Wednesday, July 21, 2010

KEBENARAN PASTI MENANG

" Kita boleh membina jalanraya bertaraf antarabangsa, kita boleh membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, kita boleh membina lapangan terbang yang canggih tercanggih di dunia, tetapi jika kita gagal membina dan membangunkan manusia, kita pasti akan gagal mencapai hasrat dan cita cita negara".

" Jalan rosak boleh dibaiki, bangunan rosak juga boleh dibaiki, tetapi jika akal budi sudah rosak buruklah padahnya".

" Walaupun miskin dari segi pendapatan tetapi isu atau persepsi miskin dalam jiwa dan semangat perlu diubah ".

Tiga ungkapan di atas adalah antara contoh ucapan yang pernah disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak samada sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri.

Meneliti ucapan ini kita dapat mengesan betapa Najib amat mengambil berat hal hal berkaitan pembinaan dan pembangunan manusia.

Sewaktu awal Islam, Rasullullah saw juga amat menekankan pembentukan personaliti selain persoalan aqidah dan tauhid. Barangkali inilah ikutan Najib dalam membina negara bangsa tercinta ini.

Para pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat umumnya perlu mempunyai kesungguhan yang sama dalam menterjemahkan hasrat dan cita cita murni Najib ini.

Kita sudah dapat melihat banyak contoh betapa manusia yang terpelajar menggunakan 'kepandaian' mereka dengan cara yang salah kesan pembangunan diri yang tidak seimbang.

Jenayah kolar puteh selalunya dikaitkan dengan golongan terpelajar. Penipuan, pecah amanah, rasuah dan sebagainya masih menjadi barah dalam masyarakat kita.

Ada individu belajar dalam bidang agama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Terpelajar bahkan digelar ulama dan tok guru tetapi sentiasa sinis dan sarat sindiran khasnya apabila bercakap tentang perpaduan. Bergelar ulama tetapi tidak konsisten dalam pendirian.

Ada yang pakar dalam undang undang. Mereka mempersendakan undang undang dan institusi berkaitan dengannya demi kepentingan individu atau kelompok yang mereka wakili.

Ada pula yang amat petah berkata kata. Pidato mereka memukau ribuan pendengar. Malangnya mereka menggunakan kelebihan ini untuk berbohong dan memfitnah.

Sangat bahaya sebenarnya jika kita gagal membina dan membangunkan manusia secara seimbang. Hakikatnya manusia adalah unsur terpenting sesebuah negara.

Saya ingin mengajak pembaca untuk sama sama berfikir mengenai perkara ini kerana saya dapati ada pertentangan yang amat nyata sedang melanda negara kita. Kerajaan UMNO berusaha sedaya upaya membina dan membangunkan negara bangsa manakala kumpulan yang dipimpin oleh DAP bersungguh-sungguh mahu meruntuhkannya.

Kerajaan pimpinan UMNO berjaya mendirikan banyak sekolah menengah kebangsaan agama di seluruh negara.begitu ramai doktor yang warak dan jurutera yang berakhlak dilahirkan bermula di sekolah-sekolah ini.orang yang bekerja dengan agama menjadi landasan pasti akan menjadi pekerja cemerlang.

Kadar kemiskinan dapat dikurangkan secara beransur-ansur . Hampir tiada kemiskinan tegar dikesan dalam negara.Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin parah, Malaysia masih menjadi tumpuan pendatang asing kerana mereka boleh membina kehidupan di sini.

Umumnya rakyat hidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh. Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan.

Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO. Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat.

Saya merasakan masanya telah sampai untuk UMNO khasnya mula menyebut dan menerangkan kepada rakyat apa yang telah dibuat selama ini. Rakyat terutama orang Melayu mesti dikejutkan dengan kebenaran bahawa bukan semua kerajaan sama seperti kerajaan UMNO/BN.

Semua pemimpin UMNO di semua peringkat tidak lagi boleh berfikir untuk menjadi 'hero baik' yang menyembunyikan kebaikan mereka. Turunkanlah kepada rakyat. Dedahkan apa yang selama ini mungkin rakyat tidak tahu.

UMNO mesti berubah. UMNO perlu pergi kepada rakyat, bukan duduk berharap akan berlaku persefahaman atau kerjasama bersama Pas. Mana mungkin parti besar yang banyak berjasa ini boleh duduk semeja dengan Pas yang kita ketahui telah dijajah. Pas telah dijajah dan tidak mampu membuat keputusan.

UMNO usah bimbang. Rakyat sedang memerhati dan menilai. Lebih penting, Allah juga melihat dan menilai. Pasti Allah tidak akan menolong mana mana golongan yang menjual agamanya dengan harga yang rendah.

Dalam masa yang sama , pemimpin dan ahli UMNO juga mesti berani menilai diri. Hasil penilaian itu buatlah penambahbaikan. Percayalah , kebenaran pasti akan menang.



Umumnya rakyathidup bebas dan selamat termasuk pemimpin pembangkang yang sudah bertahun-tahun mendakwa terancam dan mahu dibunuh.Ini semua adalah kesan pembangunan seimbang yang saya maksudkan.

Ini semua adalah hasil usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.Banyak jasa dan budi telah ditabur kepada rakyat termasuk kumpulan pimpinan DAP yang saban hari meracuni pemikiran rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...