Thursday, November 27, 2014

KJ MASIH BERCAKAP APA YANG PEMUDA PATUT DAPAT !

Hari ini bermula Persidangan Agung UMNO bilamana sayap sayap telah selesai bersidang semalam. Aku ucap tahniah kepada semua sayap kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan penting mereka. Aku anggap ucapan TS Muhyiddin sewaktu perasmian, sangat baik, menyeluruh dan jelas.
Cuma bila KJ bercakap tentang Menteri Pemuda, Timbalan Menteri Pemuda, Ahli Parlimen, ADUN, Pegawai GLC, aku merasakan betapa KJ dan pemuda tidak jelas apa makna peremajaan parti. Beliau tetap bercakap apa Pemuda patut dapat bukan apa Pemuda patut sumbangkan.
Kalau aku jadi KJ, aku akan malu sebab hakikatnya Pemuda masih belum memberi makna besar kepada UMNO.
Gerak kerja, program tambah pengundi, program menguasai rakyat, pantas dan tangkas, berani berterus terang, menjuarai isu rakyat, menguasai media siber, semuanya merupakan hasil peremajaan parti. Pemuda masih belum berjaya dari sudut ini. Aku rasa artikel di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu...
KUALA LUMPUR 26 Nov - Proses peremajaan dalam UMNO memerlukan perubahan dilakukan terhadap parti yang dapat menarik minat generasi muda, dan bukan semata-mata perubahan dalam kepemimpinan parti dengan hanya dibarisi generasi muda.

Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, proses peremajaan itu melibatkan penambahbaikan pendekatan parti dalam mendengar dan mengambil tindakan proaktif terhadap suara 'orang muda' yang mempunyai tanggapan bahawa UMNO kini parti feudal dan mengalami defisit kepercayaan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, percaya impak peremajaan parti dapat memberi kesan positif terhadap kelangsungan parti itu dan keyakinan rakyat terhadap UMNO serta Barisan Nasional.

"Apa yang diberitahu oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam ucapan pada perasmian perhimpunan agung tiga sayap UMNO semalam, adalah satu pandangan yang ikhlas dan benar.

"Kita perlu mendengarnya dan membuat perubahan," katanya semasa melawat operasi pusat media bersempena Persidangan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ucapan Muhyiddin semalam yang berkata sudah tiba masanya UMNO merekayasa perubahan untuk terus kekal relevan dan menegaskan UMNO sedang dipintas gerakan yang lebih canggih dan sesuai dengan selera masa kini.

Hishammuddin menjelaskan, biarpun langkah transformasi dilakukan dengan menaikkan sekumpulan pemimpin muda dalam barisan kepimpinan parti dan kerajaan namun ia masih belum mencukupi.
Hishammuddin Tun Hussein

Katanya, UMNO telahpun mengetengahkan pemimpin muda dalam pentadbiran negara dan negeri termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Beliau berkata, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Idris Haron pula menerajui kepimpinan peringkat negeri masing-masing di Perak dan Melaka.

Hishammuddin turut berharap banyak cadangan dan usul dapat diperoleh daripada perbahasan pada perhimpunan agung kali ini bagi mencari penyelesaian berkesan untuk Umno mendekati golongan muda, yang kini dilihat lebih analitikal dalam penilaian mereka terhadap parti berkenaan.

Jelasnya, rakyat negara ini harus mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di Iraq, Libya dan Syria apabila tindakan rakyat negara terbabit yang mahukan perubahan drastik dalam pentadbiran negara mereka telah menjejaskan ketenteraman serta kestabilan negara tersebut.

"Negara-negara ini sehingga kini belum menemui penyelesaian terhadap konflik dalaman mereka, malah mereka diancam pengaruh IS (kumpulan militan Islamic State) dan pemberontakan. Apa yang kami harapkan perubahan itu biarlah berlaku dalam suasana yang aman," katanya.


7 comments:

Anonymous said...

Aku bimbanglah. Pemuda banyak mintak dari beri.

Anonymous said...

Ikut pendekatan Hishammuddin. Orang tahu siapa dia tapi dia tak pernah berlagak.

Anonymous said...

Pemuda kena buktikan sesuatu baru boleh demand. Buat malu mintak macam macam tapi kerja tak buat pun.

Anonymous said...

AKU DENGAR UCAPAN NAJIB. MUDAH JE, BUKTIKAN DULU BARU LAYAK DIBERI TEMPAT.

Anonymous said...

Pada pendapat saya pelapis dalam UMNO perlu dilatih diisi dengan roh perjuangan

Anonymous said...

Berikan Pemuda dan Puteri peluang. Beri bimbingan, mereka pelapis negara.

UMNO PARTI PENJARA said...

...



PENTING:

Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...

Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....

Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...



Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...

Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )


Harap Maklum.. TKasih :-D



MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...