Sunday, July 31, 2011

3000 HADIR TAZKIRAH RAMADHAN LEE BOON CHYE

AHLI PARLIMEN GOPENG BERJAYA TAKLUK PAS LUBUK MERBAU !

Semalam Ahli Parlimen PKR Gopeng berjaya menceroboh Surau RPA Mior Aris , Lubuk Merbau dengan bantuan PAS kawasan Lubuk Merbau.

Yang peliknya Lee Boon Chye nak bagi ceramah tentang kesihatan jantung tetapi buat dalam surau. Padahal melambak markas PAS ada di kawasan berhampiran.

Untuk pengetahuan semua YB PAS Lubuk Merbau, Haji Zainuddin memang tak pernah ada dalam kawasan pun. Gamaknya program ini nak hidupkan balik nama PAS yang dah mati di Lubuk Merbau.

Barangkali ini perkongsian bijaklah. Haji Zainuddin selalu hadir kalau ada Cina DAP yang meninggal. Sebagai balasan Boon Chye ceramah dalam surau.

Korang janganlah terkejut pulak. Kehadiran sebenar ialah 30 orang. Itupun termasuk yang mengiringi Boon Chye.

Aku jangka bukan kehadiran yang mereka utamakan. Mereka nak tunjuk, pada bila bila masa dan di mana mana saja mereka boleh ceroboh masjid dan surau.

Pada bila bila masa mereka boleh hina umat Islam sebab PAS akan sentiasa patuh dan taat kepada mereka.

Tahniahlah PAS Lubuk Merbau. Setelah gagal melakukan apa apa, mereka mintak tolong Cina PKR datang bantu...


Saturday, July 30, 2011

SEKEJAP ADA, SEKEJAP TAK DA !


AKU BERCAKAP TENTANG TELOR HISHAMUDDIN...

Bila KDN menahan Dr Jeyakumar bersama lima yang lain, aku rasa bangga sebab nampaknya kerajaan bersungguh menjamin masa depan anak cucu.

Aku tambah bangga bila Menteri KDN beberapa hari kemudian menegaskan bahawa kerajaan bertegas demi mempastikan komunisme tak kembali dihidupkan di Tanah Melayu ini.

Kemudian aku dengar berita bahawa Jeyakumar nak mulakan mogok lapar. Berita itu kemudiannya melaporkan bahawa Hishamudin akan pergi melawat Jeya.( Tak taulah dia pergi ke tak ).

Tiba tiba kumpulan ini dibebaskan tanpa syarat. Apa benda semua ni?
Dulu kata ada asas yang kuat untuk menahan mereka. Mana asasnya?
Kenapa pulak mereka dilepaskan?

KDN menahan mereka dengan tegas kemudian melepaskan mereka hanya kerana Jeyakumar nak mogok lapar ? Adakah mogok lapar itu bermaksud mereka sebenarnya tidak bersalah?

Bagaimana kalau selepas ini Chin Peng pulak nak mogok lapar sehingga dibenarkan pulang ke tanahair di mana ramai orang Melayu dibunuhnya?

Bagaimana jika pembunuh Sosilawati juga ingin melakukan mogok lapar ?

Apa benda semua ni ? Menteri KDN nak jaga siapa sebenarnya ?




Friday, July 29, 2011

BERKAWAN DENGAN BABI JADIKAN PAS GILER BABI !!



Sejak tidur satu selimut dengan DAP yang sedang menghalau umat Islam di Pulau Pinang, PAS dilanda macam macam musibah aku tengok.

Nik Aziz asyik kena balun dengan anak buah. Haji Hadi dah bercakap menggunakan teks yang disediakan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mat Sabu sedang nazak jatuh dari motorsikal sewaktu sedang lari dari polis. Ulamak PAS semua dah kena bungkus. Senyap sunyi tak bersuara.

Terbaru pulak, PAS Pahang kena sawan babi. Mereka mintak Mufti Pahang bertindak kerana ada kilang keluarkan silika. Silika ini pulak akan digunakan sebagai sebahagian daripada komponen penapis arak.

Kilang arak ini beroperasi di Amerika Syarikat !

Jadi apa yang gilanya ? Di Selangor orang Islam boleh bekerja di kilang arak, angkut arak atau jual arak. Di Selangor yang diperintah Pakatan Hasan Ali dipecat dari Exco kerana cuba memberi pandangan berbeza dengan Ronnie Liu berkaitan arak.

Di Kelantan yang secara mutlak diperintah PAS, tahun 2010 44 lesen menjual arak dikeluarkan dengan izin Kerajaan Negeri.

Di negeri BN , kilang buat silika dimintak tutup . Apa lagi yang mahu dipanggil mereka ini selain GILER BABI !



BERTELANJANG DI DEPAN RUMAH !

PERBUATAN MENGUNDANG BAHAYA !

Petang semalam aku menziarahi seorang rakan di sebuah kawasan perumahan yang agak baru didiami. Sewaktu berlegar legar mencari rumahnya aku nampak sekumpulan budak budak sedang bermain di tepi jalan.

Ada di antara budak budak tu bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun. Aku jangka yang paling senior dalam kalangan budak budak tu ialah yang berumur sekitar 4 atau 5 tahun.

Tak ada orang dewasa di kawasan berhampiran. Aku terfikir juga,
senang benar jadi mak bapak. Kawasan baru, berhampiran jalan raya,
sikap lepas tangan mak bapak memang mengundang bahaya.

Nampaknya beberapa peristiwa ngeri yang melibatkan beberapa mangsa sebelum ini, tidak menjadi pengajaran kepada sebahagian mak bapak.

Kalau ditakdirkan berlaku sesuatu yang buruk kepada anak anak ini,
siapa pulak yang nak disalahkan yer !


Thursday, July 28, 2011

APA DAH JADI NIH ! ?

SISTEM KESELAMATAN KITA WAJIB DIKAJI.

Semalam DS Najib Razak cuba ' diserbu ' sewaktu tiba di KL Sentral.Beberapa orang anggota AMK cuba melakukan provokasi liar termasuk menjeritkan ' reformasi '.

DS Najib adalah seorang yang amat humble dan terbuka. Tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang dipilih rakyat.

Apa yang berlaku semalam menggambarkan kelemahan sistem keselamatan PM. Bagaimana mungkin sekumpulan 'musuh ' yang dapat dilihat secara terang dan nyata dapat sama sama menunggu PM dengan selesa.

Bagaimana pulak ' musuh ' dapat begitu hampir dengan PM sehingga berjaya masuk ke dalam kamera.

Ini petanda bahawa Nuar Brahim sudah amat nekad. Budak budak suruhan Nuar Brahim juga sudah menjadi ' amat berani' melakukan sesuatu untuk Nuar.

Hakikatnya mereka telah berjaya semalam. Peristiwa ini akan jadi bahan ceramah mereka.

1. Rakyat begitu benci kepada kerajaan sehingga sanggup melakukan apa saja untuk tunjukkan kemarahan dan kebencian.

2. DS Najib sebenarnya tidak peduli kepada rakyat kerana rakyat nak berjumpapun dihalang.

Dalam masa yang sama aku nak bertanya. Apa dah jadi dengan kerajaan kita nih ? Sebelum ini Bersih 2 berjaya dilaksanakan, sekarang Najib pulak telah diaibkan.

Tunggulah, peristiwa ini pasti akan jadi berita antarabangsa yang mencemarkan imej negara !


Wednesday, July 27, 2011

TIGA TOKOH YANG AKAN MERUNTUHKAN UMNO !

UMNO TAK KAN TUMBANG KERANA PEMBANGKANG !

Yakin dan percayalah ! UMNO tidak akan kalah kerana kehebatan pembangkang. Selagi pembangkang berperasaan, berfikiran dan berkelakuan macam sekarang, insyaallah UMNO akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat.

Tapi UMNO akan kecundang dan tewas kerana unsur dalaman UMNO sendiri. Untuk kali ini aku nak tampilkan 3 tokoh yang pada pandangan aku menjadi liabiliti kepada parti .

1. Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan UMNO/BN. Sebagai Timbalan Menteri yang rapat dengan anak muda, pada aku kenyataannya bukan menguntungkan parti tapi merosakkan parti.

Sangat bahaya sebenarnya sikap Saifuddin ini apatah lagi beliau adalah pemimpin dari Pahang iaitu Negeri Perdana Menteri dan Presiden parti.

2. Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda UMNO ini adalah yang paling teruk dalam sejarah parti.Setakat ini aku tak nampak ke mana Pemuda nak dibawa. Tak de benda yang dibuatnya nampak memberi manfaat kepada parti.

Aku juga nampak sehingga kini Khairy gagal membentuk kepimpinan Pemuda di semua peringkat. Yang paling mudah dilihat ialah bilamana sehingga kini pengundi muda yang belum berdaftar sebagai pengundi dikatakan melebihi sejuta orang.

Itu belum dicampur dengan pengundi muda yang sudah berdaftar tetapi mengundi pembangkang.

3. Tun Faisal

Exco Pemuda ini aku masukkan dalam senarai kerana peranannya sebagai kepala Unit Media Baru UMNO. Selain mempunyai blog dan face book sendiri, aku tak tau samada pasukan yang sama ada di negeri dan bahagian. Aku dengar ada latihan dibuat tetapi tak nampak pulak hasilnya.

Polemik Tun Faisal dengan beberapa blogger pro kerajaan baru baru ini menampakkan ' wajah sombong Pemuda UMNO ' yang menjadi sebahagian punca anak muda menyampah dengan UMNO.

Percubaan Tun Faisal menjawab kritikan menyerlahkan ' kekebalan'
Pemuda yang tak boleh ditegur dan dikritik. Barangkali selepas ini,
rakyat tidak lagi akan menegur sebaliknya memuji apa yang UMNO lakukan tetapi mereka akan menghukum UMNO dalam pilihanraya.

Sebagai pemerhati di akar umbi, jika aku ada peluang bercakap , aku nak bagitau pucuk pimpinan parti " Jika pucuk pimpinan gagal bertindak, aku bimbang mereka akan menguburkan UMNO ".


Tuesday, July 26, 2011

NASHA AZIZ JADI MANGSA !

BERLAKON DRAMA LAWAK BODOH !

Aku pun tak fahamlah TV3 ni. Sebagai saluran paling diminati, TV3 punya tanggungjawab besar untuk membantu membina negara bangsa. Tambahan pulak TV 3 ni orang pakat tengok walaupun Pakatan Pembangkang dah banyak kali kempen supaya memboikotnya.

Sebelum ini TV 3 jadi juara cerita hantu, cerita saka. Dalam setiap cerita digambarkan bahawa semua hantu dan saka ni takut dan kalah dengan ustaz ustaz, pak lebai pak lebai.

Sebab itu pusat rawatan yang menggunakan nama Islam dah tumbuh macam cendawan. Orang mula percaya bahawa banyak penyakit berpunca daripada hantu , jin atau saka.

Kadang kadang beratus ringgit habis duit untuk berubat. Ada kawan aku sampai sekarang marahkan arwah Toknya kerana tinggalkan saka. Padahal , sampai sekarang juga pusat rawatan tersebut tak berjaya sembuhkan penyakitnya.

Hakikatnya semua hospital kerajaan adalah pusat rawatan Islam sebab ia didirikan oleh kerajaan Islam, tenaganya dilatih dan digaji oleh Kerajaan Islam.

Malam tadi pulak TV 3 siarkan sebuah drama bertajuk SUPERMAK. Nasha Aziz jadi pendukung watak utamanya. Punyalah teruk kualiti drama ini.

Aku dok tengok macam unsur nak perbodohkan polis pun ada. Nak tunjukkan polis lemah pun ada.

Gamaknya apa fikiran penerbit drama ni yer ? Apa nak dilontarkan kepada penonton khasnya bebudak ?


Monday, July 25, 2011

BERAK DALAM PINGGAN !


MAZLAN ALIMAN MAKIN SESAT !

Keluarga Mazlan Aliman ni orang susah, miskin. Kerana miskinlah emak bapaknya buat keputusan untuk merantau menyertai Tanah Rancangan Felda, bagi mengubah nasib.

Memangpun. Mereka semakin lapang sehingga Mazlan Aliman dapat peluang belajar dan menjadi seorang peguam.

Malangnya Mazlan Aliman tak bersyukur. Selepas berjaya, Mazlan Aliman memilih untuk meruntuhkan institusi yang selama ini menjadi tempat beliau dan keluarganya bernaung.

Terkini Mazlan dengan bantuan R Sivarasa sedang menghasut sambil memperbodohkan peneroka dengan isu tanah Felda untuk generasi kedua.

Di Lenggong baru baru ini, Mazlan menjual borang untuk kononnya bagi mendapatkan tanah dengan harga sepuluh ringgit. Di belakang borang tercatat ' tanah akan diperolehi setelah Pakatan memerintah'.

Korang bayangkan yer...Tanah yang ada jumlahnya ialah 300 ribu hektar. Manakala jumlah generasi kedua felda pulak ialah 600 ribu orang ! Maknanya seorang ' mungkin' dapat 1/2 hektar tanah.

Untuk 1/2 hektar tanah itu, kerajaan UMNO yang mengusahakan tanah tersebut dari awal wajib diruntuhkan.

Selain itu, Mazlan juga sedang menghasut peneroka untuk menyaman felda atas pelbagai dakwaan. Dicari sebab yang agak munasabah supaya peneroka rasa wajar saman dibuat. Dijanjikan pula jika saman ini berjaya peneroka akan dapat jutaan ringgit seorang.

Menariknya ' tiada ' yuran guaman dikenakan. Peneroka hanya bayar 500 ringgit kos pengurusan. Korang kiralah tengok ! Yang dah pasti jadi jutawan ialah Mazlan dan Sivarasa.

Peneroka mustahil menang kerana sebahagian daripada tuntutan mereka tidak munasabah dan menuntut sesuatu yang bukan hak mereka.

Mazlan tahu ini. Yang penting bagi Mazlan ialah wang peneroka dan meruntuhkan institusi Felda. Inilah sebab mengapa Mazlan begitu dikasihi DAP!

Peneroka pulak, tanpa berfikir terus saja korbankan 500 untuk dapatkan sejuta !

HE! HE! HE! Yang dah tentu kaya...Mazlan Aliman, anak peneroka yang derhaka kepada bangsanya...yang tumpang sekaki...Sivarasa...


Sunday, July 24, 2011

NUAR BRAHIM DAH TINGGAL ' 8 MINIT ' JER !


PRESTASI NUAR BRAHIM MERUDUM...


Situasi 1

Nuar Brahim , Timbalan Perdana Menteri bergegas masuk ke rumah setelah 3 hari berada di Sabah atas tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Anak anak yang masih kecil berkejaran tetapi Nuar terus masuk ke bilik Sukma ( adik angkatnya ). Mereka berkurung selama empat jam sebelum Nuar keluar dengan keadaan kusut masai dan keletihan.
( sumber : Wan Azizah Wan Ismail, isteri sah Nuar Brahim )

Situasi 2

Shamsidar Taharim, isteri Azmin Ali yang dikatakan kekasih Nuar Brahim tergesa gesa masuk ke sebuah unit rumah di Tivoli Villa tepat jam 5.30 petang. Nuar Brahim sampai 5 minit kemudian dan masuk ke rumah yang sama. Tepat jam 8 malam Shamsidar kelihatan keluar dari rumah tersebut diikuti oleh Nuar Brahim.
( sumber : Umi Hafilda Ali, adik Azmin Ali )


Situasi 3

Nuar Brahim keluar dari bilik mandi, menggosok gosok anunya. Kemudian Nuar memeluk amoi yang duduk di birai katil. Nuar kemudian mengarahkan amoi ' menganukan anunya '. Kemudian Nuar mula balun amoi. Laa...8 minit jer...menyembur !!
( sumber : semua orang tengoklah. Buat buat tak mengaku pulak)

Maknanya, Nuar Brahim telah merosot begitu teruk. Daripada beberapa jam, dah tinggal lapan minit jer. Kalau begitu, baiklah Nuar tobat. Mengaku dan kemudian lari ke luar negara. Bina hidup baru.

