Tuesday, May 11, 2010

Berubahkah UMNO?



Sewaktu menggulung perbahasan Persidangan UMNO setelah pertama kali menjadi Presiden ,
DS Najib telah menyarankan keperluan untuk UMNO berubah. Atau pilihan yang ada ialah menjadi parti yang rebah.

Maka menangislah para perwakilan . Sebak dan sayu. Baliklah mereka ke bahagian dan cawangan masing masing. Seminggu dua minggu berada dalam ' mood dan semangat' untuk melakukan perubahan.

Setelah setahun izinkan aku bertanya , benarkah telah berlaku perubahan ? Aku yang berada di akar umbi ni sebenarnya melihat tiada sebarang perubahan telah berlaku. UMNO kekal lesu dan letih. UMNO kekal beku dan jumud.

Hari ini orang berduyun duyun ke PWTC. Orang kecil berhasrat bertemu orang besar. Orang bisnes ghairah bersalaman. UMNO kekal sebagai parti yang menjadi alat orang berniaga. Ketua cawangan tinggal di kampung. Melayan bahagia menjadi pimpinan parti yang tidak disedarinya sedang menunggu ajal.

Aku yakin UMNO akan pupus dan jadi sejarah. Pimpinan tertinggi mungkin tak sedar perkara ini kerana mereka asyik dengan idea pengurusan parti dan mengabaikan pengurusan ahli yang menjadi nyawa parti selama ini.

Kita tunggulah. Buatlah pemutihan. Berperasaanlah bahawa UMNO tetap kuat. Persetanlah ahli yang setia dan berjuang puluhan tahun. Angkat dan junjunglah ahli yang selama ini menjadikan UMNO kuda tunggangan.

Kepada Menteri dan Wakil Rakyat, jadilah Raja sementara ada hamba sahaya. Tak lama lagi kita sama sama jadi hamba kepada DAP. Percayalah. UMNO tak pernah berubah. Yakinlah kepada aku.

Selepas ini kita akan saksikan , ahli dan pimpinan UMNO yang elit bertembung dengan ahli hamba sahaya yang hina . Masing masing manangisi takdir, menziarahi pusara UMNO yang semak.

Kepada DS Najib , perubahan sebenarnya tidak akan berlaku selagi keberanian untuk berubah tidak disuburkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...