Thursday, September 22, 2011

KALAU RAMLAH ADAM GAMPANG , NIK AZIZ ?


HE ! HE! HE ! AKU BACA SATU BLOG PENYOKONG TEGAR DAP SEBENTAR TADI. DIA MENGGELAR RAMLAH ADAM ' GAMPANG '.

ALASANNYA KERANA RAMLAH ADAM BUAT MACAM TAHU SEMUA SEDANGKAN DIA MENGAJI SEJARAH JER...

PROFESOR TU BRO...DIKATANYA GAMPANG.

GAMAKNYA NIK AZIZ YANG MENGAJI BAHASA ARAB TETAPI BERLAGAK TERLAMPAU PANDAI, TAHU SEGALA GALANYA BAHKAN SEHINGGA DIANGKAT KE TARAF WALI...APA GELARAN NAK DIBERI YER...?


MAT SABU = PENGEMIS WARGA ASING !


AKU RASA MENITIK AIR MATA ORANG PAS BILA BACA KISAH MAT SABU TAK CUKUP DUIT NAK BAYAR WANG JAMINAN POLIS. AKU FIKIR DALAM SEHARI DUA NI ADA TABUNG DILANCARKAN UNTUK BANTU MAT SABU.

INILAH WAYANG BARU MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG JUGA PEMINAT KARL MARX. SUSAHLAH KONONNYA. PEJUANG RAKYAT. ITULAH YANG CUBA MAT SABU BUKTIKAN.

INILAH JUGA WAYANG PENGEMIS YANG BERSEPAH DI KUALA LUMPUR. BILA KENA TANGKAP, DISIASAT RUPA RUPANYA ADA PULUHAN RIBU DALAM BANK. ADA RUMAH DAN KERETA SENDIRI.

MACAM MAT SABULAH. RUMAH ADA DUA BIJIK ( YANG DIKETAHUI)KERETA ADA TIGA. BINI SEKURANG KRANGNYA DUA. KALAU MISKIN MAT SABU TAK BOLEH HIDUP MACAM ITU.

DAP PUN TUMPANG WAYANG SAMA. PADAHAL MASA PRK BUKIT GANTANG, SEJAM JER 600 RIBU DISUMBANGKAN KEPADA NIZAR BAGI MEMECAHBELAH ORANG MELAYU.

YANG AKU KESIAN ORANG KAMPUNG. AKU DENGAR CERITA KISAH MAT SABU PUNGUT DUIT DI MAHKAMAH DAH JADI CERITA SAYU PILU DALAM KALANGAN ORANG PAS.

HE! HE! HE! INILAH YANG DIKATAKAN KENA TIPU HIDUP HIDUP !


Tuesday, September 20, 2011

HABIS...KALAU NUAR BRAHIM KENA JEL...UMNO BOLEH MENANG KER ?

JANGAN MIMPILAH...


BETUL JUGAK ! TAHUN 2008 DULUPUN NUAR BRAHIM MELIWAT JUGAK. PAS PUN BEGITULAH LAKONAN MEREKA. SEKEJAP ISLAM, SEKEJAP TAK ISLAM.

UMNO/ BN HAMPIR HAMPIR JADI SEJARAH. SANGAT BAHAYA BILA ADA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO FIKIR UMNO AKAN MENANG HANYA KERANA PAKATAN ADA MASALAH.

PERINGATAN DS NAJIB DI SELANGOR MENUNJUKKAN BAHAWA DALAM UMNO MASIH ADA ORANG YANG BERFIKIR DAN BERTINDAK UNTUK DIRI SENDIRI. ADA PEMIMPIN UMNO TIDAK BERFIKIR UNTUK PARTI.

AKU TERMAKAN JUGAK DENGAN CAKAP KAWAN AKU. SELAMANYA PAKATAN TAK PERNAH BERBUAT APA APA UNTUK RAKYAT. TAPI NAMPAKNYA MEREKA MASIH DAPAT SOKONGAN.

KALAU FIKIR LOGIK JER PUN KITA BOLEH KATA MAT SABU (MISALNYA)
DAH TENTU KENA PECAT. KORANG BAYANGKAN PEMBUNUH YANG TIDAK PERCAYA TUHAN DIANGKATNYA MENJADI HERO.

