Tuesday, September 9, 2014

LIM GUAN ENG AKHIRNYA SALAHKAN ANWAR IBRAHIM ! KAH ! KAH ! KAH !

Memang terkangkanglah Anwar Ibrahim. Terkonteng konteng seorang. Turut terkangkang sama ialah Mat Sabu dan orang orangnya dalam PAS. DAP boleh pusing 360 ' dan buat muka selamba.
Barulah mereka tahu hati perut DAP !

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi. ~mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...