Friday, August 19, 2011

NASRUDDIN HASSAN TANTAWI MAKIN BERKUASA !!

KETAKUTAN PIMPINAN TERTINGGI PAS BERASAS !


Sewaktu Mat Sabu dimenangkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lalu, pimpinan tertinggi PAS sebenarnya amat sedar bahawa Mat Sabu jauh daripada layak untuk diletakkan di situ.

Mat Sabu seorang yang tidak berilmu atau jahil selain diketahui akhlaknya yang amat rendah. Namun ada suara menyatakan bahawa Mat Sabu diletakkan di situ sebagai benteng bagi menahan kemaraan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Nasruddin Hassan Tantawi dilihat tidak langsung terpengaruh dengan cerita keramat Nik Aziz. Bahkan beliau selesa berbeda pandangan dengan Mursyidul yang seakan menjadi ' dewa ' kepada sebahagian pemimpin dan ahli PAS.

Aku menjangkakan kemaraan Nasruddin tak dapat disekat lagi. Beliau mempunyai jentera yang setia dan bijak. Aku nak bagi contoh kat korang.

Baru baru ini seorang askar Nasruddin, Termizi Md Din yang juga AJK Pemuda Gombak telah menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah.

Dalam tazkirah itu Termizi telah mengingatkan

1. Puasa bukan petanda takwa

2.Orang yang makan harta rakyat sudah pasti tak bertakwa. Ini memang kenyataan berani mati menghentam pimpinan PAS. Siapa lagi yang makan harta rakyat selain PAS.

Puluhan tabung dilancarkan sedangkan tak pernah sekalipun pengumuman jumlah kutipan dibuat. Tabung Memali sebagai contoh, hingga kini tak dapat diketahui jumlahnya.

Dalam masa yang sama pada setiap kali ceramah, kutipan 'jihad' dilakukan tak kira di mana ia diadakan.

3. Tak pasal pasal beliau memetik hadis Nabi tentang orang yang berpenyakit hati yakni waham. Adakah petandanya ialah orang berkenaan sangat cinta dunia dan amat takut kepada mati.

Semua orang boleh menduga bahawa kenyataan ini khusus ditujukan untuk menghentam Nik Aziz. Umum memang menyedari bahawa menjadi pantang Tok Nenek Nik Aziz jika beliau dikatakan mengidap penyakit yang serius.

Jadi pada aku, halus mainan Tantawi ni. Cerdik juga politik dia. Kita pakat pakat tunggu tengok. Tak lama lagi aku rasa ada letupan baru akan berlaku dalam PAS !



1 comment:

Anonymous said...

pandai la hang luncai, jenis pencacai umporno suka putar belit. baik la bini hang dok cerita merata hang malas kerja sampai heboh pekan kuale

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...