Wednesday, July 20, 2011

RAIS YATIM JANGANLAH NAK JAGA DIRI JER..NEGARA KENA JAGA JUGAK !



Akhirnya Sharpshooter kena bayar gantirugi 300 ribu ringgit kerana memfitnah DS Dr Rais Yatim. Dari satu sudut, aku sokong Rais Yatim 100%.

Ini budaya fitnah jahat tak boleh dibiarkan berleluasa. Dalam masa yang sama, maruah peribadi mesti dipertahankan.

Namun begitu, Rais Yatim tak bolehlah nak jaga ' diri ' semata mata. Rais Yatim kena sedar bahawa beliau adalah Menteri dan pemimpin UMNO.

Kalau Rais Yatim sangat cepat bertindak membersihkan dirinya, mengapa Rais Yatim tidak secepat itu membersihkan Kerajaan.

Sebagai Menteri yang jaga media, Rais wajib melihat 'hutan media' secara menyeluruh. Bukan sekadar menunggu melihat pokok sebatang yang merupakan dirinya.

Aku bagi contoh, fitnah terhadap ' isteri Perdana Menteri'berkaitan banyak perkara. Yang terkini berkaitan cincin dan gelang.

Lihat pula laporan Malaysiakini dan komentar yang tersiar. Memang macam komunis, menyemai benci. Apa tindakan Rais Yatim.

Lebih daripada itu lihat lagi media lain yang lebih menyeluruh dan berpengaruh. TV 3 sebagai contoh. Tengoklah rancangan yang disiarkan sekarang.

Rancangan bersiri Juvana, Drama Indonesia, semuanya gagal membantu rakyat ' mengasihi dan memahami' aspirasi kerajaan.

Aku mintaklah Rais Yatim. Tengoklah benda benda ni sama. Aku takut nanti rakyat akan kata, Menteri BN ni kerjanya menjaga diri semata sedangkan parti,kerajaan dan negara dibiarkan tergadai !


2 comments:

shamsulS2 said...

Pada pandangan saya:-

Untuk mengambil tindakan kerana fitnah hanya mangsa itu sendiri yang ada locus standi untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat fitnah. Ini adalah undang-undang.

Hamdan Rukun said...

shamsulS2,

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...