawab tak tahu dulu. Dalam banyak banyak negeri, negeri Kedah yang langsung tak berkembang. Sebab itu dia tak pening.

Tapi Azizan Razak ni orang betul. Lurus. Satu satunya pimpinan PAS yang tak hormat langsung kepada Nik Aziz bahkan kenyataannya selalu bercanggah dengan Nik Aziz. Terbaru dia keluar kenyataan bahawa hudud bukan keutamaan Kedah sekarang. Mungkin di masa depan dia boleh kajilah.

Kenyataan ni dibuat sebaik sahaja Nik Aziz menyebut bahawa hudud akan dilaksanakan jika PAS memerintah. Yang seronoknya Azizan kata di Kelantan yang penduduknya majoriti Melayu pun, hudud tak jalan jalan lagi.

Maknanya Azizan dah londehkan kain Nik Aziz. Bising berkelahi ( kononnya ) dengan Karpal Singh pasal hudud rupa rupanya belum lagi. Dah 20 tahun dah. Tak ada apa pun.

Kata Azizan baik kita terapkan nilai Islam dulu. Biar orang semua terima dulu. Jadi..kalau begitu apa bezanya PAS dengan UMNO ? Apa perlunya berkawan dengan pengikut komunis dan abaikan saudara seagama ?

Maknanya politiklah. PAS politik. Itu je. Terima kasih Azizan.

Monday, August 30, 2010

RAKYAT MENUNGGU KEMERDEKAAN PEMERINTAH

Esok adalah ulangtahun ke 53 kemerdekaan negara. Satu tempoh masa yang memadai sebenarnya untuk melihat makna sebuah kemerdekaan itu. Dalam banyak hal aku dapat merasakan kejayaan pemerintah yang ditunjangi UMNO mengemudi negara. Kita ada matlamat yang jelas dan usaha ke arah mencapai matlamat itu sedang giat dijalankan.

Cuma yang mengecewakan aku , sejak akhir akhir ini aku dapati seolah olah pemerintah yang ditunjangi UMNO seakan ' hilang kuasa '. Pemerintah berkuasa membina tetapi hilang kuasa mencegah dan menghukum. Sedangkan kuasa ini diperlukan untuk memerintah sebuah negara.

Pelbagai usaha mengganggu gugat pembinaan negara bangsa dibiarkan berlaku berulangkali khasnya apabila dilakukan oleh orang Cina. Pemerintah seakan terjajah oleh orang Cina yang memang tidak menyokong pemerintah selama ini.

Siapalah Namewee - Telah dua kali mencetuskan perbuatan menghasut tahap tinggi tetapi lepas bebas hanya dengan perkataan ' maaf '.

AP Serdang dan Selayang menceroboh surau dan masjid. Pihak berkuasa agama hanya mampu menyatakan kesal walaupun pencerobohan itu berlaku secara sengaja dengan tujuan menghina Sultan dan Islam itu sendiri.

Menggugurkan nama Agung dan menggantikannya dengan nama Lim Guan Eng yang jelas menghalau umat Islam dari kampung halaman, hukumannya ia dipanggil mengadap dan berbincang.

Hasil daripada tindakan ' lembut' ini nantinya dijadikan bahan ceramah pembangkang yang menyatakan sebenarnya pemerintah telah hilang keberanian kerana terdesak untuk menang PRU 123. Dalam kata lain, kerana ingin memenangi hati pengundi, pemerintah hilang harga diri. Merdekakah begitu ?

Sunday, August 29, 2010

RUMAH NIK AZIZ JAUH LEBIH MULIA DARIPADA MASJID DAN SURAU

Semakin jelas nyata Nik Aziz bukan ulamak. Cuma dulu aku kata diani ahli politik yang licik. Aku tarik baliklah pengiktirafan aku. Dia adalah ahli politik yang kantoi.

Seperti biasa Nik Aziz mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AP DAP yang menceroboh ke dalam suarau dan masjid. Seperti biasa Nik Aziz kata ini adalah petanda mereka semakin minat kepada Islam hasil dakwah PAS.

Seperti biasa Nik Aziz ada contoh peristiwa zaman nabi yang membolehkan ahli dan pemimpin PAS berkompromi dan meneruskan usaha ' murni ' mereka.

