Wednesday, July 14, 2010

PERPADUAN, JADIKANNYA REALITI

Aku adalah salah seorang yang berasa bersyukur apabila timbul perbincangan tentang keperluan orang Melayu bersatu. Orang Melayu ni umumnya adalah orang Islam. Usah nafikan.
Tak ada mana satu negara pun dalam dunia yang ALLAH pilih selain Malaysia yang meletakkan syarat bahawa suatu bangsa itu hilang realiti bangsanya setelah menukar agamanya.

Orang Siam tetap Siam walaupun beragama Hindu.
Orang India tetap India walaupun beragama Kristian
Orang Cina tetap Cina walaupun tiada agama.
Orang Melayu tidak lagi dipanggil Melayu kalau bukan beragama Islam.

Inilah hebatnya negara tercinta ni. Jadi usah pulak kata kita nak bincang atas agama, kita tak nak bincang atas bangsa. Kalau ada ayat tu keluar maknanya tak nak berbincangle tu.

Aku rasa ini masa ketika paling baik untuk mulakan perbincangan. Kalau korang perasan, Datuk Najib adalah pemimpin paling banyak bercakap tentang pembangunan manusia. Bandingkan dengan pemimpin lain. PAS/PKR/DAP.

Inilah kaedah yang Rasulullah gunakan semasa sebarkan Islam. Bangunkan manusia secara menyeluruh, Islam akan jadi kuat dan kukuh. Islam bukan sekadar cakap . Islam ialah manusia yang mengamalkannya.

Jadi manusia Islam ni hanya akan terbangun dalam baik jika kita sediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai. Dalam konteks negara kita persekitaran itu sebahagiannya mesti dimulakan melalui kebijaksanaan politik.

Kalau politik Islam misalnya dilihat ada dua tiga jenis , mana nak wujud persekiran yang baik. Tak jadi.

Kesimpulannya , bincanglah. Perbanyakkan persamaan, minimakan perbezaan. Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...