Tuesday, December 3, 2013

TOLONGLAH !! JANGAN BUAT LAWAK !


Maka hari ini bermulalah Persidangan UMNO 2013 selepas menyelamatkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 yang lalu. Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO jam lapan malam ini.

Tahun ini pada pandangan aku UMNO bersidang dalam ' krisis '. UMNO tidak bersidang dalam selesa. UMNO kena akui kenyataan ia bukan lagi parti yang berkuasa macam dulu dulu.

1. UMNO hilang kuasa dalam menentukan hala tuju rakan rakan dalam BN. Parti komponen UMNO hampir lumpuh khasnya dalam menawan pengundi Cina. UMNO seakan tidak disegani oleh sekutu dalam BN. Bayangkan dalam keadaan ' GAGAL ',
MCA dan Gerakan saban waktu meminta pelbagai ' benda ' untuk kepentingan orang Cina.

2. UMNO juga gagal ' memahami dan membantu ' rakyat khasnya orang Melayu. Aku rasa selepas PRU 13 tiada apa apa yang dilakukan oleh UMNO yang menyebabkan orang Melayu boleh bangga. Hal hal yang berkaitan dengan Melayu dan Islam jelas diperjuangkan oleh NGO. UMNO hampir tidak ' bersuara ' sama sekali.

3.  UMNO gagal menguasai kerajaan. Ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri Melayu tetapi perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetap juga berlaku. Contohnya UMNO gagal menjaga kebajikan Kakitangan Awam yang peratusan Melayunya amat tinggi.

Tengok ' penderitaan ' yang ditanggung oleh para guru. ( Peratusan Melayu tertinggi dan merupakan kakitangan kerajaan teramai ). Sehingga sekarang, hari hari aku dengar guru merungut kerana tekanan kerja. Sehingga diberitakan ramai guru beralih menyokong pembangkang.

4.  UMNO gagal mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Pengguna terbesar dalam negara ialah orang Melayu. Aku nak katakan semua harga barang naik. SEMUA. Tinggal lagi ada yang diumum, ada yang tidak diumum. Orang Melayu dan tak boleh nak hadapi kenaikan ini sebenarnya.

5. UMNO juga gagal mempertahankan harga komoditi yang rata rata melibatkan orang Melayu. Harga getah pernah naik sehingga enam ringgit tetapi kemudiannya turun dan tak naik naik sehingga sekarang. Sewaktu harga getah naik, semua harga barang naik. Malangnya sewaktu harga getah turun, tiada satupun harga barangan pengguna yang turun.

Ini antara bahan yang aku nak bagi pada pembahas di Persidangan UMNO. Cakap soal derita dan kesusahan rakyat. Biar Presiden dan pemimpin dengar.

Jangan buat lawak ! Rakyat jadi benci mendengarnya. Atau kita tunggu PRU 13. Tunggu rakyat hukum dan UMNO jadi sejarah !




2 comments:

Anonymous said...

Jangan berharap apa apa. Aku yakin sangat tak ada apanya dengan PAU. Kita tunggu PRU 14. Ini yang Najib nak. Kehancuran UMNO.

Anonymous said...

MALAM NI BULETIN UTAMA DAH SIARKAN WAWANCARA DENGAN PERWAKILAN...MACAM YANG DIDUGALAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...