Yang tak berapa biasa , Nik Aziz menyatakan pengurusan surau dan masjid tempat pencerobohan berlaku adalah orang orang yang jahil dan bodoh ( Anak didik Nik Aziz belaka tu ).
Yang amat luar biasa dan bahaya ialah apabila Nik Aziz meletakkan rumahnya lebih mulia daripada surau dan masjid.

Tentu korang masih ingat pelakon filem XXX YB Elizebeth Wong diarahkan menutup aurat semasa berkunjung ke rumah Nik Aziz manakala MP Serdang berkebaya belah tanpa tudung memberi tazkirah di dalam surau.

Seperti biasa juga Nik Aziz sentiasa disanggah oleh Ketua Dewan Ulama PAS ustaz Harun Taib yang tampil dengan kenyataan hanya ahli agama sahaja yang boleh memberi tazkirah kepada umat Islam.

Korang tunggulah nanti, akan keluar kenyataan biasa sangat- Ini semua adalah mainan media upahan UMNO. Biasalah...Nik Aziz

BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

" ALLAH tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya ALLAH hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang orang yang memerangi kamu kerana agama kamu dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu dan ingatlah sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, mereka itulah orang orang yang zalim ". ( Surah al Mumtahanah ayat 7-8 )

Aku perturunkan maksud Al Quran ini untuk peringatan diri aku dan tok tok guru PAS serta kitab Harakah yang mengaitkan isu doa Lim Guan Eng sebagai ' api perkauman ' yang ditiup oleh UMNO. Beberapa mukasurat penuh Harakah menafikan peristiwa itu berlaku sedangkan pelakunya Zakaria Ahmad ( yang dikatakan menipu harta keluarganya ) telah pun mengaku.

Perkaumankah ayat Al Quran ini apabila mengingatkan bahawa kita tak boleh nak rapat dengan orang kafir yang secara senyap dan halus memerangi kita?

Perkaumankah Al Quran yang merupakan mukjizat Rasullullah apabila memberi peringatan agar kita jangan bersahabat dengan orang yang menghalau umat Islam keluar dari kampung halaman seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng?

Atau apakah bagi Tok Guru PAS ayat ini tiada harga kerana tidak menguntungkan mereka ? Apakah ayat ini tidak terpakai kerana kepentingan politik mereka boleh terjejas kerananya ?

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini aku menyeru Tok Tok Guru PAS supaya jangan asyik memberi tazkirah kepada orang lain. Sesekali tazkirahlah diri sendiri, mudah mudahan ALLAH berikan kita hidayah.

Bertaubatlah..sementara pintu taubat masih terbuka.

Friday, August 27, 2010

WAN AZIZAH JUGA ADA SKANDAL ?

Aku siang tadi berbual dengan seorang student Universiti yang baru berjinak jinak dengan politik. Dahsyat juga cara berfikir dia ni. Dia kata amat tidak adil untuk kita mendesak atau memaksa Wan Azizah bercakap/ menyatakan pendirian tentang sikap suami dia Nuar Brahim.

Kemudian dia memetik maksud hadis Nabi " Tidak akan berkahwin seorang lelaki penzina melainkan dengan perempuan penzina ". Dia kata ini hadis bukan fatwa Nik Aziz.
Jadi dia mengajak aku berfikir mungkin Wan Azizah juga ada skandal tersendiri kerana menurutnya kebayakan perempuan inginkan pasangan yang normal . Maksudnya pasangan yang menghargai ' keperempuanan'.

Dia juga memaksa aku berfikir , mungkin juga Nuar Brahim dah rakam aksi aksi ' suami isteri ' mereka dan menjadikannya alat untuk memerangkap dan memenjarakan keberanian Wan Azizah. Mungkin katanya. Itulah faktor mengapa Wan Azizah nampaknya macam terpaksa mengikut telunjuk zalim Nuar Brahim.

Sampai sekarang aku masih gagal memikirkan andaian budak ni . Korang fikir macamana ?

HISHAMUDIN BIARKAN KOMUNIS MENJAJAH DI BULAN MERDEKA ?

Aku sedikit je terguris dengan penghinaan rakyat Indonesia apabila mereka memijak, membakar Jalur Gemilang. Aku geli bercampur kasihan mendengar mereka membawa najis sendiri yang mereka bungkus.

