Wednesday, July 27, 2011

TIGA TOKOH YANG AKAN MERUNTUHKAN UMNO !

UMNO TAK KAN TUMBANG KERANA PEMBANGKANG !

Yakin dan percayalah ! UMNO tidak akan kalah kerana kehebatan pembangkang. Selagi pembangkang berperasaan, berfikiran dan berkelakuan macam sekarang, insyaallah UMNO akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat.

Tapi UMNO akan kecundang dan tewas kerana unsur dalaman UMNO sendiri. Untuk kali ini aku nak tampilkan 3 tokoh yang pada pandangan aku menjadi liabiliti kepada parti .

1. Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan UMNO/BN. Sebagai Timbalan Menteri yang rapat dengan anak muda, pada aku kenyataannya bukan menguntungkan parti tapi merosakkan parti.

Sangat bahaya sebenarnya sikap Saifuddin ini apatah lagi beliau adalah pemimpin dari Pahang iaitu Negeri Perdana Menteri dan Presiden parti.

2. Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda UMNO ini adalah yang paling teruk dalam sejarah parti.Setakat ini aku tak nampak ke mana Pemuda nak dibawa. Tak de benda yang dibuatnya nampak memberi manfaat kepada parti.

Aku juga nampak sehingga kini Khairy gagal membentuk kepimpinan Pemuda di semua peringkat. Yang paling mudah dilihat ialah bilamana sehingga kini pengundi muda yang belum berdaftar sebagai pengundi dikatakan melebihi sejuta orang.

Itu belum dicampur dengan pengundi muda yang sudah berdaftar tetapi mengundi pembangkang.

3. Tun Faisal

Exco Pemuda ini aku masukkan dalam senarai kerana peranannya sebagai kepala Unit Media Baru UMNO. Selain mempunyai blog dan face book sendiri, aku tak tau samada pasukan yang sama ada di negeri dan bahagian. Aku dengar ada latihan dibuat tetapi tak nampak pulak hasilnya.

Polemik Tun Faisal dengan beberapa blogger pro kerajaan baru baru ini menampakkan ' wajah sombong Pemuda UMNO ' yang menjadi sebahagian punca anak muda menyampah dengan UMNO.

Percubaan Tun Faisal menjawab kritikan menyerlahkan ' kekebalan'
Pemuda yang tak boleh ditegur dan dikritik. Barangkali selepas ini,
rakyat tidak lagi akan menegur sebaliknya memuji apa yang UMNO lakukan tetapi mereka akan menghukum UMNO dalam pilihanraya.

Sebagai pemerhati di akar umbi, jika aku ada peluang bercakap , aku nak bagitau pucuk pimpinan parti " Jika pucuk pimpinan gagal bertindak, aku bimbang mereka akan menguburkan UMNO ".


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...