Masalahnya , ada ke negara nak terima Nuar ? Amerika, Australia,Singapura, Afrika...

Atau Nuar usah tangguh tangguh lagi. Teruskan perbicaraan kes liwat Saiful. Kemudian...bina hidup baru di Sungai Buluh.

Setuju tak Botak 3030, Raja dilautan ?


Saturday, July 23, 2011

NUAR BRAHIM SAMAN UMI HAFILDA !!

INI YANG DITUNGGU RAKYAT SELAMA INI...

Antara penceramah paling terkenal tetapi paling dibenci oleh Pakatan Pembangkang ialah Umi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali Timbalan Presiden PKR dan adik ipar Shamsidar yang merupakan surirumah paling kaya di Malaysia.

Pada aku Umi bukan penceramah yang hebat tetapi dia menjadi sebahagian penting daripada segala 'peristiwa' membabitkan Nuar Brahim.

Umi bercakap perkara yang sama di mana sahaja beliau bercakap. Sama termasuk sewaktu beberapa kali bertembung dengan Nuar Brahim.
Antara yang selalu disebut ialah :-

1. Nuar Brahim liwat Azizan sampai 17 kali.
2. Nuar Brahim balun Shamsidar setiap hari Rabu,5.30 ptg di Tivoli
Villa.
3. Nuar Brahim hantar Azmin ke luar negara semasa mula menggoda
Shamsidar
4. Nuar Brahim arahkan lebih 50 anggota polis tangkap dan dera Umi
supaya menutup mulut.
5. Nuar Brahim melalui Azmin pernah tawarkan jutaan ringgit kepada
Umi sebagai balasan tutup mulut.
6.Nuar Brahim larikan wang 3 billion ringgit tetapi yang terpenjara
Datuk Murad.

Banyak lagilah. Banyak yang Umi sebut. Rakyat tengah tunggu. Umi sendiri setiap kali berceramah mesti sebut " Ya Anwar al Juburi ! Kalau aku bercakap bohong, saman aku. Aku tunggu kau di mahkamah.

Aku harap sangatlah. Nuar Brahim menguasai peguam handalan. Samanlah Umi kalau Umi berbohong. Atau buat jer pengakuan, memang apa jua yang Umi sebut adalah benar belaka.


PELIK TAPI BENAR ! TELUR YANG HILANG TIBA TIBA DATANG BALIK !



Subuh tadi aku bangun tidur dengan rasa yang amat lega. Lapang dada dan fikiran aku. Bangga pun ada jadi rakyat Malaysia yang merdeka. Merdeka !

Aku rasa Hishamudin, Menteri KDN yang bertanggungjawab sehingga Bersih 2 terpaksa berlaku telah mendapat semula 'telurnya' yang hilang.

Berita yang tersebar di alam maya betul betul menyegarkan jiwa aku. Aku yakin ramai rakyat Malaysia rasa bangga.

" PEGUAM PERANCHIS DIHALAU PULANG ".

William Bourdan, seorang peguam bagi pertubuhan tanpa keuntungan yang berpengkalan di Peranchis telah selama dihantar pulang ke kampung halamannya selepas ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia di Pulau Pinang.

Sahabat Nuar Brahim ini dijangka menyampaikan ucapan di Pulau Pinang dalam majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang yang berselindung di sebalik Suaram.

Badan yang dianggotai William ni kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan menentang jenayah kemanusiaan. Kalau begitu kita syorkan Mamat ni selesaikan isu hak asasi di Peranchis dulu.

Orang Islam di Peranchis adalah antara yang paling tipis hak asasinya di dunia. Dah selesai di Peranchis, pergi pulak ke Palestin. Balun Israel, sekutu Peranchis yang bukan sahaja menafikan hak asasi rakyat Palestin bahkan melayan mereka macam binatang.

Tak payahlah sibuk sibuk di Malaysia.Orang yang bercakap tentang hak mereka dinafikan di Malaysia semuanya hidup senang lenang, bebas bercakap dan bertindak walaupun sebahagiannya merosakkan negara.

Aku mintak KDN jangan jawab apa apa soalan berkaitan perkara ini. Kalau orang tanya juga, jawab begini " Ini negara aku, rakyat aku, aku mesti jaga keselamatan mereka dari sebarang bentuk gangguan daripada mana mana sudutpun ! ".

Untuk pertama kali, aku ucap tahniah kepada Hishamuddin !


Thursday, July 21, 2011

MALAYSIA VS CHELSEA, PEMBANGKANG YANG KALAH TERUK !



Masa artikel ini aku tulis, Malaysia masih seri 0-0 dengan Chelsea. Perlawanan rancak dan menarik. Tak tau siapa yang akan menang. Yang pasti pembangkang yang diketuai DAP dan kalah teruk.

1. Stadium penuh dengan penonton. Pembangkang meleset bila kata rakyat Malaysia susah dan menderita. Korang bayangkan, dah hujung bulan anak muda boleh keluarkan beratus ringgit hanya kerana nak tengok bola sepak. Rakyat kita mampulah.

2. Penonton tak kira bangsa, Cina, India dan Melayu duduk berlonggok bersorak. Inilah 1 Malaysia. Api perkauman yang dinyalakan khasnya oleh DAP nampaknya tak bernyala. Yang subur ialah Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib.

3. Sentimen dan emosi benci tidak berjaya disuburkan oleh pembangkang nampaknya. Lebih 80 ribu penonton hadir menggunakan wang sendiri berbanding 6 ribu orang hadir bersih 2 yang diberi elaun.

4. Cubaan pembangkang membanjirkan stadium dengan warna kuning juga tak berjaya. Anak muda tak mampu dihasut oleh pembangkang.

Syabas Anak Muda. Nikmatilah masa muda dengan gembira. Abaikan apa jua bentuk hasutan yang merosakkan...


GEMPAR !! NIZAR JAMALUDDIN KRITIKAL !

BERITA HANYA DISIARKAN BLOG PEMBANGKANG !

Ini berita ' sedih ' yang aku baca daripada beberapa blog pembangkang malam tadi. Aku tak taulah apa perasaan yang patut timbul daripada berita ini.

Mantan Menteri Besar Perak yang masih berperasaan dan berkelakuan seperti Menteri Besar, DS Nizar Jamaluddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan membimbangkan.

Beliau dikatakan mengalami bengkak jari akibat daripada gigitan serangga berbisa yang tidak diketahui apa benda serangganya.

Beliau bagaimanapun dilaporkan oleh beberapa blogger upahan PAS sanggup menyabung nyawa pergi menziarahi rumah rakyat yang terbakar dan sebuah rumah lain yang terpecah tingkapnya.

Berita itu juga melaporkan, dalam keadaan nazak begitupun Nizar tetap mahu memberi sumbangan kepada mangsa.

Catatan : Demikianlah betapa hebatnya usaha pembinaan karektor yang dibuat oleh pembangkang. Dibesar besarkan perkara yang sebegini kecil dan sebenarnya tak patut jadi bahan berita pun.

Lepas ni korang tunggulah. Penceramah mereka pula akan menjadikan perkara ini begitu ' hebat' sampai rakyat akan jadi kagum. Padahal apalah sangat kena sengat, apa luar biasanya menziarahi orang ditimpa musibah.

Benda benda yang selama ini dilakukan oleh pemimpin UMNO tetapi tak jadi bahan berita pun. Gamaknya politik kita begini. Lepas ni aku minta pemimpin UMNO, kalau pergi tengok orang sakit, kalau pergi ziarah orang meninggal, mesti dijadikan berita.