Aku rasa ' biasa ' apabila 600 rakyat Indonesia berdemonstrasi sedangkan kita sedang memberi makan kepada jutaan rakyat mereka. Jutaan wak..jutaan. Berjuta sedang merempat di Tanah Melayu menghantar nyawa kepada kaum keluarga mereka di kampung halaman. Kita redhakan, kita umat terbaik di kalangan umat manusia kerana kita mengajak yang makruf mencegah yang mungkar.

Ada perkara yang lebih ' dajal ' sedang berlaku dalam negara. Ia dilakukan oleh Parti ' ala komunis ' DAP dengan bantuan Parti Sesat SeMalaysia ,PAS. Ini lebih besar penghinaannya kepada seluruh umat Melayu Islam di Tanah Melayu. Tok nenek menggelupur dalam kuburan melihat kebaculan PAS.

Korang tengok gambar di muka depan Utusan Malaysia hari ini. Korang tengok cara lebai PAS duduk di sebelah nyonya sayur DAP dalam surau, . Hina betul. Korang tengok cara Nie Ching pegang pembesar suara. Korang tengok cara lebai malang tu tutup telo dia, korang tengok.

Korang tak rasa apa ke bila melihat parti ala komunis diraikan dalam surau. Tempat kita sujud dan rukuk kepada ALLAH Rabbulljalil ? Kalau korang tak rasa, korang bertaubatlah. Maknanya ALLAH dah mula tarik hidayah dan roh Islam dari jiwa korang. Sama macam apa yang berlaku kepada Haji Hadi dan Nik Aziz . Bertaubatlah.

Kepada sahabat aku Hishamudin, kalau tak berwibawa macam Najib pun tak pe. Sebab wibawa bukan boleh dibuat buat. Wibawa adalah satu anugerah. Tapi tolonglah jangan bacul. Nanti habis orang Melayu Islam hilang kepercayaan kepada UMNO kerana pemimpinnya bacul. Bertindaklah. Bertindaklah demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Bertindaklah sebelum kami bertindak sendirian.

Wednesday, August 25, 2010

SAYA BUKAN JAHIL..SAYA JAHAT!

Begitu teruja sekali Ustaz Zakaria Ahmad dikerumuni wartawan di Pulau Pinang semalam. Ceria dan liar mata Ustaz dikelilingi wartawan pelbagai media, macam macam fesyen dok ada. Maklumlah pertama kali dapat liputan. Macam bintang filem lepas kena tangkap khalwat pun ada aku tengok.

Yang aku malu dengan mamat ni ialah apabila dia kata " Saya bukan jahil. Tak salah doakan Lim Guan Eng supaya diberi hidayah. Yang salah ialah saya berdoa di masjid semasa khutbah ". Jadi aku nak tanya kamu lepasni nak berdoa di mana ? Tokong, Kuil ?

Sekali dengar orang dapat tangkaplah makna cakap kamu tu ialah kamu dah buat benda salah. Salah besar. Kamu salah guna masjid, kamu salah guna masa yang amat berharga bagi umat Islam iaitu masa khutbah dalam bulan Ramadhan pulak tu. Kalaulah kamu tak jahil maknanya kamu jahat.Itu je.

Kamu tahu tak, orang yang berjinak jinak dengan Islam kerana kerendahan hatibudi Najib lari kerana kebodohan kamu. Manalah bapak bapak PAS laknat ni ? Tolonglah..usahlah dalam bulan puasa yang mulia ni buat lagi perkara sesat. Cukuplah , buat malu Islam je. Nik Aziz kena tengoklah anakbuah. Sebab itulah jangan sembahyang hajat nak hancurkan orang lain. Sembahyang hajatlah mintak Allah pelihara iman dan takwa. Ya Allah, berilah mereka hidayah...

Tuesday, August 24, 2010

DOA PENIPU TAK KAN MAKBUL..

Maka namanya tiba tiba jadi sebutan. Ustaz Zakaria Ahmad. Tercapailah impiannya. Macam macam dia buat sebelum ni. Tak jadi. Doakan Guan Eng terus meletup. Dah tentulah bangga dia ni, walaupun nama meletup kerana sebab yang tak ada kelas langsung. Nama meletup kerana jadi sebahagian agen komunis, lunturkan institusi Raja.

