Wednesday, July 28, 2010

DAP BERJAYA

Bila Tony buat kenyataan nak hapuskan diskaun bumiputera dalam pembelian hartanah mewah di Selangor sebenarnya bukan itu niat dia. Dia dan DAP nak buktikan :-

1. Melayu memang dah pecah belah. Melayu UMNO bangkang, Melayu PAS tak selesa, Melayu PKR sokong. Tak lama lagi akan ada lagi Melayu PAS yang sokong lengkap dengan ayat Quran dan Hadis sekali.

2. Orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan miskin. Walaupun mengaku tuan di negara tercinta ini , oarng Melayu tetap koman. Kalau ada yang mampu, yang mampu ni pulak penipu , kata DAP.

3. UMNO tak berupaya menyatakan pendirian secara jelas dan tegas. Ada pandangan seorang berdua. Lepas tu senyap. Tunggu apa lagi penghinaan DAP selepas ini. Ada la kot yang akan kata ' jangan jolok sarang tebuan', padahal sarang tebuan dah lama terbakar.

4. Tony Pua juga nak tunjuk sebenarnya undang undang tak berguna untuk DAP. Tak ada siapa berani saman walaupun Tony Pua menghina. Kalau ada orang saman pun, ia akan berakhir setakat saman je.

Jadi apalagi yang ada orang Melayu ni. Hari hari kena hina, kena perlekeh. Berseronok lah sebagai ' tuan ', tuan tanpa maruah.

Tuesday, July 27, 2010

USAH LEKA ISU KOREK PASIR, BAHASKAN ISU KOREK..

Orang yang paling seronok apabila ramai blogger dedahkan isu korek pasir di Selangor dah tentulah Nuar Brahim. Orang dah mula lupa masalah sebenar negara kita. Masalah sebenar kita buka korek pasir. Orang tak dianggap hina kerana curi atau korek pasir.

Orang jadi hina bila dia mengaku sangat baik tapi main ponggong. Ini jangan lupa. Nuar Brahim sekarang tengah rancang macam macam supaya orang lari dari isu sebenar. Nuar Brahim dapat talian hayat bila fokus terhadap dia dialih.

Yang kedua , korek pasir ni adalah pendedahan orang Nuar sendiri. Ini penting untuk gambarkan kelemahan Khalid Brahim. Azmin dah tak boleh tahan. Lewat lewat hujung tahun ni dia mesti nak jadi MB Selangor.

Tentulah Azmin tak boleh naik kalau orang bangkitkan soalan yang pernah ditanya dahulu
1. Buat apa beli tilam sampai 27 ribu yang saiznya muat untuk 3 orang ?
2. Kenapa Azmin begitu istimewa bagi Nuar mengalahkan Wan Zizah ?
3. Apa pulak hubungan Nuar Brahim dengan Asmidar isteri Azmin ?

Benda benda ni yang Nuar Brahim takut, bukan pasir. Pasir ni hujung jari dia je. Yang nak kena jawab yang hujung nyawa...

Monday, July 26, 2010

SEKALI LAGI ALLAH TUNJUKKAN

Maka dengan sendirinya terpacul dari mulut Nik Aziz. Tohmahan , fitnah dan penghinaan terhadap Mufti Perak, Harussani. Inilah tokohnya yang dikatakan keramat. Inilah orangnya yang dikatakan warisatulanbia.

Nik Aziz menghina mufti ini hanya kerana nak menegakkan Islam setelah PAS dengan arahan DAP cuba meruntuhkannya. Nik Aziz mengepalai pasukan menyerang Harussani dengan serangan yang amat memalukan umat Islam.

Semuanya kerana dendam lama terhadap UMNO. Inilah perbezaan terbesar Nik Aziz dengan Rasulullah. Kalau Rasulullah pendendam macam Nik Aziz maka sudah pastilah Islam tak akan berkembang. Mana ada orang Quraisy yang tidak menzalimi Rasulluallah. Semuanya.

Orang PAS patut melihat perkara ini dengan mendalam. Macam aku perbah kata dulu. Nik Aziz bukan maksum. Nik Aziz orang biasa je. Kepada orang UMNO, usahlah takut nak mengkritik Nik Aziz, sebenarnya Nik Aziz lebih jauh meninggalkan ajaran Rasullullah berbanding orang lain. Itulah hakikatnya.

Thursday, July 22, 2010

BALDI MASUK DALAM GELAS ?

Satu ketika aku pernah terfikir bagaimana PAS boleh terperangkap dalam Pakatan yang menjadikan komunisme sebagai kaedah perjuangan. Aku terfikir bagaimana pimpinan PAS yang mengaji tinggi dalam bidang agama boleh terjebak di lembah paling hina bersama DAP dan PKR.

Semalam segala kekeliruan aku terjawab. Bersyukur aku kepada Allah kerana diberikan aku petunjuk. Alhamdulillah. Insyaallah selepas ini aku harap dapat kongsikan petunjuk ini dengan rakan rakan yang lain.