Kalau ada yang selsema tetapi masih berkhidmat, jadikan berita besar. Tunjukkan betapa tingginya pengorbanan pemimpin kita.

Ehh... tak payahlah kot ! Buat malu jer. Biarlah Nizar dan pembangkang jer buat benda macam ni. Lagipun aku rasa dah tak lama dah pembangkang ni.
Insyaallah, selepas PRU 13, ghuyublah ..




Wednesday, July 20, 2011

RAIS YATIM JANGANLAH NAK JAGA DIRI JER..NEGARA KENA JAGA JUGAK !



Akhirnya Sharpshooter kena bayar gantirugi 300 ribu ringgit kerana memfitnah DS Dr Rais Yatim. Dari satu sudut, aku sokong Rais Yatim 100%.

Ini budaya fitnah jahat tak boleh dibiarkan berleluasa. Dalam masa yang sama, maruah peribadi mesti dipertahankan.

Namun begitu, Rais Yatim tak bolehlah nak jaga ' diri ' semata mata. Rais Yatim kena sedar bahawa beliau adalah Menteri dan pemimpin UMNO.

Kalau Rais Yatim sangat cepat bertindak membersihkan dirinya, mengapa Rais Yatim tidak secepat itu membersihkan Kerajaan.

Sebagai Menteri yang jaga media, Rais wajib melihat 'hutan media' secara menyeluruh. Bukan sekadar menunggu melihat pokok sebatang yang merupakan dirinya.

Aku bagi contoh, fitnah terhadap ' isteri Perdana Menteri'berkaitan banyak perkara. Yang terkini berkaitan cincin dan gelang.

Lihat pula laporan Malaysiakini dan komentar yang tersiar. Memang macam komunis, menyemai benci. Apa tindakan Rais Yatim.

Lebih daripada itu lihat lagi media lain yang lebih menyeluruh dan berpengaruh. TV 3 sebagai contoh. Tengoklah rancangan yang disiarkan sekarang.

Rancangan bersiri Juvana, Drama Indonesia, semuanya gagal membantu rakyat ' mengasihi dan memahami' aspirasi kerajaan.

Aku mintaklah Rais Yatim. Tengoklah benda benda ni sama. Aku takut nanti rakyat akan kata, Menteri BN ni kerjanya menjaga diri semata sedangkan parti,kerajaan dan negara dibiarkan tergadai !


Tuesday, July 19, 2011

LEPAS NI SPENDARLAH PULAK !

INI YANG DIKATAKAN BERSIH...

Aku tunggu jer. Cincin 24 juta, gelang dekat 2 juta. Lepas ni aku rasa spendar Rosmah Mansor pulak dikatakan berharga puluhan ribu sehelai.

Mudah jer kerja pembangkang di Malaysia. Cipta satu cerita palsu. Sebarkan di alam siber. Dah riuh di alam siber pun, yang dapat ceritanya hanya orang yang celik IT.

Wan Limah, Kak Tom, Pak Abu, Abang Tahir tak tau cerita ni. Mereka mana ada tengok blog. Duduk pulak hujung kampung.

Jadi tanggujawab ustaz ustaz PAS lah pulak menyebarkan fitnah ini kepada orang kampung. Ustaz akan kata " Tuan tuan tak baca internet,
mari saya nak bagitau. Saya baca di internet ada berita kata Rosmah Mansor beli cincin berharga lebih 24 juta ringgit, tuan tuan !"

Nak sedap lagi ustaz akan kata " 24 juta ni boleh bina puluhan surau, bila bagi orang miskin, mereka akan hidup senang, beribu orang susah boleh pergi Mekah dengan duit sebanyak itu ".

Kemudian ditanya pulak " Tuan tuan tau duit siapa 24 juta tu ? Duit tuan tuanlah. Sebab itu harga barang tinggi. Peniaga kena bayar cukai, cukai tu pulak Rosmah guna untuk beli cincin dia ! "

Orang kampung pun marah. Benci pada Rosmah, benci pada Najib dan benci pada kerajaan. Ini matlamat pembangkang, mudah jer. Sebab itu aku kata pembangkang termasuklah ulama PAS guna kaedah komunis.

Semai kebencian dalam kalangan rakyat dengan matlamat untuk meruntuhkan kerajaan yang sah. Yang menariknya rakyat yang selalu disiram dengan sensasi seperti itu tidak pulak ' tahu dan berpeluang' bertanya secara mendalam apa yang berlaku.

Maka lahirlah masyarakat yang hidup dengan jiwa dendam dan benci.Tidur dengan benci, makan dengan benci, sembahyang dalam benci, berjimak dalam benci... kalau jadi anak ? Ganas dan gagal dikawal

Akhirnya masyarakat makin lama makin teruk. Haji Hadi, Nik Aziz siaplah. Di hadapan ALLAH nanti banyak soalan nak kena jawab kerana menggalakkan benda benda ni berlaku.

Nuar Brahim ? Dia ni tak masuk buku. Kalau punggung pun dibalunnya maka tak ada apa boleh dibincangkan lagi...




Monday, July 18, 2011

NAK BERPESAN KAT MAWI SIKIT ....

USAH JADI MACAM BOB LOKMAN !

Pertamanya aku nak ucapkan tahniahlah pada Mawi suami isteri. Dengarnya isteri Mawi dah mengadung dekat dua bulan. Lama juga bertungkus lumus tu. Alhamdulillah...

Mana mana orang pun bila berkahwin memang mengharapkan zuriat sebagai tanda kasih suami isteri. Mudah mudahan zuriat yang Tuhan kurniakan akan jadi anak soleh atau solehah.

Cuma aku nak berpesanlah kepada Mawi ni. Mintak disimpangkanlah.
Usah ditiru macam Bob Lokman tu walaupun serbannya sebesar raga. Tak boleh pakai cara berfikirnya. Walaupun kononnya dah begitu kerap memberi ceramah, tetapi ceramahnya hanya kepada orang PAS yang setara pemikirannya.

Nabi berpesan " Anak ini lahirnya macam kain puteh. Emak bapaknyalah yang mencoraknya. Nak jadi Yahudi ker, Majusi ker..."

Kemudian Nabi ada juga menyebut " Pemberian terbaik seorang bapa
kepada anaknya ialah budipekerti yang baik ". Maknanya bapaknya kena berakhlaklah supaya dapat anak anak contohi.

Jangan jadi Bob Lokman, bila anak problem, yang salah kerajaan, yang salah masyarakat, yang salah media massa.

Merata Bob Lokman bercerita buruk anaknya. Padahal kalau kita pernah buat silap salah, usah diceritakan kepada umum. Tinggalkan perbuatan tu dan mohon keampunan ALLAH.

Apapun, hakikatnya kalau betul cara kita mendidik, betul pulak teladan yang kita tunjuk, insyaallah terjaga anak anak kita.

Dalam masa yang sama dengarlah pesanan orang tua tua. Mengandung kali pertama ni banyak cabarannya. Kita doa mudah mudahan orang rumah Mawi dapat menjaga diri dan kandungannya dengan baik.


Friday, July 15, 2011

USOP WILCA BERSARA !


KARYA SENI DIPEROLOK !

Nampaknya dunia seni tanahair bakal kehilangan seorang lagi 'watak' yang menjadi fenomena baru. Keberkesanan lakonan Usup Wilca menyebabkan beliau menjadi begitu dikenali khasnya selepas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kita sebenarnya dah lama tak ada bintang yang sebegini rupa. Selepas Era P Ramlee, kita ada pelakon tetapi kurang memberi bekas. Usop ni baik orang tua sampailah kanak kanak semuanya suka kepadanya.

Hilang nama Syed Mohd Asri. Siapa sahaja yang bertembung dengannya akan memanggilnya Usop.

Tapi kita jangan lupa. Usop lawak di layar perak. Di luar Usop adalah orang biasa yang ada prinsip yang dia pegang. Bukan maknanya lawak di filem lawak pulak di luar.

