Thursday, December 4, 2014

DAULAT TUANKU ! SULTAN SELANGOR HUKUM ANWAR IBRAHIM !

KUALA LUMPUR 4 Dis - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah melucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1992.

Pelucutan gelaran tersebut dipercayai ekoran sikap derhaka Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Istana Selangor memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuatkuasa 3 November lalu.

Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

"Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

"Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan krisis menteri besar di Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam," kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambahnya, tindakan dan tingkah laku yang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menunjukkan bahawa dia tidak layak lagi untuk memegang apa-apa pingat.

Ulasan

Inilah antara perkara yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Institusi Raja bukan dibuat buat untuk suka suka . Ia adalah Institusi Payung yang diperaku oleh Perlembagaan dan rakyat seluruhnya.

Aku harap ini permulaan. Selepas ini ketegasan ini diharapkan akan berterusan.Tahniah, junjung kasih Tuanku.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...