Thursday, November 6, 2014

KATALAH APAPUN, HAKIKATNYA KITA HANYA ADA UMNO !

Mungkin ada yang kata ini retorik tapi retorikpun kita hanya ada UMNO. Aku tengok NGO Melayu yang ada, masing masing macam ada kepentingan peribadi.
Ada yang berjuang kononnya kemudian promosi firma guaman sendiri.

Ada jugak yang berjuang dalam masa yang sama dok perlekeh kerajaan seolah olah dialah juara orang Melayu. Melayu umumnya sedang berpecah belah. Kalau tak kerana itu aku tak fikir orang berani goncang tiang seri negara..



KUALA LUMPUR 6 Nov - UMNO akan terus menjadi sebuah parti teras menegakkan Islam dan Melayu dalam berhadapan ancaman dari dalam dan luar negara.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO sebagai parti kerajaan terbukti telah menjuarai beberapa isu yang berkaitan dengan Islam termasuk dalam mempertahankan kalimah Allah.

"Ramai orang Melayu takut bahawa hak-hak mereka, seperti yang termaktub di bawah Perkara 153, akan terjejas jika terdapat perubahan dalam bertindak. Saya ingin meyakinkan mereka bahawa UMNO akan terus mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.

"Kami mempunyai pendirian dan tidak akan terjejas," katanya semasa ditemubual dalam rancangan 'Soal Jawab' di TV3 malam tadi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa UMNO akan sentiasa memelihara hak mutlak kaum bumiputera sebagaimana termaktub dalam perlembagaan walaupun berhadapan dengan pelbagai ancaman perkauman.

Katanya, isu perkauman yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini disebabkan penyalahgunaan  teknologi internet yang menjadi platform dalam menyebarkan isu yang berbentuk hasutan terhadap masyarakat di negara ini.

"Sebelum ini, anda tidak dapat mendengar orang mengeluh atau menyuarakan kebimbangan.

"Tetapi hari ini, ada Internet. Kita hidup dalam dunia tanpa sempadan, "katanya.

Mengenai langkah parti itu untuk memasukkan satu klausa Sunni - istilah "As-Sunnah Wal Jamaah" - untuk menggantikan perkataan "Islam" dalam perlembagaannya, Hishammuddin menjelaskan, ianya bertujuan bagi meningkatkan usaha-usaha untuk mempromosikan imej Islam dan untuk menghalang penyelewengan ajaran Islam oleh kumpulan sesat.

Tegasnya, langkah tersebut direalisasikan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat di samping menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan prinsip agama yang cuba dikelirukan beberapa kumpulan militan termasuk 'Islamic State' (IS).

"IS telah menarik beribu-ribu mualaf dari negara-negara Barat untuk menyertai perjuangan mereka di Timur Tengah.

"Dunia sedang memerhatikan Malaysia dan UMNO untuk melihat pendekatan kami dalam menyampaikan Islam dan apa yang kita boleh lakukan untuk menggalakkan kesederhanaan," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Jadi bahan cacian di FB oleh macai Pakatan. Sebenarnya mereka akui UMNO satu satunya parti yang konsisten perjuangkan Islam dan Melayu.

Anonymous said...

Masa kian suntuk Datuk Seri, cabaran kian hebat. Kalau tak semua Melayu mahu bersatu, satukan UMNO untuk hadapi cabaran..

Anonymous said...

Saya menonton Soal Jawab. Siapapun akui kejujuran beliau. Telus mengakui cabaran yang ditempuhi..

Anonymous said...

Ini hujung hayat umno. Maknanya hujung hayat melayu. Sedarlah umat melayu

Anonymous said...

Kenyataan Datuk Hisham semalam.." Orang Melayu sangat suka berpecah sehingga sanggup berpecah termasuk dalam perkara agama"

Anonymous said...

Anwar ke dalam insyaallah redalah masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...