Usop jadi terkilan sebab 'wataknya' dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah telah jadi bahan politik murahan parti pembangkang. Usop tak suka watak yang dihidupkannya jadi bahan tokoh tokoh tertentu untuk tipu rakyat.

Mat Sabu, Nuar Brahim masing masing macam nak ambil peluang dari populariti Usop Wilca dengan cara menggunakan wilca juga. Karpal Singh, Usop tak kisah sebab Karpal ni memang memerlukan wilca.

Tapi Mat Sabu dan Nuar Brahim , Usop tak boleh terima sebarang bentuk eksploitasi terhadap kerja seni. Kalau untuk tujuan baik Usop boleh timbangkan tapi Mat Sabu dan Nuar Brahim mana ada niat baik .

Jadi Usop sedang timbangkan kemungkinan bersara dari berlakon. Biarlah Nuar Brahim dan Mat Sabu mengambil alih peranannya pulak !

Inilah yang kawan aku cakap semalam. Kata kawan aku, Usop wilcapun gamaknya menyampah dengan Nuar Brahim dan Mat Sabu ni...



Thursday, July 14, 2011

HADI BERDEPAN TINDAKAN KERASS !!



Dulu bolehlah. Hang boleh bercakap ikut hang . Ikut nafsu hang. Hang boleh kata orang sesat, hang boleh kata orang syahid.

Masa hang jadi Timbalan Presiden, hang kadangkala sampai peringkat langgar presiden hang.

Sekarang hang dah jadi Presiden. Tapi hang Presiden yang lemah. Hang Presiden parti yang kecil tetapi bernafsu besar. Hang Presiden parti yang miskin dan tidak berdaya.

Hang ingat hang boleh cakap apa hang suka ? Tak boleh Di....
Negara Islam ? No...no...
Hudud ? No...no...

Jadi hang pun bercakaplah berasaskan apa yang sekutu hang suka. DAP dan PKR. Kit Siang dan Nuar Brahim.

Ini akan berlaku jika sempat dirancang. Hang diberi arahan awal. Maka struktural lah cakap hang. Kalau tak dan rancang ?

Jadilah apa yang berlaku baru baru ini. Di Penang Boss hang balun polis macam kucing kurap. Boss hang Nuar Brahim bercakap menceritakan kekejaman polis sampai ada yang mengalirkan air mata.

Di Terengganu hang pulak puji polis macam nak rak. Bergegar lapangan terbang dengan takbir bila hang kata polis layan hang dengan begitu baik sekali.

Hang telah gagal memahami 'aspirasi bersama' untuk meletakkan polis di tahap paling bawah, paling hina setara anjing. Hang tersilap kerana tidak berkongsi usaha meruntuhkan institusi keselamatan ini.

Hang tunggullah Hadi. Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan yang akan datang hang pasti kena balun. Masa tu, aku tak taulah apa benda hang nak pusing pulak !


Tuesday, July 12, 2011

LANCAULAH KIT SIANG !

BERSIH 2 BENAR BENAR 1 MALAYSIA ?

Selepas berjaya menghasut, memperkuda dan memperbodohkan ribuan orang Melayu Islam untuk turun berdemonstrasi pada Perhimpunan Bersih 2 yang penuh onar dendam, Lim Kit Siang tampil dengan rumusan komunisnya.

Dia kata percubaan menumbangkan kerajaan sah pilihan rakyat itu benar benar melambangkan 1 Malaysia menumbangkan 1 Malaysia yang digagaskan oleh DS Najib.

Semua bangsa, semua agama tanpa mengira pangkat dan keturunan telah sama sama turun untuk menyokong Bersih 2.

Aku gunakan perkataan LANCAU untuk bagitau Kit Siang bahawa aku juga mengetahui dan memahami bahasa dan budaya bangsa lain selain Melayu. Dan sebenarnya itulah yang selayaknya diucapkan kepadanya.

" Hei ! Apek.. lu kira ala belapa olang cina ala turun aaa. Lu pun lali ooo!! Itu lu punya Guan Eng ala tulun ka talak tulun ? Talak maaa..."

Setakat dua tiga kerat je Cina DAP turun, itu pun jauh di belakang. Kemudian nak dakwa jadi hero 1 Malaysia,

Anak menantu tak ada pun. Kit Siang pun sebenarnya masa sidang media jer kelam kabut. Masa lain tak nampak.

Lepas ni aku nak tunggu budak budak Universiti , kot kot ada yang kena singkir. Manalah tau kalau kalau pihak Universiti dah tiru pendekatan tegas Azizan Razak.

Masa ini kita tengok, adakah DAP akan tawarkan budak budak ni tempat belajar di Universiti atau kolej diaorang!

Kita tunggu mana mana kakitangan kerajaan yang kena tindakan, kita tunggu berapa orang peguam yang DAP akan tawarkan.

Akhirnya aku nak cadangkan Pemuda UMNO ke, Perkasa ke, jom kita buat pula demonstrasi sekali lagi di Pulau Pinang. Buat lebih besar. 10/20 ribu orang di Pulau Pinang, kita suburkan pulak 1 Malaysia di Pulau Lim Guan Eng !



BERCERAMAH DALAM DERITA ! HE! HE! HE!

LAWAN AUTA DI PULAU PINANG...


1. MAT SABU KENA REMPUH DENGAN TRAK. CEDERA PARAH !
LUTUTNYA BERBALUT DAN BELIAU TIDAK DAPAT BERJALAN.
BELIAU BERGERAK DI ATAS KERUSI RODA JER...

2. NUAR BRAHIM JUGA CEDERA PARAH. SEMPAT NAZAK SEKEJAP.
HIDUP DENGAN PENDAKAP LEHER. MALAM TADI CERAMAH DI
PULAU PINANG MACAM ROBOCOP!

KEDUA DUA TOKOH INI SATU MASA PERNAH DIKAITKAN DENGAN SKANDAL SEKS. SORANG BALUN BINI ORANG YANG SEKARANG DAH JADI BINI DIA.

SORANG LAGI HABIS JANTAN BETINA DIBALUNNYA. KEDUA DUANYA PERNAH KUTUK MENGUTUK KERANA MASING MASING TAU BELANG YANG DISEMBUNYIKAN.

AKU MINTAK MAAFLAH. NAK TERGELAK SANGAT TENGOK MAMAT DUA ORANG NI DI PENTAS SEMALAM. DUDUK DEKAT DEKAT PULAK TU. PUNYALAH AUTA KELING.

DAH NAK MATI SANGAT DAH. MASIH LAGI PERGI BERCERAMAH.

AKU YAKIN, AUDIEN RAMAI YANG MERAUNG . SEDIH TENGOK PEJUANG MEREKA YANG SANGGUP BERJUANG WALAUPUN DALAM DERITA.

MAT SABU DENGAN NUAR BRAHIM PULAK LAWAN SEPAK PUNGGUNG DI HOTEL KERANA BERJAYA PERBODOHKAN ORANG!

HE!HE!HE!...


Monday, July 11, 2011

JOHAN JAAFAR HADIR KE SEMALAM ?

TEGURAN ZAHID WAJIB DIBERI PERHATIAN !

Aku bukan minat sangat kat Zahid Hamidi ni. Tapi ucapan dia semalam, dalam Majlis Penerangan Perdana pada aku sangat baik. Tak macam selalu, lawak tak lawak...serius tak serius.

Semalam aku bangga dengan ucapan dia. Tegas , jelas. Teguran kepada GLC terutamanya. Katanya kepada peneraju GLC, " TUAN BERADA DI SANA KERANA ADA KAMI YANG BERADA DI BAWAH INI. JADI JANGANLAH BERFIKIR DENGAN CARA YANG BERBEZA ".

Ini aku nak tanya Datuk Johan Jaafar, ada ke dia dalam majlis semalam.Kalau ada dia kena buat sesuatulah. Aku tengok Media Prima dah jadi macam tempat ' promo' diri. Dah terkenal gunakan populariti untuk jatuhkan kerajaan.

