Sunday, November 30, 2014

MAKA PAUPUN SELESAI..

Maka PAU pun berakhir. Masa aku melangkah meninggalkan PWTC, ramai perwakilan menyatakan  ni adalah Persidangan paling hebat pernah mereka hadiri. Sangat fokus, terus terang dan jelas.

DS Najib selaku Presiden cemerlang membuka dan menutup Persidangan.
TS Muhyiddin bijak bila sentiasa bercakap sebagai Timbalan yang berkesan. Naib Naib Presiden jugak telah menggulung dengan baik. Ada dua sebab aku rasa menjadikan Persidangan ini begitu menjadi.

1. Ucapan Dasar Presiden yang sangat baik. Menyelam lubuk hati nurani orang UMNO dan Melayu seluruhnya. Minda Perwakilan semacam telah diprogram dengan tepat bersama perasaan yang jelas tentang makna perjuangan UMNO. DS Najib cukup hebat apabila bersama akar umbi mempertahankan Akta Hasutan 1948 walaupun pernah menimbang untuk menggantikannya.

2. Faktor transformasi perbahasan jugak memainkan peranan besar. JK / Biro ini yang dipimpin oleh Naib Presiden, DS Hishammuddin dan DS Ismail Sabri dan Datuk Rosnah bekerja keras memimpin para pembahas dan hasilnya perbahasan tahun ini dikatakan cemerlang.

Biasanya perwakilan akan balik dengan pelbagai cerita lawak, jenaka dan gurauan. Kini perwakilan balik dengan semangat dan tugasan. Lebih daripada itu, tiada usul yang terabai walau tak dapat dijawab sekarang. Jawapan atau respond akan dihantar ke bahagian yang berkenaan.

Kita telah selesai bersidang bermakna kerja besar mesti bermula. Menyusun gerak langkah menawan pengundi agar bersama kita pada PRU 14.



5 comments:

Anonymous said...

Umno sebenarnya berada dalam keadaan lemah sebab malas. Kerja politik perlukan kerajinan . Sikap ini perlu diubah

Anonymous said...

Jangan semangat saja sudahlah. Semangat tak kan menangkan parti

Anonymous said...

Ini kejayaan kedua Hisham and the gang. Dulu transformasi pemilihan sekarang perbahasan. Well done

Anonymous said...

Kita sudah tiada masa majulah dengan gagah perkasa

Anonymous said...

Saya dah nampak dah kita punya pelapis. Datuk Hisham punya karisma dan bukti keupayaan kerjanya. Mungkin sedikit masa diperlukan untuk kukuhkan personaliti beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...