Abangnya mufti Penang, adiknya pimpinan PAS Pusat. Zakaria Ahmad adalah ustaz suam suam kuku. Ada sumber mengatakan bahawa Zakaria Ahmad memang lepasan Al Azhar, malangnya dia adalah lepasan yang tak lepas. Kantoi separuh jalan. Kononnya dalam keluarga , Zakarialah yang paling koman sekali.

Walaupun koman tetapi Zakaria telah berjaya menipu ahli keluarganya melibatkan sejumlah aset yang amat bernilai warisan keluarga. Sebahagian daripadanya adalah dari Tanah Suci Mekah. Harta dari Tanah Suci tetapi diuruskan oleh orang yang hatinya tidak suci, begitulah jadinya.

Adik Zakaria, Ustaz Idris Ahmad adalah antara calon Parlimen Bukit Gantang. Tetapi oleh kerana masalah mereka adik beradik telah tersebar maka terpadamlah nama Ustaz Idris. Mereka ni anak ulamak juga. Ustaz Mat Sungai Petai memang toplah dulu. Hakikatnya iman dan taqwa tak boleh diwarisi. Anak anak ulamak lama ni sama sama bersekongkol dengan DAP dan meruntuhkan Islam.

Kenapa aku timbulkan benda ni. Saja aku nak gambarkan bahawa itulah jenis orangnya yang mendoakan Lim Guan Eng dan gugurkan nama Agung. Usahlah korang heran, Zakaria ni memang taik penipu( ikut sumber yang boleh dipercayai ). Doa taik penipu tak mungkin akan makbul.

Monday, August 23, 2010

MAJLIS PEGUAM- PERTAMA KALI BETUL

Di Malaysia ni ada banyak NGO. NGO yang paling tak guna pada pandangan aku ialah Majlis Peguam. Mungkin kerana kebanyakan ahlinya keturunan India maka NGO ini banyak putar belit seolah olah ia beroperasi di India.

Tapi kenyataan terbaru Majlis Peguam memang wajib disokong. Bodoh bodoh Majlis Peguam dalam memahami sejarah negara, budaya dan iklim bangsa, kali ini aku akui Majlis Peguam betul apabila Presidennya Regunath Kesavan mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja
ditubuhkan bagi menyiasat institusi Kehakiman yang menurut Majlis Peguam banyak cacat celanya.

Regunath menjadikan ' nota tersembunyi Teoh Beng Hock' sebagai asas dakwaannya. Biasalah macam aku kata tadi, Majlis Peguam bodoh dalam memahami langit yang dijunjungnya. Aku amat bersetuju dengan Majlis Peguam kali ini dengan SYARAT:-

1. Siasat dan ambil tindakan terhadap manipulasi dan eksploitasi seluruh institusi kehakiman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco konconya. Sebagai orang awam yang tak mengaji undang undang, aku tahu dengan jelas bahawa Anwar Ibrahim dan peguambelanya sengaja mempermainkan undang undang untuk kepentingan mereka. Perbuatan menangguh dan menunda perbicaraan adalah pengkhianatan terhadap undang undang.

2. Siasat dan ambil tindakan terhadap parti tertentu yang menjadikan mahkamah gelanggang politik kurang ajar mereka. Mereka membawa penyokong parti, mereka berceramah dan mereka membangkitkan isu isu tidak berkaitan di mahkamah. Semua ini melunturkan imej mahkamah sebagai tempat di mana keadilan ditegakkan.

Tubuhkanlah Suruhanjaya Diraja. Siasat dan ambil tindakan termasuk kepada Majlios Peguam kerana bertindak seperti parti politik.

Tuesday, August 17, 2010

GILA PUNYA PAS/PAS PUNYA GILA..

Kalau aku jadi mufti Perak , aku puntumpang pening. Patutlah mufti nampaknya dah makin aktif dan terbuka. Memang keadaan dah makin parah. Sebahagian umat Melayu Perak dah rosak teruk. Aku jangka Ramadhan ni tentulah puak puak ni ambik peluang muhasabah diri, rupanya makin teruk.

