Thursday, July 28, 2011

APA DAH JADI NIH ! ?

SISTEM KESELAMATAN KITA WAJIB DIKAJI.

Semalam DS Najib Razak cuba ' diserbu ' sewaktu tiba di KL Sentral.Beberapa orang anggota AMK cuba melakukan provokasi liar termasuk menjeritkan ' reformasi '.

DS Najib adalah seorang yang amat humble dan terbuka. Tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang dipilih rakyat.

Apa yang berlaku semalam menggambarkan kelemahan sistem keselamatan PM. Bagaimana mungkin sekumpulan 'musuh ' yang dapat dilihat secara terang dan nyata dapat sama sama menunggu PM dengan selesa.

Bagaimana pulak ' musuh ' dapat begitu hampir dengan PM sehingga berjaya masuk ke dalam kamera.

Ini petanda bahawa Nuar Brahim sudah amat nekad. Budak budak suruhan Nuar Brahim juga sudah menjadi ' amat berani' melakukan sesuatu untuk Nuar.

Hakikatnya mereka telah berjaya semalam. Peristiwa ini akan jadi bahan ceramah mereka.

1. Rakyat begitu benci kepada kerajaan sehingga sanggup melakukan apa saja untuk tunjukkan kemarahan dan kebencian.

2. DS Najib sebenarnya tidak peduli kepada rakyat kerana rakyat nak berjumpapun dihalang.

Dalam masa yang sama aku nak bertanya. Apa dah jadi dengan kerajaan kita nih ? Sebelum ini Bersih 2 berjaya dilaksanakan, sekarang Najib pulak telah diaibkan.

Tunggulah, peristiwa ini pasti akan jadi berita antarabangsa yang mencemarkan imej negara !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...