Saturday, October 16, 2010

GALAS BELUM GHAIRAH

PAS JANGKA AKAN KECUNDANG

Aku sampai di Galas sekitar tiga petang. Memang penamaan calon belum berlaku tetapi budaya politik PAS selama ini ialah bila ada kekosongan mana mana kerusi samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, mereka akan melakukan kempen secara intensif. Apa lagi Galas adalah kerusi yang mereka pertahankan.

Aku nampak ada bendera berkibaran. UMNO/ BN nampaknya memenangi perang bendera peringkat awal ini. Hanya ada sedikit bendera PAS. Tiada banner yang merangsang pengundi selain satu banner iklan Ceramah Perdana Tok Guru Nik Aziz.

Aku dan kawan kawan pusing sekitar Galas. Singgah di kedai kedai makan. Kebanyakan peniaga mengatakan UMNO akan menang kerana ADUN yang lalu tidak sempat menabur bakti dan hampir tidak berkhidmat kerana masalah kesihatan.

Aku jangka PAS Kelantan dalam masalah. Aku lalu di beberapa bilik gerakan PAS yang semuanya kosong. Ini berbeza dengan ' budaya politik PAS' yang selama ini sentiasa ghairah dan bersemangat.

Tapi yang paling aku terkejut ialah apabila aku dan kawan kawan berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid Tengku Muhd Faiz Petra. Masjidnya indah, luas dan memang layak jadi masjid daerah.

Tapi jemaah yang hadir malam ini tak sampai pun satu saf. Itu pun bercampur dengan musafir macam aku. Selalunya aku dengar sejak PAS memerintah Kelantan, masjid dan surau selalunya penuh, makmur.

Aku rasa masjid kat kampung aku lagi meriahlah. Tak tahulah apa yang berlaku. Agaknya rakyat Kelantan dan termakan dakwah Lim Kit Siang kot.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...