TAPI MAT SABU TETAP JUGAK DAPAT SOKONGAN TERMASUK OLEH ORANG ORANG YANG KELULUSAN TINGGI.

JADI MAKNANYA UMNO KENA SEDAR BAHAWA 'PAKATAN BERMASALAH' BUKAN BERMAKSUD UMNO/BN BERPELUANG LEBIH BANYAK. UMNO KENA TURUN MERENDAH DIRI KEPADA PENGUNDI.

UMNO KENA BUANG SIKAP SOMBONG DAN BERLAGAK. MENYAMPAH JUGAK ORANG SEBENARNYA. UMNO KENA TAHU BAHAWA DAH SAMPAI MASA UMNO KENA INSAF BAHAWA UMNO PERLUKAN ORANG , BUKAN ORANG YANG PERLUKAN UMNO.

UMNO TAK BOLEH LAGI BERFIKIR BAHAWA ORANG AKAN MENILAI BUDI MASALALU UMNO SEBALIKNYA ORANG SEDANG MENILAI MASA KINI DAN MASA HADAPAN UMNO ..

BUATLAH PENILAIAN, PEMBETULAN ATAU BERSEDIALAH MENERIMA HUKUMAN.


Thursday, September 15, 2011

MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS TERTINGGI PAKATAN MALAM INI !


UCAPAN NAJIB MALAM INI MACAM BOM KEPADA MEREKA.

SATU MESYUARAT KHAS PIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG DIJANGKA AKAN DIADAKAN SEBENTAR LAGI BAGI MEMBINCANGKAN SECARA SERIUS TINDAKAN SUSULAN YANG PATUT DILAKUKAN SELEPAS UCAPAN DS NAJIB SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA SEBENTAR TADI.

UCAPAN DS NAJIB ANTARA LAIN MENGUMUMKAN BEBERAPA AKTA DIMANSUHKAN SERTA MERTA BAGI TUJUAN MEMBERI LEBIH RUANG KEPADA RAKYAT.

ISA, AKTA MESIN CETAK DAN UNDANG UNDANG DARURAT ADALAH ANTARA YANG AKAN DIMANSUHKAN DENGAN KEMUNGKINAN AKAN DIGANTI AKTA YANG BARU.

MESYUARAT PAKATAN MALAM INI AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH BAKAL PERDANA MENTERI , LIM GUAN ENG DIJANGKA AKAN MERANCANG DAN MENYUSUN BAHAN YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN MENGHADAPI PRU13.

APABILA AKTA AKTA INI DIMANSUHKAN PAKATAN KEHILANGAN SEBAHAGIAN BESAR ' MODAL' KEMPEN MEREKA. INI JUGA DIJANGKA AKAN MELEMAHKAN SOKONGAN ANTARABANGSA TERHADAP PAKATAN.

SINGAPURA, USA, AUSTRALIA DAN ISRAEL SELAMA INI MENYOKONG PAKATAN ANTARANYA KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN AKTA AKTA INI.

SUMBER JUGA MEMAKLUMKAN CERAMAH BESAR BESARAN AKAN DIADAKAN DI SELURUH DUNIA BAGI MEMUTAR BELITKAN UCAPAN DS NAJIB.

NIK AZIZ TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MENCARI NAS YANG SESUAI BAGI MENYOKONG PUTAR BELIT TERSEBUT.

SYABAS DS NAJIB ! !


Wednesday, September 14, 2011

PERANGKAP PSIKOLOGI NIK AZIZ !!


TERLALU CINTA DUNIA !

AKU YAKIN NIK AZIZ ADA AYAT DAN NASNYA. DIA BOLEH TAFSIRKAN SEGALA NASNYA AGAR SESUAI DENGAN UNTUNG RUGINYA SENDIRI.

NAMUN DI ATAS SEGALANYA UMUM TAHU BAHAWA NIK AZIZ AMAT MENCINTAI JAWATAN MENTERI BESAR DAN SEGALA MACAM MANFAAT DARIPADA JAWATAN ITU.

SEBAB ITU NIK AZIZ TERKETAR KETAR BAGITAU MASIH KUAT UNTUK JALANKAN TUGAS SEBAGAI MB.

