Monday, July 4, 2011

TAK JADI MATI ! KERANDA DAH TERTUTUP !!

KALAU TUHAN NAK PANJANGKAN UMUR !

Aku nak tergelak membaca kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad semalam. Kalau Harakahdaily tipu, kira aku tipulah...

Dia kata tiap tiap tangkapan yang pihak berwajib buat bagi menghalang perhimpunan Bersih2 adalah umpama paku paku yang akan digunakan untuk memaku Keranda BN.

Sekali dengar memang sedaplah bunyinya. Cuma bila aku sembang dengan beberapa orang rakan, ada yang kata..bilangan yang ditangkap dah begitu ramai.

Maknanya dah banyak sangat paku yang dipakukan kepada Keranda BN. Perhimpunan belum jadi. BN belum mati tapi keranda dah pun terpaku keliling.

Ironinya , tak mati lagilah BN sebab keranda dah tertutup.

Gurauan kengkawan ini sebenarnya nak gambarkan betapa ' hebatnya'
perbandingan yang PAS gunakan untuk tujuan menyedapkan hati sendiri dan para pengikut.

Sedangkan hakikatnya di akar umbi penyokong dah goyang. Tiada lagi keghairahan untuk Bersih 2. Banyak perkara yang menjadi faktor penolakan ini.

1. PAS rasa macam kena main dengan DAP dan PKR. Yang beri komitmen nampaknya hanya PAS

2. PAS hairan mengapa Ambiga diangkat menjadi ketua sedangkan Ambiga sama sekali tiada pengikut.

3. Pemimpin PAS sendiri tidak solid dan hanya Mat Sabu sahaja yang nampak beria ia.

4. Kenyataan Mat Sabu untuk tidak membantu ahli yang mungkin ditahan mengecewakan ahli yang selama ini percaya Mat Sabu sentiasa bersama mereka.


Jadi aku menyuruhpun tidak, melarang pun tidak. Cuma kalau ikut teori Nik Aziz , korang yang pergi hari tu seakan berimamkan Ambiga !


1 comment:

Anonymous said...

yang hang luncai berimamkan bini sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...