Tuesday, November 25, 2014

APA LAGI YANG UMNO MAHU ?


Petang tadi para perwakilan UMNO Empat Peringkat mendengar amanat Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri yang kita kasihi. Tertutup dan sangat sarat dengan nasihat, harapan. 

Malam ini Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO merasmikan Persidangan Sayap sayap UMNO. Sudah tentu ia jugak ucapan yang menuntut gerakerja kepada semua Perwakilan.

Aku perhatikan tahun ini Majlis Kerja Tertinggi benar benar bersedia. Semacam mahu meletakkan kerja kepada orang UMNO. DS Hishammuddin rasanya paling aktif sebab beliau mengetuai Biro Usul dan Perbahasan yang menentukan berjaya gagalnya Perhimpunan.


DS Hishammuddin benar benar turun ke gelanggang, bersama berpencak.


Begitu inklusif, menyusur hingga ke akar. Naib Presiden Bro, Menteri lagi. Sampai begini. Maka aku ingin bertanya kalau yang di atas sudah turun betul betul ke bawah, apa lagi yang orang UMNO mahukan supaya mulakan gerk kerja, mulakan kempen menawan pengundi ?

Nak tunggu jadi pembangkang ?


5 comments:

Anonymous said...

Susah UMNO nak berubah tapi pemimpin perlu terus berusaha.

Anonymous said...

Aku yakin UMNO akan berubah. Cuma aku harap masa yang diambil tidak begitu lama..

Anonymous said...

Bro, Tahun ini aku perhatikan Datuk Hisham seorang je bertungkus lumus. Yang lain aktif tahun lepas .

Anonymous said...

Perubahan tlh dapat dilihat . Tapi harus diteruskan sehingga PRU 14

Anonymous said...

JANGAN BANYAK BERCAKAP. BANYAKKAN BEKERJA. ORANG MELAYU UMUMNYA MASIH MENGASIHI UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...