HE! HE! HE! BILA DIA KATA DIA SERAH KEPADA AHLI UNTUK TENTUKAN MAKNANYA DIA NAK LAGILAH.

" PARTI KATA BERTANDING TOK GURU, SAYA BERTANDING. KALAU KATA TIDAK SAYA TAK BERTANDINGLAH. PEMIMPIN JEMAAH, JADI KENA IKUT KEHENDAK PARTI.

PERKATAAN YANG DIGUNAKAN SEMUANYA BERBENTUK PERANGKAP. DIA NAK INGATKAN DIA ADALAH TOK GURU DAN PEMIMPIN JEMAAH.

SIAPA YANG NAK KACAU TOK GURU DAN PEMIMPIN JEMAAH ?

DULU MASA SURUH TUN M TURUN MACAM MACAM DIKATA, DIKUTUK. PADAHAL TUN M SAMPAI SEKARANG JAUH LEBIH SIHAT BERBANDING NIK AZIZ.

DAN AKUPUN YAKIN SANGAT, LEPAS NI TAK ADA SIAPA BERANI SEBUT NIK AZIZ KENA TURUN. TOBATLAH...

AKU PULAK SUKA SANGAT NIK AZIZ TAK NAK BERHENTI. ADA BANYAK BENDA YANG DIA CAKAP AKAN BERI MASALAH PADA PAKATAN. POLITIK DEMOKRASI, MAKIN BANYAK SALAH CAKAP MAKIN BANYAK ORANG LARI.

TERUSKAN TOK GURU. DUA KALI PRU BOLEH LAGI, INSYAALLAH. LAGIPUN DI KELANTAN TAK ADA SESIAPA LAYAK JADI GANTI...

HE! HE! HE!





Tuesday, September 13, 2011

" SUDAH TUKAR KA ? "



WARTAWAN TAK SAYANG MULUT !!

AKU RASA KERJAYA WARTAWAN NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG CEKAL DAN BERANILAH. CALANG CALANG ORANG TAK BOLEH JADI WARTAWAN. WARTAWAN HARAKAH LAIN SIKIT. MEREKA HANYA REKA REKA CERITA DAN TULIS. LEPAS TU MINTAK MAAF.

WARTAWAN YANG BERTANYA BEBERAPA SOALAN CEPU INTAN KEPADA MAT SABU SEMALAM PATUT DAPAT ANUGERAH, SAMA DENGAN WARTAWAN TV3 YANG BUAT NUAR BRAHIM KENCING DALAM SELUAR ITU HARI.

KORANG BACALAH LEBIH KURANG YER...

WARTAWAN : TUAN DAH DENGAR RAKAMAN PERBUALAN YANG DIKATAKAN DI ANTARA TUAN DENGAN MAT SABU YANG TERSIAR DALAM BEBERAPA BLOG BARU BARU INI ?

MAT SABU : NO KOMEN.

WARTAWAN : ADAKAH TUAN MAHU NAFIKAN BAHAWA LELAKI DALAM RAKAMAN TERSEBUT ADALAH TUAN SEBENARNYA ?

MAT SABU : NO KOMEN

WARTAWAN : ADAKAH TUAN BERHASRAT MENYAMAN PIHAK YANG MENYIARKAN RAKAMAN TERSEBUT ?

MAT SABU : NO KOMEN ( NADA TINGGI )

HE! HE! HE! SUDAH TUKARLAH ! MANA PERNAH MAT SABU TAK RESPON PADA SOALAN WARTAWAN. KAN KER DIA BIJAKSANA ORANGNYA. KALI INI DIA KANTOI. TAK ADA PERKATAAN.

TAPI KORANG PERCAYA CAKAP AKU. KEPADA ORANG KAMP[UNG PAS AKAN KATA INI SEMUA CIPTAAN UMNO. MUDAH JER KAN..

AKU CAKAP TERUS TERANG. AKU MEMANG NO KOMEN...

HE! HE! HE! HANGPA TANYALAH KAT NORMAH PULAK..MESTI DIA AKAN KATA, " TANYA ABANGLAH.."

Sunday, September 11, 2011

DUA ULAMAK BESAR DITIPU DI HADAPAN SERIBU ORANG !



Malam tadi di Taman Melewar, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah menipu sekurang kurangnya dua orang ulamak. Ulamak PASlah.

