Saturday, November 1, 2014

KALAU AKTA HASUTAN KEKAL, ADAKAH UMNO AKAN MENANG PRU ?

Aku suka sangat jika UMNO putuskan untuk melihat Akta Hasutan 1948 ini secara lebih mendalam dalam gelanggang UMNO. UMNO dah lama tidak fokus pada pandangan aku. Beberapa Perhimpunan mutakhir tidak menampakkan sebarang hasil yang dominan.

Sorak sorai, gelak ketawa, balik tidur berselimut. Maka muncullah macam macam NGO, macam macam orang yang tiba tiba nak berjuang mempertahankan Akta Hasutan. Aku kaji tengok, akhirnya aku dapat simpulkan sebahagiannya mempromosi diri sendiri.


Apapun aku tabeklah. DS Hisham sekali lagi diberi amanah cukup besar. Sebelum ini menjayakan perubahan sistem pemilihan, sekarang mempengerusikan JK Usul dan pernahasan. Dulu dah berjaya, sekarang kita tunggu tengok.


Cuma aku nak ingatkan UMNO, kekal atau tidak Akta Hasutan, UMNO tetap akan berkubur jika tidak mahu berubah...



KUALA TERENGGANU 1 Nov - Akta Hasutan 1948 akan menjadi antara usul yang akan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU2014) yang berlangsung pada penghujung November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC).

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengamanahkan beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Usul dan Jurucakap bagi mendekati jurucakap yang dipilih dan dilantik oleh kepimpinan negeri.

Beliau berkata, menerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO, perkara-perkara yang menyentuh kepada kedudukan, perjuangan dan keselamatan negara dan akta-akta negara yang datang dari usul-usul bahagian perlu dikupas dan dibahaskan.

"Ia bagi membolehkan suara UMNO dapat kedengaran dalam kerajaan menggubal perkara-perkara yang dilihat penting dalam kita meniti perubahan landskap global yang tidak ada sempadan pada hari ini.

"Jadi, Akta Hasutan 1948 akan menjadi perkara yang akan kita bincangkan dan satu meja bulat akan diadakan sebelum perhimpunan berlangsung.

"Jawatankuasa yang terbabit akan turun ke bahagian untuk mendengar usul di peringkat akar umbi dan saya sudah meminta kepimpinan negeri untuk menentukan jurucakap awal,” katanya selepas menyampaikan Ucaptama di Konvesyen UMNO Terengganu 2014 di Primula Beach Resort, di sini.

Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

erhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 November.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan berkaitan Akta Hasutan adalah usaha untuk mempertingkatkan undang-undang sedia ada bagi memastikan kestabilan di negara ini.

"Hubungan kaum dan agama serta institusi kerajaan Melayu tidak dapat digadaikan, kita mesti terus menjaganya.

"Kerajaan sedar bahawa dalam landskap hari ini, akta itu perlu dikaji semula. Kita mungkin menggantikannya dengan undang-undang baharu. Jika kita tidak memansuhkannya, kita boleh memindanya dengan tambahan baru.

"Kami mahu meningkatkan undang-undang sedia ada di samping memastikan bahawa intipati penting Akta Hasutan masih dipertahankan," kata Hishammuddin.

Najib pada tahun 2012 mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada pelan transformasi politik negara.

Sementara itu, Hishamuddin melahirkan keyakinan dalam kepimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

9 comments:

Anonymous said...

Akta Hasutan ni sebenarnya tak perlu kalau UMNO kuat. Sesiapapun tak berani ganggu gugat perkara sensitif

Anonymous said...

Ini peluang terbaik untuk akar umbi nyatakan pendirian. kalau nak main main aku tak taulah.

Anonymous said...

Perhimpuanan Agung UMNO adalah medan untuk UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu Islam. Jika para perwakilan tidak serius, maka orang Melayu Islam akan kehilangan medan untuk memperjuangkan hak.

Anonymous said...

UMNO SEDANG BERADA DALAM KEDUDUKAN BAHAYA. BUATLAH AKTA APAPUN IA TAK AKAN MEMBANTU UMNO JIKA UMNO MASIH KEKAL DENGAN SIKAP SEKARANG.

Anonymous said...

UMNO akan kalah. Tiada pilihan, bersedialah...

Anonymous said...

AKU TENGOK SEKARANG NI NGO YANG BERJUANG. MALANGNYA DI TENGAH TENGAH PERJUANGAN NAMPAK SANGAT PROMOSI DIRINYA. JADI LEBIH TERUK DARI UMNO

Anonymous said...

Ramai orang Melayu percaya hak dan keistimewwan mereka perlu dipertahankan secara jelas. Inilah fungsi Akta Hasutan

Anonymous said...

Paling penting pimpinan bertindak memenuhi hasrat akar umbi. Setakat bercakap aku rasa tak dak makna..m

Anonymous said...

Akta satu perkara..sikap satu oerkara. Kalau ada aktapun tak berani laksana tiada makna jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...