Tuesday, November 26, 2013

ALAMAK !! HISHAMUDDIN SEBUT PASAL ARROGANT PULAK DAH !!


Kalau dah nak jatuh, nak punah macam macam cara dan kaedah seseorang atau sesuatu organisasi akan jatuh meghuyub, jadi sejarah. Sama jugak kalau seseorang atau sesuatu organisasi itu nak naik, macam macam sebab berlaku untuk membolehkannya naik.

Aku dapat melihat ramai tokoh yang naik mencanak secara tidak disangka sangka. Laju bahkan luarbiasa meninggalkan orang lain. Perkara sebegini lazimnya berlaku dalam dunia politik. Lihat Anwar Ibrahim, pada aku dia adalah contoh klasik bagaimana seorang ahli politik naik berdesup, turut berdebab !

Sekarang ini aku sedang memantau dengan teliti sebuah organisasi yang sedang menjunam tapi secara perlahan lahan. Dia naik pun tak dan sampai ke puncak dan sangat perlahan pendakiannya.

Tapi aku percaya dia akan turun kalau tak menjunampun turun dengan kelajuan sederhana. Tanda tanda kejatuhan amat ketara khasnya dalam Muktamar baru baru ini. Yer , aku sedang melihat Pas jatuh.

Ada banyak petanda tapi aku nak ambil satu aspek sahaja.

Mana mana organisasipun akan hancur bila rasa hormat dan segan kepada pemimpin dah tiada. Hishamuddin Karim perwakilan dari Terengganu misalnya telah menimbulkan isu yang amat BERAT UNTUK DIAKUI TAPI AMAT BESAR KESANNYA.

Biru muka para pemimpin Pas bila dikatakan sombong, bongkak dan sentiasa rasa diri sendiri lebih baik dan lebih hebat daripada orang lain. Kalau dah sombong, bongkak sesama sendiri maka sudah pastilah sombang bongkak juga dengan rakyat.

Kenyataan ini rupanya terbukti apabila keputusan pemilihan parti menunjukkan hanya seorang ' calon tak cerdik ' menang dalam pemilihan. Itupun menang dalam majoriti yang sangat kecil, Mohamad Sabu.

Seorang lagi calon tak cerdik walaupun popular kerana ' bisingnya ' terbuang dalam saingan Naib Presiden, Mahfuz Omar.

AJK Pas pusat semuanya golongan berpendidikan tinggi yang aku yakin mewakili kumpulan Arrogant seperti yang ditimbulkan oleh Hishamuddin.

Apa lagi yang Pas ada. Selamanya berpaut kepada golongan Agamawan, golongan ini sudah menjadi serpihan. Mahu menggunakan modal hudud, nampaknya Pas dah kematian angin apabila diminta membawa usul ke Parlimen dan beberapa pemimpin Umno menyatakan komitmen untuk menyokong.

Pas tiada apa apa selain riuh rendah, berkonsert, dulu nasyid sekarang metal !

Kita tunggu, aku rasa tak lama dah. Kita akan lihat kejatuhan parti arrogant menyembah bumi !




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...