Dalam dunia Islam nama dua orang ulamak ni tak masuk senaraipun. Tuan Ibrahim dan Haji Hadi terpaku mendengar penipuan Mat Sabu.Seribu orang( semuanya Melayu )menjadi saksi.

Penipuan pertama ialah Mat Sabu kata idolanya ialah Syed Qutb, Hassan Al Banna dan Sheikh Jamaluddin Al Afghani. He!He!he! Kalau aku ada, pecah perut aku jawabnya.

Mana ada. Mat Sabu selepas menang Timbalan Presiden PAS telah memberitahu Malaysiakini bahawa idolanya ialah Karl Marx dan Ayotullah Khomeini. Maknanya idola Mat Sabu ialah gabungan antara syiah dan komunis.

Penipuan kedua ialah Mat Sabu kata ia adalah pejuang Islam dan komited dengan perjuangan Islam. Ini pun lawak jugak. Kepada Malaysiakini Mat Sabu kata dia masuk PAS bukan kerana Islam tetapi kerana mahu memperjuangkan demokrasi. Dia mengaku dia adalah pejuang demokrasi.

Patutlah Mat Sabu boleh berpelukan dengan Nuar Brahim. Kaki kelentong. Kepada Melayu cakap lain. Kepada Malaysiakini yang dibaca oleh orang Cina dan India cakap lain pulak.

Aku tengah tunggu apa pulak kata Nik Aziz yer...




ALIAS ZENON DITEMUI !


Ketua Cabang PKR yang aku tulis hilang dua hari lepas telah 'ditemui' semula di Tol Cangkat Jering. Aku kata beliau diculik. Akhbar lapor beliau disamun.

Apapun aku nak sebut juga beberapa perkara. Suami kepada empat orang isteri ini tinggal di Padang Rengas. Jarak perjalanan dari Padang Rengas ke Cangkat Jering ialah kira kira sepuluh minit.

Lelaki berusia 73 tahun ini diculik pada pukul satu petang dan telah menghubungi seorang rakannya pada tengahmalam hari yang sama.

Aku nak betulkan cakap cakap setengah orang. Beliau tidak ditemui tetapi beliau menghubungi sendiri rakannya.

Aku rasa benda benda macam ni agak menarik kalau nak dikaji.
Maklumlah dah nak dekat pilihanraya. PKR Padang Rengas ni pulak tengah sangat panas. Macam PAS jugaklah. Sebab itu DAP terpaksa kerja keras di Padang Rengas.

Apapun syukurlah. Aku harap sangat Alias Zenon selamat. Kesian pulak kat isteri isterinya yang berempat tu.


Friday, September 9, 2011

GEMPAR !! KETUA PKR RANTING PADANG RENGAS DICULIK !!


Petang tadi satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Kangsar tentang kehilangan Alias Zainun, Ketua Cabang PKR Padang Rengas. Laporan telah dibuat oleh salah seorang isteri beliau.

Maaflah. Aku tak tau berapa jumlah isteri dia. Berita ini adalah daripada sumber dalaman PKR sendiri.

Alias Zainun pernah bertanding sebanyak dua kali melawan DS Nazri Aziz. Semua orang tau Alias Zainun tewas dalam kedua dua pilihanraya tersebut.

Oleh kerana perkara ini dah jadi kes polis maka aku tidak berniat untuk buat sebarang spekulasi. Cuma sumber ini menyebut laporan polis menyatakan beliau telah diculik.

Walaupun aku tau PKR Padang Rengas memang tengah bergolak hebat tetapi aku harap agar ianya tidak berkaitan dengan pergolakan itu.

Parti parti juga. Aku walaupun tak pernah sokong Alias Zainun tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya. Lagipun kalau Alias Zainun jadi calon Pakatan, insyaallah UMNO akan menang lebih mudah.



PESURUHJAYA PAS PERAK TIDAK RASUAH !



Mulanya aku heranlah jugak . Rajin benar Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussein turun ke Parit Buntar. Hampir setiap minggu. Ada kalanya seminggu dua kali.

Aku fikir Abu Bakar nak cover Idham Lim. Memang orang Titi Serong marah sangat dah sekarang ni. Semua janji Idham Lim masa kempen PRU 12 tidak terlaksana.

