Tuesday, July 26, 2011

NASHA AZIZ JADI MANGSA !

BERLAKON DRAMA LAWAK BODOH !

Aku pun tak fahamlah TV3 ni. Sebagai saluran paling diminati, TV3 punya tanggungjawab besar untuk membantu membina negara bangsa. Tambahan pulak TV 3 ni orang pakat tengok walaupun Pakatan Pembangkang dah banyak kali kempen supaya memboikotnya.

Sebelum ini TV 3 jadi juara cerita hantu, cerita saka. Dalam setiap cerita digambarkan bahawa semua hantu dan saka ni takut dan kalah dengan ustaz ustaz, pak lebai pak lebai.

Sebab itu pusat rawatan yang menggunakan nama Islam dah tumbuh macam cendawan. Orang mula percaya bahawa banyak penyakit berpunca daripada hantu , jin atau saka.

Kadang kadang beratus ringgit habis duit untuk berubat. Ada kawan aku sampai sekarang marahkan arwah Toknya kerana tinggalkan saka. Padahal , sampai sekarang juga pusat rawatan tersebut tak berjaya sembuhkan penyakitnya.

Hakikatnya semua hospital kerajaan adalah pusat rawatan Islam sebab ia didirikan oleh kerajaan Islam, tenaganya dilatih dan digaji oleh Kerajaan Islam.

Malam tadi pulak TV 3 siarkan sebuah drama bertajuk SUPERMAK. Nasha Aziz jadi pendukung watak utamanya. Punyalah teruk kualiti drama ini.

Aku dok tengok macam unsur nak perbodohkan polis pun ada. Nak tunjukkan polis lemah pun ada.

Gamaknya apa fikiran penerbit drama ni yer ? Apa nak dilontarkan kepada penonton khasnya bebudak ?


2 comments:

Anonymous said...

mangsa najib ke....

Anonymous said...

Luncai tak percaya kpd rawatan Islam sebab tu kena santau. Santau apa? SANTAU KENTUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...