Thursday, July 22, 2010

BALDI MASUK DALAM GELAS ?

Satu ketika aku pernah terfikir bagaimana PAS boleh terperangkap dalam Pakatan yang menjadikan komunisme sebagai kaedah perjuangan. Aku terfikir bagaimana pimpinan PAS yang mengaji tinggi dalam bidang agama boleh terjebak di lembah paling hina bersama DAP dan PKR.

Semalam segala kekeliruan aku terjawab. Bersyukur aku kepada Allah kerana diberikan aku petunjuk. Alhamdulillah. Insyaallah selepas ini aku harap dapat kongsikan petunjuk ini dengan rakan rakan yang lain.

Apabila Nasrudin Hasan , Ketua Pemuda PAS keluarkan kenyataan, maka yang selama ini samar menjadi terang. Pelan damai PAS UMNO yang mamat ni cadangkan memang menjelaskan segala galanya.

Akhir cadangan atau kesimpulan yang Nasruddin buat memang amat jelas menunjukkan betapa mereka ni sebenarnya BODOH orangnya. Tak hairanlah bila PAS nampak macam kayu. Bila Nasruddin cadangkan masanya dah sampai untuk UMNO pula menyertai PAS, makanya dia nak suruh baldi masuk dalam gelas. Bolehke..bodohnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...