Apabila Nasrudin Hasan , Ketua Pemuda PAS keluarkan kenyataan, maka yang selama ini samar menjadi terang. Pelan damai PAS UMNO yang mamat ni cadangkan memang menjelaskan segala galanya.

Akhir cadangan atau kesimpulan yang Nasruddin buat memang amat jelas menunjukkan betapa mereka ni sebenarnya BODOH orangnya. Tak hairanlah bila PAS nampak macam kayu. Bila Nasruddin cadangkan masanya dah sampai untuk UMNO pula menyertai PAS, makanya dia nak suruh baldi masuk dalam gelas. Bolehke..bodohnya.

Wednesday, July 21, 2010

KEBENARAN PASTI MENANG

" Kita boleh membina jalanraya bertaraf antarabangsa, kita boleh membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, kita boleh membina lapangan terbang yang canggih tercanggih di dunia, tetapi jika kita gagal membina dan membangunkan manusia, kita pasti akan gagal mencapai hasrat dan cita cita negara".

" Jalan rosak boleh dibaiki, bangunan rosak juga boleh dibaiki, tetapi jika akal budi sudah rosak buruklah padahnya".

" Walaupun miskin dari segi pendapatan tetapi isu atau persepsi miskin dalam jiwa dan semangat perlu diubah ".

Tiga ungkapan di atas adalah antara contoh ucapan yang pernah disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak samada sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri.

Meneliti ucapan ini kita dapat mengesan betapa Najib amat mengambil berat hal hal berkaitan pembinaan dan pembangunan manusia.

Sewaktu awal Islam, Rasullullah saw juga amat menekankan pembentukan personaliti selain persoalan aqidah dan tauhid. Barangkali inilah ikutan Najib dalam membina negara bangsa tercinta ini.

Para pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat umumnya perlu mempunyai kesungguhan yang sama dalam menterjemahkan hasrat dan cita cita murni Najib ini.

Kita sudah dapat melihat banyak contoh betapa manusia yang terpelajar menggunakan 'kepandaian' mereka dengan cara yang salah kesan pembangunan diri yang tidak seimbang.

Jenayah kolar puteh selalunya dikaitkan dengan golongan terpelajar. Penipuan, pecah amanah, rasuah dan sebagainya masih menjadi barah dalam masyarakat kita.

Ada individu belajar dalam bidang agama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Terpelajar bahkan digelar ulama dan tok guru tetapi sentiasa sinis dan sarat sindiran khasnya apabila bercakap tentang perpaduan. Bergelar ulama tetapi tidak konsisten dalam pendirian.

Ada yang pakar dalam undang undang. Mereka mempersendakan undang undang dan institusi berkaitan dengannya demi kepentingan individu atau kelompok yang mereka wakili.

Ada pula yang amat petah berkata kata. Pidato mereka memukau ribuan pendengar. Malangnya mereka menggunakan kelebihan ini untuk berbohong dan memfitnah.

Sangat bahaya sebenarnya jika kita gagal membina dan membangunkan manusia secara seimbang. Hakikatnya manusia adalah unsur terpenting sesebuah negara.

Saya ingin mengajak pembaca untuk sama sama berfikir mengenai perkara ini kerana saya dapati ada pertentangan yang amat nyata sedang melanda negara kita. Kerajaan UMNO berusaha sedaya upaya membina dan membangunkan negara bangsa manakala kumpulan yang dipimpin oleh DAP bersungguh-sungguh mahu meruntuhkannya.

Kerajaan pimpinan UMNO berjaya mendirikan banyak sekolah menengah kebangsaan agama di seluruh negara.begitu ramai doktor yang warak dan jurutera yang berakhlak dilahirkan bermula di sekolah-sekolah ini.orang yang bekerja dengan agama menjadi landasan pasti akan menjadi pekerja cemerlang.

Kadar kemiskinan dapat dikurangkan secara beransur-ansur . Hampir tiada kemiskinan tegar dikesan dalam negara.Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah, Malaysia masih menjadi tumpuan pendatang asing kerana mereka boleh membina kehidupan di sini.

Umumnya rakyat hidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh. Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan.

Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO. Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat.

Saya merasakan masanya telah sampai untuk UMNO khasnya mula menyebut dan menerangkan kepada rakyat apa yang telah dibuat selama ini. Rakyat terutama orang Melayu mesti dikejutkan dengan kebenaran bahawa bukan semua kerajaan sama seperti kerajaan UMNO/BN.

Semua pemimpin UMNO di semua peringkat tidak lagi boleh berfikir untuk menjadi 'hero baik' yang menyembunyikan kebaikan mereka. Turunkanlah kepada rakyat. Dedahkan apa yang selama ini mungkin rakyat tidak tahu.

UMNO mesti berubah. UMNO perlu pergi kepada rakyat, bukan duduk berharap akan berlaku persefahaman atau kerjasama bersama Pas. Mana mungkin parti besar yang banyak berjasa ini boleh duduk semeja dengan Pas yang kita ketahui telah dijajah. Pas telah dijajah dan tidak mampu membuat keputusan.