Korang bayangkan Tok Guru, Tok Imam boleh usung kepala DAP pergi majlis berbuka puasa. Ya Allah. Masa aku kecik dulu, mak aku selalu pesan " Orang tak pose tak boleh makan sekali dengan orang pose, Tuhan marah ".

Ini puak PAS usung siap dengan baju Melayu bersamping lagi. Maaflah Nizar. Ini bukan politik, ini agama. Orang yang kamu bawak tu najis, tak bersunat. Ini majlis berbuka, majlis agama. Bukan budaya macam kamu cucuh lilin rumah Teoh Beng Hock.

Inilah kesannya bila campur aduk antara agama dan politik. Akhirnya semua jadi politik. Apa kata Nik Aziz.

Thursday, August 12, 2010

KERAJAAN PAK TURUT ?

Aku tak fikir orang yang sayang kepada agama, bangsa dan negara akan berasa selesa membaca tajuk di atas. Orang yang selama ini berjuang tanpa jemu bersama UMNO pasti rasa resah gelisah jika dikatakan UMNO sedang nazak.

Terimalah kenyataan bahawa yang hidup pasti akan menemui mati. Cuma panjang pendek umurnya yang jadi perkiraan. Aku nampak sejak PRU 12 UMNO memang bersendirian. UMNO menghadapi segala macam kesukaran dan tohmahan tanpa ada bantuan dari rakan rakan Komponen yang sengaja kelihatan bermasalah supaya tidak perlu bertanggungjawab terhadap PRU 12 dan kesannya.

Aku nampak sekarang ni kalau kita bercakap tentang kerajaan maka kita bercakap tentang UMNO. UMNOlah yang kena menanggung kemarahan dan kegelisahan rakyat. Sekarang ni kenaikan harga barang. Dalam akhbar diberitakan harga ayam yang naik.

Aku nak mintak Menteri berkenaan untuk gerakkan jenteranya turun ke akar umbi, lihat bagaimana peniaga Cina ni mampu menyuburkan kebencian rakyat kepada kerajaan khasnya UMNO melalui permainan harga barang ni.

Di akar umbi rakyat sedang berkeluh kesah. Bukan ayam sahaja, bahkan semua barang naik harga.Ini yang aku bimbang. Kita asyik mendedahkan bahaya DAP dan PKR. Tapi hakikatnya Mak Limah hujung kampung tak peduli apa DAP buat, Yang Mak Limah bimbang ialah ikan kembung dah 13 ringgit sekilo. Dulu 10 ringgit je.

Menteri kena jaga benda ni. Jangan banding harga dengan negara lain. Org kampung sakit hati. Rakyat sedang bertanya sekarang, benarkah kerajaan berkuasa atau kerajaan hanyalah pak turut. Pak turut kepada peniaga, yang monopolinya orang Cina ?

Monday, August 9, 2010

MANI DALAM DUBUR...

Aku tunggu beberapa hari untuk mengulas berita ' Anwar akan seret Saiful dan Farah ke mahkamah'. Anwar dan peguambelanya yang ramai tu sedang membuat persediaan untuk menyeret Saiful ( mangsa liwat Nuar Brahim ) dan Farah Azlina Latif ( anggota pasukan pendakwaan yang telah menarik diri ) kerana dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Aku tak berminat untuk mengulas hubungan Saiful-Farah sebab aku berpegang kepada perkara yang amat asas iaitu ' Anwar dituduh meliwat Saiful . Saiful telah membuat laporan polis dan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah '.

Nuar Brahim telah melantik barisan peguambela yang hebat dan tanggungjawab mereka ialah membuktikan Nuar Brahim tidak meliwat Saiful. Itu sahaja. Nuar Brahim dan barisan peguambelanya kena buktikan bahawa ' air mani yang ada dalam dubur Saiful bukan Nuar Brahim punya'.

Walaupun aku bukan peguam tapi aku dapat bayangkan betapa Nuar Brahim tidak pernah dibela. Sejak daripada kes pertama dulu lagi, Nuar Brahim jadi alat pembelanya untuk memburukkan kerajaan.