Korang tengok hari ini kepada dan Pejuang Bangsa.Pendita Kain Singkat dan Pejuang Bangsa di http://sejarahmelayu.blogspot.com/

Aku rasa dalam masa yang sama aku nak jer bertanya Datuk JJ ni.

Apa dah jadi Datuk ?

Masa aku dengar sorakan audien selepas peringatan Datuk Zahid, aku dapat rasakan memang orang lain semua sangsi dengan GLC ni.

Aku harap Media Prima tak jadi sebahagian daripadanya.



WOOIT ! TENGOK SAIFUDDIN ABDULLAH SEDANG MENONGGENG KE ARAH NUAR BRAHIM !

KERJA DIA, DIA TAK BUAT PUBLISITI DIA NAK !!

APA TIMBALAN MENTERI NIH ! BUAT KERJALAH. SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI ADA BANYAK KERJA YANG PATUTNYA DIA SELESAIKAN.

1. BUDAK MELAYU TAK SCORE SEPERTI YANG SEPATUTNYA

2. BUDAK MELAYU BANYAK SANGAT POLITIK SEHINGGA YANG DAPAT ANUGERAH DEKAN, ANUGERAH UNIVERSITI KEBANYAKANNYA BUDAK CINA.

3. BUDAK MELAYU BANYAK MENYERTAI PARTI POLITIK SEDANGKAN ADA AUKU YANG SEPATUTNYA DIPATUHI.

4. ADA BUDAK MELAYU TAK PANDAI GUNA PTPTN , BELI BUKAN BUKAN SEHINGGA NAK BELI BAHAN RUJUKAN PUN TAK MAMPU.KEMUDIAN BILA NAK BAYAR, MACAM MACAM DALIHNYA.

ITU SEBAHAGIAN DARI KERJA SAIFUDDIN. AKU RASA DIA TAK BUAT KERJA DIA SEHINGGA DIA JARANG MUNCUL !

TIBA TIBA DIA BUAT KENYATAAN KEPADA MALAYSIAN INSIDER.

KATANYA ADA BANYAK BENDA BENDA BN KENA UBAH BERIKUTAN BERSIH 2. WOII !! DS NAJIB SENTIASA KATA PERLU PENAMBAHBAIKAN TAPI BUKAN KERANA BERSIH 2.

BERSIH 2 IALAH PERHIMPUNAN HARAM YANG DILAKUKAN OLEH PERTUBUHAN HARAM. SEBAIK MANAPUN NIAT MEREKA IA TETAP HARAM.

AKU TAK FAHAM APA SEBENARNYA SAIFUDDIN NAK. TAPI MENGLUARKAN KENYATAAN BEGITU SELEPAS SEGALA USAHA MENGHALANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN, MENAMPAKKAN KEDANGKALAN BELIAU...

ATAU MEMANG SAIFUDDIN RASA SIMPATI YANG AMAT SANGAT KEPADA NUAR BRAHIM YANG NAMPAK MACAM NAK MATI SANGAT DAH...




Sunday, July 10, 2011

LEBUHRAYA HALA KE KUALA LUMPUR SESAK TERUK !

HENTIAN R & R JUGA PADAT...

Aku baru sampai dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Majlis Penerangan di PWTC. Tak usahlah aku komen pasal majlis ini. Cuma aku nak buat kesimpulan jer...Umat Melayu Islam kekal kukuh dan utuh bersama DS Najib Tun Razak.

NGO, Persilatan Melayu, GLC, banyak pertubuhan Melayu yang selama ini tidak bersuara kini telah mula menyatakan pendirian. Majlis Ayahanda dan adik beradik bulat mempertahankan Agama, bangsa dan tanahair.

Yang nak aku ceritakan ialah kesesakan lebuhraya menghala Kuala Lumpur. Mulai Ipoh lagi kenderaan bergerak perlahan tapi lancar.

Semua R&R menghala selatan juga penuh sesak dengan orang ramai.

Apa makna semua ini ? Maknanya warga kota meninggalkan rumah mereka semasa Pakatan Pembangkang buat demonstrasi jalanan semalam. Warga kota tidak menyertai gerombolan Nuar dan Ambiga.

Pakatan Pembangkang nyata ditolak secara mutlak. Biarlah pembangkang mendakwa rakyat bersama mereka. Biarkan. Mereka sebenarnya gagal menyembunyikan kebenaran.

Aku yakin selepas ini Pakatan akan bermesyuarat. Mereka akan mencapai satu lagi ' kesimpulan bersama'. Kerajaan telah menggunakan segala jentera yang ada menghalang demonstrasi.

Mereka akan pakat pakat meyakinkan diri sendiri bahawa mereka masih diterima sedangkan hakikatnya mereka telah tiada apa apa !


Saturday, July 9, 2011

" PULANGLAH SAN...PAPAMU SEDANG NAZAK SEKARANG "

CATATAN SELEPAS BERSIH 2.0 YANG GAGAL...

Aku tak mahu ulas banyak. Blogger Pakatan yang duduk di hadapan komputer sepanjang hari telah dengan rasa malunya mengumumkan
' ratusan ribu ' telah mematuhi arahan Ambiga.

Cuma aku nak menyatakan beberapa perkara. Penatlah sikit tapi ada banyak benda juga yang aku rasa nak tergelak.

1. Tiada provokasi polis. Yang ada ialah provokasi oleh para demonstrator. Beberapa orang yang ditangkap telah diberikan makanan anjing oleh pihak polis. Inilah yang mereka cuba semai selama beberapa bulan ini.

Mereka melebel polis sebagai anjing. Hari ini sebahagian daripada mereka makan makanan yang disediakan oleh 'anjing anjing' tersebut. Demikian kehendak ALLAH.

2. Beberapa orang telah cedera. Yang syoknya bukan kerana bertempur tetapi kerana lari daripada polis dan FRU. Ada yang berlaga sesama sendiri termasuk Nuar Brahim dengan pengawal peribadinya.

3. Hari ini juga aku nampak Haji Hadi dalam keadaan yang amat lawak.Buruk benar Haji Hadi hari ini. Korang bayangkan , dia memakai jubah labuh. Di luar jubah pakai pulak T shirt kuning yang sempit.
Betul betul macam nangka.

4. Petunjuk ALLAH jugalah. Nuar dan beberapa orang di Hotel Hilton.
Mat Sabu di Hotel Mandarin. Pengikut di stesen keretapi, kaki lima kedai, masjid. Inilah yang dikatakan ' pejuang rakyat '.

5. Paling lawak dan hina Nuar Brahimlah. Berlaga dengan pengawal peribadi dia, calar kat pipi. Tapi bila bergambar, macam macam wayar dipasang. Kemudian buat buat tenat !

Dia harap dapat MC sampai 13 Julai lah kot. Tapi rakyat dok tunggu sangat sangat. Persoalan mengapa air mani Nuar ada dalam dubur Saiful perlukan jawapan.

Yang ramai orang hairan, mana perginya Ehsan, anak lelaki tunggal Nuar Brahim. Kenapa untuk ' perjuangan ' sehebat ini dia tak bersama papanya.

Malam ini marilah kita duduk, senyap senyap. Mari kita bertanya, benarkah Pilihanraya bersih yang diperjuangkan... atau ada dalam kalangan kita yang terperangkap dalam nafsu amarah tanpa batasan...


Thursday, July 7, 2011

PESANAN KEPADA ANAK CUCU !

KALAU AKU TAK BALIK 9 JULAI NANTI !

AKU NI BUKAN PENDEKAR HANDALAN. TAPI TOK AKU DULU DIKATAKAN PERNAH MENAMPAR ASKAR JEPUN. AKU BUKAN JENIS MANUSIA YANG SUKA TIDUR DENGAN SEJARAH KEHEBATAN MASALALU !

