Friday, September 5, 2014

DR PENING !

Nak tergelakpun ada..Dr ni boleh pening dengan PAS. He..he..

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...