Selepas ini ada lagi orang lain akan diseret ke mahkamah. Mungkin bapak dan emak Saiful kerana melahirkan Saiful. Mungkin tukang jahit seluar Saiful kerana menjahitkan seluar Saiful. Mungkin Datuk Najib atau Rosmah. Atau Ketua Polis atau Peguam Negara atau..atau..atau.ramai lagi yang tidak berkaitan untuk ganggu proses mahkamah.

Semuanya tidak penting bagi rakyat. Yang penting dan mesti dijelaskan oleh Nuar Brahim ialah MENGAPA ADA AIR MANI DIA DALAM DUBUR SAIFUL, KENAPA ?

Sunday, August 8, 2010

PIGI DAH HADI

Maka ramailah orang mengalu alukan kenyataan Haji Hadi tentang keperluan menjaga hak dan keistimewaan Bumiputera dan orang Melayu. Maka Tan Seri Muhyiddin pun kata tepat kenyataan tu.

Aku tak rasa apa apa pun baca kenyataan Haji Hadi. Sedikitpun tidak. Kenyataan ini agak kontra dengan pandangan pembangkang yang lain. Korang tunggulah sehari dua ni. Akan ada kenyataan Nik Aziz membangkang Hadi. Kata Hadi punya pandangan di luar ' semangat pakatan '.

Kemudian Hadi akan buat kenyataan balas. Dia pulak kata Utusan Malaysia telah tersalah lapor. Yang didapati bersalah oleh 'Pakatan Penipu' ini ialah Utusan Malaysia. Yang mendapat kebanggaan pula DAP. Yang kantoi dan semakin hilang maruah ' MELAYU ISLAM'.

Jadi kesimpulan aku ialah tak usahlah Hadi buat kenyataan. Buat malu Melayu Islam je. Duduk diam diam. Jadi Presiden lemah dan tunggulah balasan ALLAH Taala kerana mengorbankan agama demi sedikit kuasa.

Thursday, August 5, 2010

PENCABUL BELA PELIWAT

Aku makin sedar betapa kalau seseorang itu jahat, ganas, busuk hati, pendendam atau apa apapun, tidak semestinya ia begitu dengan semua orang. Dengan orang orang tertentu dia ok.
Contoh yang agak baru ialah apabila Al Gore mendesak Kerajaan AS membantu Anwar dalam kes liwatnya.

Al Gore baru je terlepas dari tuduhan mencabul. Akupun faham, kalau dah tiga tahun jangankan cabul , liwatpun hilang tanda, hilang bekas. Jadi saksi pun dah ingat ingat lupa gamaknya, terlepaslah Al Gore.

Sebagai tanda persahabatan dengan Nuar Brahim , Al Gore seru kerajaan AS campurtangan bantu lepaskan Nuar Brahim dari tuduhan meliwat. Bodoh punya Al Gore. Patutlah sampai ke Naib Presiden je. Sama macam sahabat dia. Sampai ke Timbalan PM je.

Al Gore boleh seru kerajaan AS untuk bantu Nuar. Tapi jangan lupa AS juga berada di bawah takluk ALLAH TAALA. Kamu tolong Nuar tapi sapa nak tolong orang yang dia jubo. Sudahlah, jagalah negara kamu. Kami jaga negara dan ponggong kami.

Monday, August 2, 2010

DAH JANGKA DAH

Sikitpun aku tak terkejut bila barisan peguam handalan Nuar Brahim mohon tangguh bicara sekali lagi. Aku yakin hakim dan kakitangan mahkamah termasuklah pencari fail dan tukang sapu swasta pun tak terkejut.

Memang Nuar Brahim nak tangguh. Kalau boleh sampai pilihanraya umum 13. Nuar Brahim akan pastikan Pakatan dapat memerintah, dia jadi PM dan tutup kes. Ini jangkaan dan perancangan Nuar Brahim.

Cuma Nuar Brahim lupa satu perkara. Dia merancang, ALLAH juga merancang. Sesungguhnya ALLAHlah sebaik baik perancang. Bawaklah bomoh dari langit, bawaklah bomoh 1 Malaysia. Percayalah tak ada bomoh yang mampu menutup kebenaran. Baiklah bertaubat. Hakikatnya , nafsupun dan mengendur, tenaga batinpun dan luntur. Mengaku je, terima hukuman dunia dan mohon keampunan ALLAH. Mintak maaf pada Wan Zizah yang selama ini dikhianati, habis cerita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...