Tuesday, September 30, 2014

ARTIS LAMPIAS NAFSU DI HOTEL !

Aku petik berita ini dari satu ruangan ' gossip ' tapi penulisnya kata ini benda sahih. Kalau sahih aku cadangkan agar laporan polis dibuat. Tak boleh biar maksiat ini berlarutan. Artis bukan kebal hukum syarak.
Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai ‘makan hati’ dan ‘sakit hati’ kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang maksiat.
Ini bukan khabar angin atau desas-desus lagi, tetapi seorang artis veteran itu ternampak sendiri perlakuan dua artis ini yang tidak teragak-agak dan tanpa segan silu masuk ke bilik. Mustahil artis wanita itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua. 

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.

SS dapat tahu, marah benar artis veteran itu dek perlakuan tidak senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang hormat pada penggiat seni tanah air.

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling. 

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu dia bagaikan kehilangan arah. 

Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan seang–katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak. 

SS semakin tidak faham dengan kebanyakan artis sekarang yang menghalalkan segala cara demi kepuasan sendiri. Malah mereka sangat berbangga bila buat kerja-kerja maksiat. Bukan mereka tak faham hukum, tetapi sengaja buat-buat lupa. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...