Thursday, July 21, 2011

GEMPAR !! NIZAR JAMALUDDIN KRITIKAL !

BERITA HANYA DISIARKAN BLOG PEMBANGKANG !

Ini berita ' sedih ' yang aku baca daripada beberapa blog pembangkang malam tadi. Aku tak taulah apa perasaan yang patut timbul daripada berita ini.

Mantan Menteri Besar Perak yang masih berperasaan dan berkelakuan seperti Menteri Besar, DS Nizar Jamaluddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan membimbangkan.

Beliau dikatakan mengalami bengkak jari akibat daripada gigitan serangga berbisa yang tidak diketahui apa benda serangganya.

Beliau bagaimanapun dilaporkan oleh beberapa blogger upahan PAS sanggup menyabung nyawa pergi menziarahi rumah rakyat yang terbakar dan sebuah rumah lain yang terpecah tingkapnya.

Berita itu juga melaporkan, dalam keadaan nazak begitupun Nizar tetap mahu memberi sumbangan kepada mangsa.

Catatan : Demikianlah betapa hebatnya usaha pembinaan karektor yang dibuat oleh pembangkang. Dibesar besarkan perkara yang sebegini kecil dan sebenarnya tak patut jadi bahan berita pun.

Lepas ni korang tunggulah. Penceramah mereka pula akan menjadikan perkara ini begitu ' hebat' sampai rakyat akan jadi kagum. Padahal apalah sangat kena sengat, apa luar biasanya menziarahi orang ditimpa musibah.

Benda benda yang selama ini dilakukan oleh pemimpin UMNO tetapi tak jadi bahan berita pun. Gamaknya politik kita begini. Lepas ni aku minta pemimpin UMNO, kalau pergi tengok orang sakit, kalau pergi ziarah orang meninggal, mesti dijadikan berita.

Kalau ada yang selsema tetapi masih berkhidmat, jadikan berita besar. Tunjukkan betapa tingginya pengorbanan pemimpin kita.

Ehh... tak payahlah kot ! Buat malu jer. Biarlah Nizar dan pembangkang jer buat benda macam ni. Lagipun aku rasa dah tak lama dah pembangkang ni.
Insyaallah, selepas PRU 13, ghuyublah ..




1 comment:

Anonymous said...

hang tak cukup lagi dengan utusan meloya ngan tv3 suku luncai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...