Wednesday, August 17, 2011

PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI ?

NUAR BRAHIM DIDAPATI TERLIBAT !

Kerana mangsa adalah seorang wanita Melayu manakala pembunuhnya pula ialah peguam India, maka pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama kakitangannya serta perbicaraan mereka hampir tidak dipedulikan.

Atas asas itu juga ramai yang tidak menyedari bahawa pembunuh yang membunuh jutawan kosmetik Melayu tersohor itu telah dibela oleh peguam bela yang sama membela Nuar Brahim Peliwat.

Dengan yang demikian, Manjeet Singh Dhillon peuam bela yang amat setia kepada Nuar Brahim telah menggunakan kaedah yang sama sewaktu membela pembunuh jutawan wanita Melayu ini.

Manjeet Singh bukan sahaja membela India Pembunuh itu tetapi dalam masa yang sama sentiasa berusaha menimbulkan kebencian terhadap sistem kehakiman.

Manjeet Singh sentiasa berusaha untuk menunjukkan pasukan pendakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan kepincangan. Polis juga turut dipalit sebagai melakukan siasatan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku dari awal lagi menjangkakan bahawa sepanjang tempoh perbicaraan ini yang akan dibicarakan bukan India Pembunuh Yang Kejam tetapi institusi yang berkaitan dengan kerajaan.

Bahkan aku percaya jika yang mati itu India manakala yang membunuh itu Melayu, kita akan lihat seluruh dunia berkabung dan memberi sokongan.

Bagaimana agaknya nasib anak cucu kita ? Menjadi Melayu Hina di bumi sendiri !


4 comments:

Anonymous said...

itu pun nak jadi isu. hang kena belajar lagi dari papa gomo raja fitnah umporno.

Anonymous said...

Memang patut jadi isu. Melayu mati orang tak peduli, cina atau india mati satu dunia bising.

Melayu pas mati pun..siapapun tak hairan.

dankuala.com said...

Keadaan menjadi sebegini rupa sebahagiannya kerana kelemahan kerajaan UMNO/BN.

Keterbukaan melampau yang akhirnya memakan diri.

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

Semua ini berlaku bukan kerana keterbukaan melampau tetapi perpecahan persatuan umat Melayu dibawah payung raja-raja Melayu dan kelunturan jati diri umat Melayu itu sendiri sehingga ada yang tak mengaku Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...