TAPI AKU JUGA TAK BOLEH TIDUR DENGAN JANGKAAN AKAN BANGSAT PADA MASA DEPAN. BUKAN DARI KETURUNAN AKU YANG TUNDUK PADA CINA HINDU NI.

JADI AKU AKAN TURUN PADA 9 JULAI INI. KALAU MATI PUN MATILAH. DAH BERBULAN BULAN AKU HIDUP DALAM GELORA. BACULLAH AKU KALAU TAK BANGUN BERPENCAK BILA GENDANG PERANG DAH DIPALU.

JIKA AKU TIDAK BALIK SELEPAS 9 JULAI NANTI INGATLAH BEBERAPA PERKARA :-

1. BERSIH 2 INI TIADA KAITAN SAMA SEKALI DENGAN PILIHANRAYA. JANGAN NANTI BILA KAMU DEWASA, DALAM BUKU SEJARAH YANG DITULIS DAN DITERBITKAN DAP , DINYATAKAN BERSIH 2 IALAH BERKAITAN PILIHANRAYA. TIDAK BENAR.

2. BERSIH 2 HAKIKATNYA ADALAH PEMBERONTAKAN YANG DIMULAKAN OLEH SEORANG LELAKI YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM YANG TIDAK DAPAT MENAHAN GELORANYA TERHADAP LELAKI. ADA AIR MANINYA DALAM DUBUR SAIFUL YANG DAH TAK DAPAT NAK DINAFIKAN.

3. BERSIH 2 JUGA ADALAH LAMBANG KERAKUSAN TERHADAP KUASA OLEH GOLONGAN YANG MENJUAL AGAMA. SANGGUP MEREKA BERBUAT APA SAJA TERMASUK BERKETUAKAN PEJUANG MURTAD. MEREKA INI DIPIMPIN OLEH SESEORANG BERNAMA MAT SABU !

4. SELEPAS INI KAMU KENA INGAT, UNTUK KETURUNAN KITA WAJIB BERAGAMA ISLAM WALAUPUN MUNGKIN MASA KAMU DEWASA MELAYU ITU ISLAM - ISLAM ITU MELAYU MUNGKIN TIADA DALAM PERLEMBAGAAN.

5. SANGAT PENTING UNTUK KAMU INGAT BAHAWA UMNO PERNAH BERJUANG UNTUK AGAMA DAN BANGSA KITA. MUNGKIN DALAM BUKU SATU MASA NANTI AKAN DITULIS BAHAWA UMNOLAH PUNCA HURU HARA 9 JULAI INI.

6. SEKIRANYA AKU TAK BALIK NANTI, JAGALAH EMAK KAMU BAIK BAIK. YAKINLAH KEPADA AKU BAHAWA MUNGKIN ADA CINA AKAN DATANG MENCEROBOH RUMAH KITA SAMA SEPERTI YANG BERLAKU DI ZAMAN TOK KAMU DULU.

7. SEKIRANYA TIADA PILIHAN, KAMU GUNALAH PARANG YANG ADA DI ATAS ALMARI TU. PARANG TU PERNAH MEMANCUNG DUA ORANG KOMUNIS PADA 13 MEI DULU.

AMPUN MAAFLAH. AKU TELAH GAGAL MENJAMIN KEAMANAN DAN KESELAMATAN BAGI KAMU. AKU TAK KESAL KERANA ADA PEMIMPIN KITA YANG MEMANG LEMAH DAN LEBIH MENJAGA PERIUK NASI MEREKA.

KALAU KAMU NANTI BERPELUANG , JANGAN ULANGI KESILAPAN MEREKA...

KALAU AKU TAK BALIK, KAMU HADIAHKAN AKU AL FATIHAH...



Wednesday, July 6, 2011

AGAK AGAK MAT SABU MALU TAK ?



Salah satu faktor yang memenangkan Mat Sabu dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS ialah kepercayaan ahli PAS bahawa Mat Sabu akan memimpin demonstrasi jalanan terbesar dalam sejarah negara.

Mat Sabu pun pandai juga kempen masa tu. Bila berucap atau berceramah selalu sebut Medan Tahrir, Tunisia dan Libya. Apa lagi,
meroyan penyokong PAS dibuatnya.

Maka menanglah Mat Sabu. Timbalan Presiden PAS yang paling rendah pencapaian akademik dan paling ' berwarna warni ' kehidupannya.

Tiba tiba selepas Muktamar, keadaan jadi berbeza. Mat Sabu gagal menjuarai persiapan Bersih 2. Ada blogger cuba menenangkan keadaan dengan mengatakan bahawa Mat Sabu tak boleh ke depan sangat kerana kononnya Mat Sabu ' wakil ' parti politik.

Siapa nak terima alasan ni. Bersih 2 memang cerita politik, untuk politik dan digerakkan oleh orang politik.

Itu okey lagi. Bila Bersih 2 diterima mengadap DYMM YD Agung, Mat Sabu tidak dilibatkan sama. Tiada dalam senarai mengadap..ini pun pengikut PAS boleh terima.

Tapi bila Bersih 2 diadakan dalam Stadium ( yer...dalam stadium ), Mat Sabu macam hilang kepala. Itu dah jadi satu penghinaan kepada askar upahan PAS yang dah geli tapak kaki nak berdemonstrasi di jalanan.

Korang bayangkan. Dah sekian lama depa ni dok pengangat polis, dah jaja cerita kononnya polis akan provok, kononnya polis akan menyamar jadi sebahagian daripada demonstrator, tiba tiba depa terpaksa berdemonstrasi sesama sendiri.

Mana Abang Mat ni ? Awat tak dak komen apapun...kata nak berjuang?

Korang agaklah... Mat Sabu malu tak ? Aku rasa tak..orang macam Mat Sabu mana ada perasaan malu. Aku agak dia tengah memikirkan apa pulak dalih nak diberi supaya dia sentiasa kekal jadi hero...he ! he! he!


Tuesday, July 5, 2011

INI BUKAN KEBETULAN ! INI ANUGERAH...

MASA TERBAIK MENGANGKAT KEMBALI MARUAH MELAYU !

Sekali pandang barangkali kita rasa macam Umat Melayu Islam ni dah nak ghuyub, nak hancur ! Segalanya nampak menarik turun, menghancur lebur , menghakis dan menenggelamkan maruah bangsa!

Kemunculan Nuar Brahim yang menurut Umi Hafilda seperti Dajal, pengkhianat Cina DAP yang jelas tanpa berselindung, wujudnya golongan penderhaka seperti PAS dan PKR, sahabat curang seperti MCA dan Gerakan.

Timbul pula gerakan ' belot dalam kerajaan UMNO ' sendiri dengan cara tidak melakukan apa apa selain membina diri sendiri, adanya golongan bacul berjiwa kecil !

Semua ini dan banyak lagi nampak seakan akan berlaku sederap serentak. Segalanya datang dengan satu kesimpulan akhir "habislah Melayu ".

Namun jika dilihat dari sudut yang lain, aku nampak ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk kita susun semula dari '0' pembinaan Melayu Islam ini.

Jika kita berani sekali ini , insyaallah kebangkitan ini akan jadi kebangkitan gemilang dalam sejarah bangsa. Kita boleh merancang sesuatu hingga selepas ini tiada lagi apa apa dapat mengganggugugat
kita umat Melayu Islam.

1. Raja Raja Melayu mula bersuara menyatakan pendirian mempertahankan Perlembagaan dan rakyat nampaknya patuh dan taat kecuali segelintir kecil.

2. Rakyat bangkit hampir sekata menentang penderhakaan. Lihat lebih 4000 laporan polis dibuat menghalang Bersih 2.

3. Kebangkitan alim ulama ( kecuali yang ada kepentingan peribadi)mempertahankan agama.

4. Muncul kumpulan pendekar Melayu yang menyatakan pendirian dengan jelas dan terbuka sanggup mempertahankan bangsa.

5. Pihak berwajib dengan tegas mula bertindak betul dan yakin. Polis misalnya tidak lagi teragak agak bertindak.

6. Kita ada DS Najib, yang nampaknya terus memacu negara ke puncak tanpa goyang sama sekali. Beliau nampak sangat wibawa dan yakin.

