Tuesday, July 5, 2011

INI BUKAN KEBETULAN ! INI ANUGERAH...

MASA TERBAIK MENGANGKAT KEMBALI MARUAH MELAYU !

Sekali pandang barangkali kita rasa macam Umat Melayu Islam ni dah nak ghuyub, nak hancur ! Segalanya nampak menarik turun, menghancur lebur , menghakis dan menenggelamkan maruah bangsa!

Kemunculan Nuar Brahim yang menurut Umi Hafilda seperti Dajal, pengkhianat Cina DAP yang jelas tanpa berselindung, wujudnya golongan penderhaka seperti PAS dan PKR, sahabat curang seperti MCA dan Gerakan.

Timbul pula gerakan ' belot dalam kerajaan UMNO ' sendiri dengan cara tidak melakukan apa apa selain membina diri sendiri, adanya golongan bacul berjiwa kecil !

Semua ini dan banyak lagi nampak seakan akan berlaku sederap serentak. Segalanya datang dengan satu kesimpulan akhir "habislah Melayu ".

Namun jika dilihat dari sudut yang lain, aku nampak ini adalah anugerah ALLAH kepada kita untuk kita susun semula dari '0' pembinaan Melayu Islam ini.

Jika kita berani sekali ini , insyaallah kebangkitan ini akan jadi kebangkitan gemilang dalam sejarah bangsa. Kita boleh merancang sesuatu hingga selepas ini tiada lagi apa apa dapat mengganggugugat
kita umat Melayu Islam.

1. Raja Raja Melayu mula bersuara menyatakan pendirian mempertahankan Perlembagaan dan rakyat nampaknya patuh dan taat kecuali segelintir kecil.

2. Rakyat bangkit hampir sekata menentang penderhakaan. Lihat lebih 4000 laporan polis dibuat menghalang Bersih 2.

3. Kebangkitan alim ulama ( kecuali yang ada kepentingan peribadi)mempertahankan agama.

4. Muncul kumpulan pendekar Melayu yang menyatakan pendirian dengan jelas dan terbuka sanggup mempertahankan bangsa.

5. Pihak berwajib dengan tegas mula bertindak betul dan yakin. Polis misalnya tidak lagi teragak agak bertindak.

6. Kita ada DS Najib, yang nampaknya terus memacu negara ke puncak tanpa goyang sama sekali. Beliau nampak sangat wibawa dan yakin.

Sekali imbas segalanya jelas dan terang. Ini masa terbaik untuk menyusun , merancang dan memutuskan hakikat bahawa jika kita mahu kita boleh memulakan sejarah baru. MEMBANGUNKAN TANAH MELAYU BENAR BENAR SEBAGAI ' TANAH AIR UMAT MELAYU'






6 comments:

Daulah-alWatan said...

Pendekar2 senyap lebih ramai dari pemimpin umno yang korup, pemalas, takde idea, kepimpinan low standard, penting diri, utamakan kroni, peralatkan parti dan dipilih bukan kerana kewibawaan kepimpinan.

Jika pendekar senyap terus bangun dan bersatu.. umno akan dipinggirkan kerana tidak dihormati lagi..

Kecuali...umno kembali dipimpin oleh pemimpin yang benar2 ikhlas untuk agama, bangsa dan tanahair.

Tak caya tengok la.

Anonymous said...

TULISAN LUNCAI PENCACAI UMPORNO PENGECUT. KONON 4000 LAPORAN POLIS, ITU BUKAN LAPORAN POLIS TAPI COPY PASTE LAPORAN POLIS DARI PENCACAI UMPORNO SELURUH NEGARA SEBAGAI TANDA PENAKUT

Hamdan Rukun said...

ANON 4:12,

HE!HE!HE!

SABAQ NON ! SABAQ !

HANG KENA TAU BEZA, PENAKUT DENGAN BIJAKSANA. PENAKUT KALAU MACAM NIK AZIZ TU...SENYAP...LARI...
KEMUDIAN CAKAP MACAM MACAM DARI JAUH.

HE! HE! HE!

mbigr10nov2010 said...

Anon 4:12, 4 atau 400 atau 4000 laporan polis bukan bererti penakut tapi demi maruah dan masa depan bangsa serta agama. Adakah Anon 4:12 berani menghadapi masa depan dgn tanah tumpah darah Melayu dirantai oleh melayu taksub DAP, DAP didokong komunisme atau PKR yg seperti 'vulture'? Ambillah iktibar apa yg berlaku di Thailand dan Timur Tengah. Jgn nak baran jer....

Anonymous said...

mpig10nov2010 , hang tok sah dok takut2 rakyat msia dengan tuduhan bodoh tak masuk akal.

MCA/GERAKAN itu lebih teruk, sapu tanah rezab melayu hangpa tak kata apa pun.

Anonymous said...

mbigr10nov2010,

hang cakap tinggi bahasa tu. Tobat depa nak faham. Nanti hang kena hamput pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...