Saturday, October 23, 2010

BN MUNGKIN MENANG PERCUMA DI GALAS

CALON PAS RASA DIANIAYA

Ini berita yang sedar tersebar di Gua Musang. Dr Zulkefli Mohamad dikatakan dipaksa menjadi calon sedangkan beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

Dr Zulkefli juga dikatakan terkilan kerana sebahagian besar kepimpinan PAS Gua Musang lebih cenderung untuk mengambil sikap tidak terlibat dengan gerakerja pilihanraya kali ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai , keluarga Dr Zulkefli juga dikatakan bermasalah apabila peristiwa tangkapan khalwat beliau menjadi percakapan umum. Dr Zulkefli juga percaya penyebaran cerita ini ada kaitannya dengan orang dalam PAS sendiri.

Faktor yang paling besar yang menyebabkan Dr Zulkefli tersinggung ialah apabila beliau dikatakan ' calon ujian ' semata mata. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat secara terbuka menegaskan bahawa calon mungkin diubah sekiranya pengundi didapati tidak begitu menyukai Dr Zulkefli.

Adalah difahamkan bahawa keputusan akhir Dr Zulkefli bergantung kepada perbincangan keluarga yang akan diumumkan dalam sehari dua ini.

Catatan : Sewaktu aku di Gua Musang Minggu lalu, aku dah dapat gambaran tentang mood pengundi berikutan kegagalan Allahyarham Adun yang lalu langsung tidak sempat memberikan perkhidmatan kerana masalah kesihatan. PAS Kelantan juga mengabaikan Galas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...