Sekali imbas segalanya jelas dan terang. Ini masa terbaik untuk menyusun , merancang dan memutuskan hakikat bahawa jika kita mahu kita boleh memulakan sejarah baru. MEMBANGUNKAN TANAH MELAYU BENAR BENAR SEBAGAI ' TANAH AIR UMAT MELAYU'






Monday, July 4, 2011

TAK JADI MATI ! KERANDA DAH TERTUTUP !!

KALAU TUHAN NAK PANJANGKAN UMUR !

Aku nak tergelak membaca kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad semalam. Kalau Harakahdaily tipu, kira aku tipulah...

Dia kata tiap tiap tangkapan yang pihak berwajib buat bagi menghalang perhimpunan Bersih2 adalah umpama paku paku yang akan digunakan untuk memaku Keranda BN.

Sekali dengar memang sedaplah bunyinya. Cuma bila aku sembang dengan beberapa orang rakan, ada yang kata..bilangan yang ditangkap dah begitu ramai.

Maknanya dah banyak sangat paku yang dipakukan kepada Keranda BN. Perhimpunan belum jadi. BN belum mati tapi keranda dah pun terpaku keliling.

Ironinya , tak mati lagilah BN sebab keranda dah tertutup.

Gurauan kengkawan ini sebenarnya nak gambarkan betapa ' hebatnya'
perbandingan yang PAS gunakan untuk tujuan menyedapkan hati sendiri dan para pengikut.

Sedangkan hakikatnya di akar umbi penyokong dah goyang. Tiada lagi keghairahan untuk Bersih 2. Banyak perkara yang menjadi faktor penolakan ini.

1. PAS rasa macam kena main dengan DAP dan PKR. Yang beri komitmen nampaknya hanya PAS

2. PAS hairan mengapa Ambiga diangkat menjadi ketua sedangkan Ambiga sama sekali tiada pengikut.

3. Pemimpin PAS sendiri tidak solid dan hanya Mat Sabu sahaja yang nampak beria ia.

4. Kenyataan Mat Sabu untuk tidak membantu ahli yang mungkin ditahan mengecewakan ahli yang selama ini percaya Mat Sabu sentiasa bersama mereka.


Jadi aku menyuruhpun tidak, melarang pun tidak. Cuma kalau ikut teori Nik Aziz , korang yang pergi hari tu seakan berimamkan Ambiga !


Sunday, July 3, 2011

PAS PARIT BUNTAR (PASPB) FITNAH MAT SABU !

ATAU MALAYSIAKINI YANG FITNAH !!

Antara dualah. Salah satu dah tentu penipu. Yang satu lagi kadang kadang tipu, yang lainnya fitnah !

Ironinya mangsa terbaru ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mat Sabu yang juga suami kedua kepada Norma, bomoh buasir.

Kisahnya dalam N3 hari ini , PAS Parit Buntar ( PAS PB ) kata Mat Sabu bersedia ditangkap menggunakan ISA demi meneruskan Bersih 2 seperti yang diarahkan oleh Ambiga.

Dalam Malaysiakini pulak Mat Sabu kata, dia nafi keluar kenyataan sanggup ditahan di bawah ISA.

Aku tak kisah mana satu yang betul sebab aku yakin selama ini pun dua dua tak betul. Cuma yang aku yakin sepenuh hati ialah Mat Sabu dah mula kecut perut...

Yerlah, baru sangat jadi Timbalan. Pemandu pun dah ada...


Saturday, July 2, 2011

SALAH SEORANG ISTERI MAT SABU BUAT LAPORAN POLIS...

KEHILANGAN MAT SABU JADI MISTERI.

Kuala Lumpur - 5 Julai, Normah binti Alwi, salah seorang daripada isteri Encik Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS hari ini membuat laporan polis berikutan kehilangan Mohd Sabu sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan laporan tersebut dan siasatan menyeluruh daripada segenap sudut sedang dilakukan.

Normah Alwi sewaktu ditemui menyatakan bahawa agak sukar untuk mengesan Mohd Sabu kerana tidak jelas bilangan sebenar isterinya.

Telefon tangan Mohd Sabu juga tidk dapat dihubungi kerana ditutup. Sewaktu ditanya samada ada pihak yang beliau syak melakukan perkara ini, Normah hanya menjawab dengan ringkas " UMNO ! ".

Pihak polis bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang jangkaan.


Berita ini mungkin keluar 6 Julai 2011. Maknanya ada beberapa hari lagi. Ini jangkaan aku jer. Tapi aku ada asas.

1. Mohd Sabu sekarang sedang dilanda kerisauan melampau kerana tanda tanda Bersih 2 akan gagal sangat jelas. Beliau menjanjikan sejuta orang akan turun berdemo. Aku kata kalau ada setakat 200 ribu, ia adalah kegagalan besar sebab usaha yang dibuat sebenarnya macam nak tawan sebuah negara.

2. Kalau Mohd Sabu ' menghilangkan ' diri, beliau jangka ahli PAS akan lebih bersemangat untuk turun 9 Julai. Simpati terhadap Mohd Sabu akan meningkat serentak dengan kebencian terhadap kerajaan.

3. Mohd Sabu boleh 'reka ' cerita kononnya beliau ditahan oleh sekumpulan orang yang dipercayai polis. Mereka bertopeng dan memiliki gari. Dengan sendirinya Mohd Sabu tak payah turun pada 9 hb Julai ini. Mohd Sabu tak payah nampak lari macam Nik Aziz.

4. Mohd Sabu telah ' dilihat ' gagal menjadi KEPALA. Ambiga lebih menonjol dan nampaknya mendapat pengiktirafan menyeluruh puak pembangkang. Rungutan juga kedengaran dalam kalangan orang muda dalam PAS sendiri berikutan dominasi Ambiga ini.

5. Usaha menyerang Institusi Raja ( Agung ), PDRM dan para mufti nampaknya tidak begitu menjadi. Tambahan pula ada peristiwa melibatkan keluarga pemimpin PAS yang sangat memerlukan khidmat PDRM.

Berasaskan perkiraan di atas, mari kita tunggu dan lihat samada benar atau tidak Mohd Sabu dan ramai pemimpin pembangkang akan ' hilang'selepas ini.



Friday, July 1, 2011

HAH ! HAH ! HAH ! PATUTLAH BANGANG, PENASIHATNYA PUN...

PAKAR PERLEMBAGAAN ?

Asalnya dikatakan Aziz Bari ni pakar perlembagaan. Tak taulah siapa yang angkat dia jadi pakar. Sekarang dah jadi pakar demokrasi. Yang pasti dia ni pakar rujuk pembangkang.

Bila ada isu maka, Aziz Bari akan dirujuk. Kenapa Aziz Bari ? Sebab dia pasti akan menjawab sambil menyeronokkan pembangkang.

Terbaru, Aziz Bari kata Timbalan Pengerusi SPR boleh dipecat sebab mengeluarkan kenyataan berbau politik. Aku mintak maaflah. Tapi aku nak kata jugak. Kenyataan ini berbau ' BODOH '.

Korang bayangkan.. SPR diseret ke kancah politik. SPR ditohmah dengan tohmah politik. SPR dituduh bermain politik.

Bila SPR jawab..walau apa pun jawapannya, tetap salah pada mereka.
Maknanya SPR tak boleh jawab langsung. Bila tak jawab, mereka akan bagitau rakyat " Tengok..SPR tak berani jawab, betullah apa yang ustazah Ambiga kata ".

Sama keadaannya dengan PDRM. Tak bolehlah nak bersuara. Kalau bersuara dikatakan menyokong UMNO. Maknanya kena diamkan diri walau apa pun yang pembangkang katakan.

Patutlah selama ini tak banyak peguam Melayu jadi peguam tersohor. Tok Gurunya... masyaallah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...