UMNO usah bimbang. Rakyat sedang memerhati dan menilai. Lebih penting, Allah juga melihat dan menilai. Pasti Allah tidak akan menolong mana mana golongan yang menjual agamanya dengan harga yang rendah.

Dalam masa yang sama , pemimpin dan ahli UMNO juga mesti berani menilai diri. Hasil penilaian itu buatlah penambahbaikan. Percayalah , kebenaran pasti akan menang.



Umumnya rakyathidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun-tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh.Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan.

Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat.

Wednesday, July 14, 2010

PERPADUAN, JADIKANNYA REALITI

Aku adalah salah seorang yang berasa bersyukur apabila timbul perbincangan tentang keperluan orang Melayu bersatu. Orang Melayu ni umumnya adalah orang Islam. Usah nafikan.
Tak ada mana satu negara pun dalam dunia yang ALLAH pilih selain Malaysia yang meletakkan syarat bahawa suatu bangsa itu hilang realiti bangsanya setelah menukar agamanya.

Orang Siam tetap Siam walaupun beragama Hindu.
Orang India tetap India walaupun beragama Kristian
Orang Cina tetap Cina walaupun tiada agama.
Orang Melayu tidak lagi dipanggil Melayu kalau bukan beragama Islam.

Inilah hebatnya negara tercinta ni. Jadi usah pulak kata kita nak bincang atas agama, kita tak nak bincang atas bangsa. Kalau ada ayat tu keluar maknanya tak nak berbincangle tu.

Aku rasa ini masa ketika paling baik untuk mulakan perbincangan. Kalau korang perasan, Datuk Najib adalah pemimpin paling banyak bercakap tentang pembangunan manusia. Bandingkan dengan pemimpin lain. PAS/PKR/DAP.

Inilah kaedah yang Rasulullah gunakan semasa sebarkan Islam. Bangunkan manusia secara menyeluruh, Islam akan jadi kuat dan kukuh. Islam bukan sekadar cakap . Islam ialah manusia yang mengamalkannya.

Jadi manusia Islam ni hanya akan terbangun dalam baik jika kita sediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai. Dalam konteks negara kita persekitaran itu sebahagiannya mesti dimulakan melalui kebijaksanaan politik.

Kalau politik Islam misalnya dilihat ada dua tiga jenis , mana nak wujud persekiran yang baik. Tak jadi.

Kesimpulannya , bincanglah. Perbanyakkan persamaan, minimakan perbezaan. Insyaallah.

Friday, July 9, 2010

HAJI ZAINUDDIN HILANG

Inilah isunya sekarang. Mereka menyesal tapi apa maknanya. Tak ada faedah. Rumah ada orangnya tak ada. Ada orang kata dia bukak cawangan di Kuala Lumpur. Bukan Cawangan PAS. Bini baru ( Tapi aku tak percaya ni )

Penduduk sekitar Lubuk Merbau heboh. Sebelum jadi wakil rakyat janji macam macam. Bila dah jadi batang hidung pun tak nampak. Tak ada satu janji pun tertunai.

Satu lagi YB Zainuddin ni dikatakan wakil rakyat Cina. Kalau orang Cina mati, dia ziarah. Orang tua dia tolong. Orang Melayu dia suruh wakil je. Wakil pulak tu sombongnya macam panglima istana zaman dulu.

Inilah suara yang aku dengar. Kesimpulannya bukan mudah melaksana kerja. Cakap burung kakak tua pun boleh.

Kepada pengundi Lubuk Merbau eloklak buat penilaian semula. Jangan silap lagi. Demi anak cucu

Tuesday, July 6, 2010

Konflik Karpal Nik Aziz : Usah Terpedaya

Akhir akhir ini media heboh melaporkan konflik antara Karpal Singh dengan Nik Aziz. Maka ada juga pimpinan dan ahli UMNO yang teruja. Korang ingat tak bila Karpal mula bagi bola tanggung kat Nik Aziz. Masa orang UMNO mula cemas dengan daftar pengundi yang amat rendah.

Bila Nik Aziz sambut je cabaran Karpal, orang UMNO jadi terkejut. Percaya pakatan pembangkang memang ada masalah. Orang UMNO teruja dan terus berhenti risau. Berhenti berfikir dan berhenti bekerja. Inilah UMNO. Berjayalah diaorang.

Kemudian Nik Aziz sedar orang PAS mula bosan menanti model Negara Islam sebenar. Cakapnya dah berpuluh tahun. Tak jadi tak jadi juga. PRU dah dekat.
DAP pulak mula kehilangan kepercayaan penyokong sebab nampak macam longgar je Malaysian Malaysianya. Nampak macam dah nak jadi maklab lah pulak. Jadi Karpal bincang dengan kawan kawan dia, jom kita gaduh. Tunjuk pada rakyat. Maknanya mereka menang kelilinglah...UMNO ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...