Tuesday, May 25, 2010

PAS DITIMPA BALA

Secara tergesa gesa Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS pusat mengadakan sidang media. Idris Ahmad menyatakan bahawa keputusan untuk ahli bukan Islam PAS mengundi bagi memilih pimpinan PAS belum dimuktamadkan kerana perlembagaan parti perlu dipinda terlebih dahulu.


Menurut sumber, persefahaman yang dicapai bersama Pakatan dalam isu ini ialah PAS perlu menggugurkan perkataan ' ISLAM ' pada nama parti tersebut sebelum rancangan ini dilaksanakan.


Sumber ini juga mengatakan bahawa percubaan Pakatan untuk meniru konsep Barisan Nasional hanya mendatangkan impak minima dan tidak cukup untuk merealisasikan percubaan menobatkan Lim Kit Siang di Putrajaya.


Sumber yang tidak mahu namanya didedahkan juga menyatakan bahawa satu Jawatankuasa Khas akan dibentuk bagi tujuan mengkaji perkara ini di samping mencari dan mengumpulkan nas nas daripada Al Quran dan Hadis serta pandangan ulamak bagi mewajarkan pelaksanaan pendekatan baru PAS ini.


Saya percaya bahawa apa yang berlaku ini adalah bala yang ALLAH turunkan sebagai kifarah kepada segala penyelewengan yang PAS lakukan selama ini. Walaupun saya tidak percaya percaya kepada PAS, tapi saya juga sukar tetapi terpaksa percaya bahawa ada masa ketikanya kerana kuasa orang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...