Saturday, November 15, 2014

HISHAMMUDDIN BALUN MAHFUZ !!

'Tak perlu mohon maaf isu MH17, MH370'



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti dan presidennya tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan kerajaan dalam mengurus bencana yang menimpa MH17 dan MH370.

Beliau turut memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya bertindak dengan tegas dan tidak mengikut telunjuk kuasa besar dunia.

“Kalau Umno teruk sangat tidak mungkin negara kita boleh berhadapan dengan masalah MH17 dan MH370.

“Kalau bukan Najib yang melakukannya tidak mungkin 43 jasad warganegara Malaysia dapat dikenal pasti dan mungkin mereka masih bergelimpangan di tanah Ukraine," katanya.

Menurutnya, Najib perlu dihormati kerana turut mendapat pengiktirafan serantau dalam memimpin Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Presiden kita perlu dihormati kerana tidak tunduk pada Presiden (Rusia, Vladimir) Putin dan (Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama dalam menyelesaikan masalah MH17.

“Kalau Umno dan pemimpin kita tidak dihormati tak mungkin proses kepimpinan Asean beralih kepada Malaysia,” katanya.

Malah, beliau turut memuji kepimpinan Umno dengan menyatakan kehebatannya dalam mengendalikan media dari luar negara berbanding Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

“Hebat sangat kah Mahfuz kalau boleh berdepan dengan CNN dan Aljazeera berbanding kami,” ujarnya.

“Kita tidak kata kita ini hebat tetapi Umno tidaklah teruk sangat,” katanya dalam ucapan pembukaan sati persidangan meja bulat Umno hari ini.

Persidangan itu bagi membincangkan usul tertinggi sempena Perhimpunan Agung Umno di Petaling Jaya.


Ulasan

Sesekali pemimpin UMNO kena cakap macam ini. Jiwa besar dan bangga dengan pencapaian. Malangnya ada orang UMNO sendiri perlekeh keupayaan pemimpin sendiri.


Aku rasa dah sampai masa. Dengan rakyat , dengan akar umbi merendah diri. Dengan musuh kena cengelah..dok lembek lembek, kena pijak nanti..



10 comments:

Anonymous said...

Cantikk !! Jangan orang ingat kita koman sangat !

Anonymous said...

Cakap besar sikit. baru depa nak hormat sikit.

Anonymous said...

Aku suka cara pemimpin umno sekarang ni. Jawab terus. Tak oayah nak jaga hati dah

Anonymous said...

Selama hari ni biar. Org ingatkan mereka betul. Sekarang jawab. Biar rakyat nilai.

Anonymous said...

Kerajaan dah sedaya upaya cuba. Kesannya hubungan dengan China dah bagus sangat. Ini semua manfaat kepada rakyat.

Anonymous said...

Aku suka Hishamudin sebab sikapnya terhadap ketua. Walaupun dia kedepan dalam MH370 tapi dia tetap sebut PM juga.

Anonymous said...

Ini ketika yg baik unt kukuhkan kerajaan dan parti. Pemimpin perlu ditaati tapi tidak salah kalau ditegur.

Anonymous said...

Kita tunggu mahfuz jawab, kalau ada telorlah.

Anonymous said...

Cakap tinggi tkpe, yakin diri tapi kerja kena kuat. baru sepada dengan cakap

Anonymous said...

Menjawab tohmahan satu bab, menangkan parti satu bab lain. Usaha perlu lebih gigih untuk selamatkan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...