Hubungan dingin Idham Lim dengan pengundi Melayu jugak jadi isu. Asyik asyik Cina Bagan jer. Jadi ramai jugak orang kata, Abu Bakar nak tebus ' dosa ' Idham Lim.

Bulan puasa ni beliau turun jugak. Kali ni bagi sumbangan. Aku kata ' sumbangan'. Kalau korang nak kata itu rasuah, korang punya pasallah.

Rupanya Abu Bakar ada matlamat lain. Patutlah pasang umpan, bubu.
Abu Bakar akan jadi calon PAS Titi Serong. Pencacai PAS dah mula
berjalan di Titi Serong.

' Hangpa tak mau ka dapat MB jadi wakil kita ? ". Itulah lagu yang didendangkan sekarang. Ada jugaklah orang yang syok, teruja.


Cuma aku nak bagitaulah. Sewaktu cakap cakap Nizar akan lawan di Changkat Jering, para penyokong diberitahu Nizar akan jadi MB.

Nampaknya PAS nak wujudkan dua jawatan MB. Cuma yang nak jadi kalut sikit ialah DAP dah pasti letak calon Melayu. Bakal MB jugak.

HE!HE!HE! Kan dah pening tu !


Wednesday, September 7, 2011

SENANG JER HUSAM KAMBING TUMBANGKAN MAT SABU !

HUSAM LAKSANA KEHENDAK NIK AZIZ

Pertamanya aku mintak maaf pada korang. Beberapa hari aku tak menulis. ' Keluar ' sekejap. Lama tak keluar ni, sesekali kena juga keluar balik sambil melihat, menilai dan mengkaji diri.

Rumusan aku ialah aku tidak cukup kuat bekerja memberi kesedaran kepada Umat Melayu khasnya tentang bahaya yang sedang menunggu mereka di masa hadapan.

Bahaya paling utama ialah penyelewengan yang dilakukan oleh PAS yang sedikit sebanyak ' dipercayai' membawa risalah Islam. Ada orang khasnya anak muda telah terterangkap dalam pesona PAS sedangkan hakikatnya PAS lebih hampir kepada kumpulan ajaran sesat walaupun tak setara Ayah Pin.

Sebentar tadi aku bersembang dengan seorang rakan lama. Menarik juga pandangan kawan aku ni. Dia kata bila PAS Kelantan tiba tiba mengatur debat Mat Sabu dengan Khairy, dia tahu ini adalah usaha terancang PAS Kelantan nak tumbangkan Mat Sabu.

Nik Aziz sebenarnya mahu Tuan Ibrahim menjadi Timbalan Presioden tetapi malangnya Tuan Ibrahim kalah kepada Mat Sabu. Benar, Nik Aziz seorang pendendam.

Logik juga. Semua orang tahu Mat Sabu bukan seorang yang berilmu. Perhatikan ceramahnya di mana mana. Tiada ilmu dalam ceramahnya.
Mat Sabu seorang yang ' sensasi '.

Bahasanya yang kasar dan kadangkala lucah adalah kekuatannya. PAS Kelantan sebenarnya telah berjaya. Mat Sabu tidak berani melaksanakan tanggungjawab yang dibebankan di atas bahunya,

Mat Sabu boleh mencabar sesiapa sahaja sekarang. Siapa sahaja tetapi ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa satu masa Mat Sabu telah
tidak berani menyertai debat yang dianjurkan oleh PAS sendiri.

Jika ini dijadikan asas, maka korang jangan hairan jika sampai sekarang Nik Aziz tidak langsung membela Mat Sabu.

Di atas segalanya aku yakin dan percaya sangat, Husam adalah pemain utama penghinaan ini,


Sunday, September 4, 2011

INILAH YANG HERO MAT SABU TELAH LAKUKAN !

CERITA LUKA YANG TAK AKAN TERPADAM !

Ini adalah kupasan Datuk Ramlah Adam. Beliau barangkali menyokong UMNO tetapi bukan aktivis parti. Beliau adalah ahli akademik yang memikul kebenaran di atas bahunya.

