Wednesday, July 28, 2010

DAP BERJAYA

Bila Tony buat kenyataan nak hapuskan diskaun bumiputera dalam pembelian hartanah mewah di Selangor sebenarnya bukan itu niat dia. Dia dan DAP nak buktikan :-

1. Melayu memang dah pecah belah. Melayu UMNO bangkang, Melayu PAS tak selesa, Melayu PKR sokong. Tak lama lagi akan ada lagi Melayu PAS yang sokong lengkap dengan ayat Quran dan Hadis sekali.

2. Orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan miskin. Walaupun mengaku tuan di negara tercinta ini , oarng Melayu tetap koman. Kalau ada yang mampu, yang mampu ni pulak penipu , kata DAP.

3. UMNO tak berupaya menyatakan pendirian secara jelas dan tegas. Ada pandangan seorang berdua. Lepas tu senyap. Tunggu apa lagi penghinaan DAP selepas ini. Ada la kot yang akan kata ' jangan jolok sarang tebuan', padahal sarang tebuan dah lama terbakar.

4. Tony Pua juga nak tunjuk sebenarnya undang undang tak berguna untuk DAP. Tak ada siapa berani saman walaupun Tony Pua menghina. Kalau ada orang saman pun, ia akan berakhir setakat saman je.

Jadi apalagi yang ada orang Melayu ni. Hari hari kena hina, kena perlekeh. Berseronok lah sebagai ' tuan ', tuan tanpa maruah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...