Tuesday, July 19, 2011

LEPAS NI SPENDARLAH PULAK !

INI YANG DIKATAKAN BERSIH...

Aku tunggu jer. Cincin 24 juta, gelang dekat 2 juta. Lepas ni aku rasa spendar Rosmah Mansor pulak dikatakan berharga puluhan ribu sehelai.

Mudah jer kerja pembangkang di Malaysia. Cipta satu cerita palsu. Sebarkan di alam siber. Dah riuh di alam siber pun, yang dapat ceritanya hanya orang yang celik IT.

Wan Limah, Kak Tom, Pak Abu, Abang Tahir tak tau cerita ni. Mereka mana ada tengok blog. Duduk pulak hujung kampung.

Jadi tanggujawab ustaz ustaz PAS lah pulak menyebarkan fitnah ini kepada orang kampung. Ustaz akan kata " Tuan tuan tak baca internet,
mari saya nak bagitau. Saya baca di internet ada berita kata Rosmah Mansor beli cincin berharga lebih 24 juta ringgit, tuan tuan !"

Nak sedap lagi ustaz akan kata " 24 juta ni boleh bina puluhan surau, bila bagi orang miskin, mereka akan hidup senang, beribu orang susah boleh pergi Mekah dengan duit sebanyak itu ".

Kemudian ditanya pulak " Tuan tuan tau duit siapa 24 juta tu ? Duit tuan tuanlah. Sebab itu harga barang tinggi. Peniaga kena bayar cukai, cukai tu pulak Rosmah guna untuk beli cincin dia ! "

Orang kampung pun marah. Benci pada Rosmah, benci pada Najib dan benci pada kerajaan. Ini matlamat pembangkang, mudah jer. Sebab itu aku kata pembangkang termasuklah ulama PAS guna kaedah komunis.

Semai kebencian dalam kalangan rakyat dengan matlamat untuk meruntuhkan kerajaan yang sah. Yang menariknya rakyat yang selalu disiram dengan sensasi seperti itu tidak pulak ' tahu dan berpeluang' bertanya secara mendalam apa yang berlaku.

Maka lahirlah masyarakat yang hidup dengan jiwa dendam dan benci.Tidur dengan benci, makan dengan benci, sembahyang dalam benci, berjimak dalam benci... kalau jadi anak ? Ganas dan gagal dikawal

Akhirnya masyarakat makin lama makin teruk. Haji Hadi, Nik Aziz siaplah. Di hadapan ALLAH nanti banyak soalan nak kena jawab kerana menggalakkan benda benda ni berlaku.

Nuar Brahim ? Dia ni tak masuk buku. Kalau punggung pun dibalunnya maka tak ada apa boleh dibincangkan lagi...




4 comments:

Anonymous said...

Inilah hasil dan manfaat sikap terbuka kerajaan.Jika anak anak kita akhir nya ghairah memfitnah, kerajaan juga bertanggung jawab kerana tidak menghalangnya.

wb16250 said...

alahai...kerajaan jugak yang salah...apa nak buat???..anak bunting tak nikah??...kerajaan la yg salah..sebab bagi lesen kat stesen2 tv tayang citer2 blue...anak2 rempit??...kerajaan la yang salah sebab buat jalan elok sgt sampai nak merempit pun tak jadi masalah ...anak2 kurang ajar??...salah kerajaan la sebab buat buku ilmu alam tapi tak citer yg dunia ni Allah yg cipta...alahai kerajaan..

Anonymous said...

Wau Luncai jadi pembela Rosmah. Fitnah juga walaupun Rosmah dah mengaku, kastam dah tutup bukti.

Anonymous said...

SEMOGA ALLAH TUNJUKAN KEBENARANYA.. FITNAH NI BERDOSA. DOSA TAK NAMPAK ..PAHALA PON TAK NAMPAK TAPI HALAL DAN HARAM KITA NAMPAK DAN KITA TAHU..JADI FIKIR2KANLAH WAHAI HAMBA ALLAH...SEMUGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA UMAT ISLAM................. makciksal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...