25 Februari 1950 Jam 4. 30 pagi :-

Mat Indera telah membawa 200 orang Malayan Races Liberation Army(MRLA- PKM ) telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Sarjan Jamil Mohd Noh telah bertindak berani dan tak mahu menyerah kalah.

Dalam pertempuran itu 25 orang telah terkorban. Tiga orang isteri anggota keselamatan telah dicampak ke dalam api yang marak menyala.
Seorang kanak kanak telah turut dicampak ke dalam api. Rentung menjadi arang.

Semua peristiwa ini diceritakan oleh Yusof Rono yang merupakan satu satunya anggota yang terselamat dan dapat meloloskan diri.

Darah, tulang temulang dan airmata mereka yang gugur tak mungkin dapat diganti semula.

Alangkah ' bahayanya ' Mat Sabu. Walaupun menjadikan Karl Marx sebagai idola janganlah sampai menjadikan pejuang sebagai petualang.

Barangkali DAP sangat berbesar hati dan pasti akan menawarkan kerusi kepada Mat Sabu. Barangkali juga Mat Sabu akan menang kerana cucu cicit rakan rakan Mat Indera akan berusaha memenangkannya.

Tetapi percayalah. Mat Sabu akan dikenang sebagai salah seorang anak Melayu paling kotor dalam sejarah negara !


BERAS LIMA KILO JER !!

ITU JER BANTUAN PAS.

Dengaq macam nak tolong sangat. Kami pun pilah Parit Buntaq pasai nak dapat bantuan raya. Rupanya dapat beras lima kilo jer.

Inilah luahan hati salah seorang jiran aku. Punya ghairah dulu kempen untuk PAS pada PRU 12. Dengar macam semua masalah akan PAS selesaikan pada masa itu.

Rupa rupanya tak dak satu pun yang selesai. Dulu kata bila pilih PAS semua orang akan dapan geran bendang yang masih sangkut di Agro Bank Bagan Serai. Sekarang ni dah nak pilihanraya pulak.

Yang seronoknya depa kata janji tahun 2008 dulu dok keluaq balik.

Kata jiran aku, dah kena sekali tak kan lagi dah. Lagipun orang Parit Buntaq sendiri sangat susah jumpa wakil rakyat PAS ni. Masing masing pulun di Bagan. Jaga hati Cina , lukakan hati Melayu.

Apa pun kita tunggulah PRU 13. Aku cakap banyak nanti ada orang kata aku fitnah pulak.

HE! HE! HE!


Saturday, September 3, 2011

TERIMA KASIH ABANG MAT ! HE! HE! HE!

MAT SABU BERBUDI KEPADA UMNO !

Sebagai seorang yang praktikal aku mengaku UMNO agak perlahan dalam gerakerja kempen politik berbanding dengan PAS. Aku percaya sebahagiannya kerana pemimpin UMNO juga adalah pemimpin kerajaan yang terikat dengan banyak kerja.

Sebab itu ada banyak benda yang berlaku dari sudut politiknya terabai. UMNO tak ambil peluang macam yang PAS buat. Sebab itu juga banyak perkara berlaku di Kelantan, Selangor dan Kedah terlepas begitu sahaja.

Mujur ada Mat Sabu. Aku agak dah. Bila Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS, aku anggap ALLAH nak UMNO terus memerintah negara.

Mat Sabu terkenal sebagai ' kaki gebang '. Dia cakap kosong. Sebab itu dia jadi Ahli Parlimen sekejap jer. Lepas tu dia kantoi. Dia gagal melaksanakan apa jua yang dia cakap.

Orang macam Mat Sabu sangat berguna kepada UMNO. UMNO boleh tunggu Mat Sabu bercakap untuk kemudiannya dibalun balik.

Tapi aku betul betul tak sangka Mat Sabu akan dedahkan strategi Pakatan nak mengubah sejarah. Menukar pengganas menjadi pejuang, menukar pejuang menjadi pengkhianat.

Mat Sabu sebenarnya ' tercepat ' daripada orang lain. Pakatan rancang nak tukar sejarah ini selepas memerintah. Kelam kabut Karpal Singh nak buat ' pembetulan' tetapi dah terlewat.

Rakyat dah tahu rahsia mereka. Macam Ngeh Koo Ham buat di Perak.
Cuba bawak masuk Chin Peng dengan alasan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan.

