Friday, September 26, 2014

REMAJA DILIWAT RAKAN !

Ini antara sebab mengapa aku tak setuju perbicaraan Anwar Ibrahim dibuat secara langsung di TV. Kes ini pada aku sangat memalukan. Nak beli surat khabar kena perhatikan betul betul. Kes rogol, liwat ni secara tidak langsung mengajar anak anak kita macam macam perkara yang patutnya mereka ' belum tahu ' lagi..


ALOR SETAR 26 Sept - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.
Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.
Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.
Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. Sumber


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...