Sekarang ni semua pemimpin Pakatan bertungkus lumus menjawab dan melakukan pembetulan. Berdasarkan pemerhatian aku, rakyat tak dapat terima penjelasan. Rakyat tengok sendiri rakaman ceramah Mat Sabu.

Alhamdulillah. Keghairahan Mat Sabu menginsafkan rakyat. Aku rasa Mat Sabu pun dah tak cukup 24 jam sehari nak perbetulkan balik kenyataannya.

PAS boleh salahkan media. Tapi PAS kena akui media melaporkan apa yang Mat Sabu cakap sebijik sebijik.

Aku tunggu Mat Sabu saman Utusan Malaysia. Lagi cepat lagi baik. Dengan ini lebih tepat rakaman ceramah Mat Sabu dapat disiarkan dan disaksikan oleh seluruh dunia.

Terima kasih, Abang Mat. HE! HE! HE!


BENAR , 16 SEPTEMBER HAMPIR BERLAKU !!

PENDEDAHAN WIKILEAKS MENGANGKAT MARTABAT BN !

Lebih kurang sama keadaannya dengan ceramah Mat Sabu. Pendedahan Wikileaks juga adalah bahan kempen yang wajib diperbesarkan oleh UMNO/BN.

Kalau peristiwa lompat di Perak dianggap oleh Pakatan sebagai ' politik jijik dan kotor ', Malaysiakini telah membuktikan Nuar Brahim telah
melakukan perkara ' jijik dan kotor' juga.

Bezanya UMNO/BN tidak menggoda ADUN Pakatan Perak. Mereka melompat sebahagiannya kerana Nizar Jamaluddin terbukti boneka yang tidak berdaya. Mereka melompat setelah umat Melayu Perak dijadikan rakyat Kelas Tiga.

Manakala Nuar menawarkan jawatan. He! He!He !

Kemudiannya diketahui untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja 4 orang dari Sabah dan Sarawak. Tidak termasuk Haji Hadi dan lim Kit Siang. Tidak dikira Azmin Ali.

Mereka 'telah' diberi rasuah. Katakan semua AP UMNO/BN ini mahu tetapi hakikatnya mereka tidak bersama Nuar Brahim. Yang penting kekotoran telahpun dibuat. Yang penting Nuar Brahim dan Pakatan
telah menghalalkan sesuatu yang mereka katakan jijik selama ini.

Terima kasih Wikileaks. Terima kasih Malayia kini. Inilah Nuar dan Pakatan. Gagal dan bergelumang najis !


Friday, September 2, 2011

AWAS SUAMI SUAMI DI KEDAH !!

ANDA DALAM BAHAYA !


Saja aku nak tolong peringatkan. Dah macam cerita purba la pulak. Pada zaman Aduka, Indera, Taruna, Tobeng, Demang, Jalak dalam filem dulu dulu suami yang ' tiada apa apa ' melopong bila Demang nak rampas bini depa.

Free jer. Nak lawan tak berani. Pengikut Demang ramai. Demang pulak kaya raya. Ada ilmu kependekaran yang tinggi. Melawan bererti maut.

Di Kedah kononnya ada jugak keadaan hampir sama berlaku. Tapi taklah secara kekerasan. Dikatakan ada pembesar negeri amat bijak dan licik dalam menggoda bini orang.

Persamaannya ialah ' ketinggian ilmu agama ' jadi alasan. Kemudian tak dak paksa paksa punya. Bini orang ni dengan rela hati mintak cerai dan bernikah dengan pembesar ni . Alasannya nak mengaji agama.

Yang aku nak peringat ialah sekarang ni angin sedang bertiup kencang di Kedah. Pembesar handalan ini kononnya sedang mempersiapkan diri untuk mengganti Azizan Razak yang dikatakan tidak lagi mampu menjalankan tugas.

Sedang ' bersepak terajanglah PAS '. Yang pentingnya aku nak ingatkan. Mana mana suami yang mempunyai isteri jelita yang mahu 'mengaji' agama, bawaklah mengaji sekarang.

Yang kedua, elakkanlah bawak isteri ni di majlis majlis yang ada ramai pembesar yang berilmu tinggi.

He! He! He! Aku tolong peringatkan. Tak nak pakai pun tak pa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...